Saat aku tulis ni aku dalam tekanan yang memuncak dan sedang tangung sakit gastrik aku. Aku tak tau nak cerita kat sapa. Aku rasa kecewa dan putus asa nak menikmati hidup dek kerana ibu ku.
Rasa macam nak gila pun ada jugak. Aku baru lepas solat asar, aku tanya pada Allah bila dia nak ambil aku, sebab aku dah terlalu penat dengan hidup ni.
Ibu aku dari dulu sampai sekarang terlalu depends dengan aku. Btw, aku ada 3 beradik, 2 abang, dan aku seorang ja bongsu. Tapi abang tengah aku dah meningal few year ago. So tingal elder brother aku dan aku ja.
Abang aku dah kahwin, dan rumah betul2 sebelah rumah ibu aku. Kira pemisah rumah ibu dan abang adalah pintu tengah ja. Ayah aku dah lama meningal masa aku kecik lagi.
Dulu2 masa kecik, aku tak faham apa tekanan aku. Tapi sekarang aku dah 30an, aku tak boleh hidup setiap masa untuk ibu macam aku zaman budak2 dulu. Aku selalu fikir, bila aku nak hidup untuk diri aku??
Ibu kaki berjalan, even 1 benda pun setiap hari dia akan ajak pergi beli dekat mall besar, sebab dia hanya nak berjalan. Kalau aku nak tolong beli, dia tak bagi. Dia cakap ada lagi barang lain nak beli yang dia tak ingat sekarang, hanya bila tengok barang2 tu ja dia akan ingat.
Aku balik kerja pukul 6, pukul 5.40 dia akan call, dia dah siap nanti balik nak pergi tesco. Nak beli susu nak beli sayur macam2 la. Aku penat sangat2 tau tak mengahdap jalan raya , mengahap stress kerja, balik rumah penat mengahadap kerenah ibu.
Aku tak kisah bawak dia beli barang kalau dia hanya focus apa yang dia nak beli. Tapi aku penat nak jalan sebab ibu suka tawaf tempat yang sama berjuta kali..
Sebab dia jenis suka cuci mata, suka tengok baju tudung. Tapi jarang sangat beli. Pastu nanti dia akan pusing balik kawasan yang sama ibarat macam kot2 ada yang dia terlepas pandang.
Kalau aku sekadar duduk dalam kereta, dia tak suka. Dia akan sentap. Dia nak aku berjalan sama dengan dia. Pastu nanti alasan lain, banyak barang nak bawak dia tak larat. So nak tak nak, aku terpaksa follow ja belakang dia.
Kadang2 ada jugak aku menipu cakap ada kerja, akan balik lewat. Pastu terpaksa lepak mana2 supaya balik lewat sunguh. Tapi janggal nak buat selalu sebab hidup aku memang pergi kerja balik rumah ja.
Aku akan sampai rumah lepas bawak dia shoping hari aku kerja biasanya malam. Lepas tu mandi aku fikir nak tido ja sebab aku letih walaupn dalam kepala otak aku ada banyak kerja nak buat. Tapi sebab esok nak kerja lagi dengan mental letih aku fikir nak tido ja.
Itu baru cerita hari aku kerja. Aku cuti ahad, sabtu half day. Hari sabtu sama jgk, akan ada ja dia ajak pi mana2. Sama jugak ahad. Kalau tak beli barang, dia akan ajak pi rumah sapa2.
Tapi aku ni ahad ja cuti teringin sangat2 nak tido bagun lambat. Tapi nampaknya sampai kiamat pun aku tak dapat menikmati dunia yang walaupn semnetara ni. Tak ada istilah cuti untuk aku. Hari2 berkhidmat untuk keluarga.
Hari sabtu aku habis kerja pukul 2, dia akan ajak makan. Tapi dia pandai, dia tak boleh guna alasan nak beli barang selalu, dia akan guna alasan nak pi makan. Sebab kalau cakap nak beli barang, aku pun kadang2 melenting jugak. Guna alasan nak makan sebab dia tau aku jenis suka makan.
So alasan tu ja aku jarang tolak. Lagi pun aku selalu fikir ibu teringin nak makan. Lepas makan, dia akan cakap dah alang2 sini, nak pusing town. Pastu mesti drag smpai malam.
Kalau aku cakap lepas makan terus balik, dia akan cakap balik awal pun tak de benda buat, jom jalan, ibu nak tengok itu dan ini.
Pastu malam sabtu dia akan cakap esok nak pi market lepas subuh terus gerak. Aku ni tak pernah menikmati tido macam orang lain.
Kalau pi market, 2 petang baru balik, sebab dia punya pi market ni bukan 1 market ja, kalau boleh market 1 dunia dia nak pi tu tak termasuk pusing tempat sama berjuta kali.
Kalau balik petang kira awal la tu sebab kalau boleh dia nak balik 10 malam. Sebab memang tu plan dia. Dia sangat tak suka duduk rumah.
Aku tahu dia bosan, dia sunyi. Aku pernah cakap suruh dia kahwin lain. Mak aku ramai ja orang nak, tapi ibu tak nak. Dia cakap kalau dia nak dia dah lama kahwin.
Tapi aku dah tua, aku dah penat. Aku dah mula sakit2 sekarang ni. Sebab aku dah 30lebih kan. Dulu2 tenaga aku banyak, aku mampu layan kerenah dia.
Tapi sekarang emosi aku jugak terbeban dengan banyak perkara, so aku rasa tak mampu dah. Aku rasa nak jerit kadang2, rasa nak mental.
Kadang2 terlepas jgak pada ibu lepas tu aku rasa bersalah bila ibu merajuk dengan aku. Aku terkenang segala kesusahan dia masa kami kecik dulu. Aku rasa bersalah, pastu rasa berdosa fikir aku anak derhaka. Tak dapat redha Allah sebab buat ibu marah.
So aku belajar bersabar, dan anggap ada hikmah yang Allah simpan untuk aku.
Cuma aku tak boleh brain cara dia nak berjalan menghabiskan masa ni lain macam.. Hangpa tau tak, aku ni tingal di penang. Tapi dia punya ajak berjalan, pergi kl balik hari. Dia punya suka shoping ni kalah isteri bekas pm.
Ni semalam sabtu balik kerja aku pi kuala nerang, balik 2 pagi. Dia bawak kawan dia nak melawat adik kawan dia tu. Dia cakap kat geng masjid dia, geng2 yasinan dia dan macam2 geng dia yang baya2 dia tu, anak aku ada. Kita nak pi mana pun boleh, cakap ja nak pi bila. Serupa anak dia ni robot.
Pastu kawan dia ajak pi kuala nerang. Aku terpaksa bawak sebab anak2 depa sendiri tak mau bawak. Mula2 aku tak kisah, aku ok ja. Anggap berbakti kat orang2 tua.
Pastu kawan2 dia pun sekarang apa2 roger kat ibu suruh tanya ahad ni anak hang free ka. Jom pi sana jom pi sini. Kadang2 pi ceramah agama yang jauh2. Memang benda baik, tapi aku la letih.
Pagi ahad aku lepas subuh tadi, aku baru tido ingatkan boleh la rehat kejap. 7. 00 pagi dia kejut aku, dia cakap nak pi beli ikan, tau kat mana? Kat kuala kedah. Serupa kat penang ni tak dak ikan..
Aku tanya penang ikan dah pupus ka, dia kata nak rasa ikan kuala kedah. Depa kata lain2 laut ikan rasa tak sama.
Aku malas nak argue, nanti dia punya drama air mata 7 keturunan tak habis. Lagipun aku tak suka di cop anak derhaka. Tambah2 ibu banyak sangat idea dia nak jawab kat aku.
Aku letih gila tekan minyak, dah la dia suruh guna jalan lama. Dengan semalam tak cukup tidonya.
Pastu dia suka berhenti tepi2 jalan tengok orang jual apa. Last2 5 jam baru sampai weh. Pastu nak balik penang lagi, nak hadap jem. SubahanAllah.. Terminator pun mesti kalah dengan aku.
Aku ni ada gastrik. Mak aku pulak cerewet nak cari makan, 100 kedai masuk pun belum tentu dia nak makan. Pastu kuat merungut. Aku dari pagi tak makan sebab kalut nak pi cari ikan kat dia, lagipun dia kata kita makan kat luar. Tapi tak jumpa kedai sesuai so tak makan breakfast.
Time nak lunch, dia tiba2 cakap nak makan nasi arab kat sungai petani. Aku dah bengang betul. Aku kalau lapaq memang rasa angin ja. Tambah2 aku dah mula rasa pedih kat perut. Aku still sabar dan cuba tahan.
Last2 kedai tutup. Aku pulak dah muntah2 tepi jalan, nak tak nak terpaksa makan kat mana2 ja tapi sebab dah masuk angin, aku tak boleh telan. Asyik muntah ja.
Mak aku relax ja, just cakap ha masuk angin la tu. Aku nak drive pun rasa lembik dah. Mak tak tahu drive, kalau tak aku mesti buat keras kat situ.
Dia jenis tahan lapar, alhamdulilah Allah bagi dia kesihatan yang baik. Jadi dia ok ja tak makan sampai dia dapat apa yang dia nak makan. Tapi tak semua orang macam tu..
Tak semua orang macam dia, itu yang dia tak terima untuk faham. Tambah2 tang anak dia ni. Bagi dia saya ok, saya kuat. Kalau saya merungut sakit, tak sihat. Dia lagi suka, sebab nak ikut pi hospital atau klinik.
Kalau pi sorang, dia akan merajuk dengan alasan, aku nak buat apa sorang2 kat rumah. Apa salahnya aku ikut. Macam tu la alasan2 dia punya tak mau duduk rumah.
Balik cerita tadi, ingat kan terus balik rumah nak rehat. Ada pulak suruh singah kedai runcit. Aku betul2 rasa kecewa time ni, mungkin sebab aku tengah sakit sama kot so rasa emo ja.
Ibarat anak mati pun tak kisah, tapi keseronokkan sendiri lagi penting. Padahal benda yang dia nak beli bukan penting pun.
Aku dah banyak kali berontak pasal ni. Aku suruh dia pi dengan abang. Tapi dia tak mau. Dia kata tak selesa. Last2 aku selalu jadi mangsa. Aku sayang ibu aku tapi aku selalu sedih kenapa dia tak nak fahan aku nak rehat.
Dulu2 aku selalu naik angin, tapi makin tua aku makin tak gamak. Cuba fikir positif mak sunyi, tapi sampai bila. Lagi satu, bila aku luah perasaan aku, apa yang aku tak puas hati, dia akan cakap benda2 yang buat aku rasa menyesal.
Contohnya ibu nak hidup lama mana lagi. Ibu ada hang ja, ibu dah tua, nak pi sorang2 tak larat. Rasa malas la bla bla bla. Kadang2 rasa ibu hanya gunakan aku untuk kepentingan dia ja.
Kalau aku cuti aku bangun dalan pukul 8. Bagi dia tu aku dah rehat dah. Sebab aku dah puas tido. Aku ni dok kampung, rumah papan, biasa matahari naik dah rasa panas, so tak boleh tidoq dah, mesti kena turun. Kalau tak mesti aku bantai rehat sampai zohor.
Bila aku dah turun, mula la dia ajak pi mana2. Aku takut jadi anak derhaka, so aku ikut ja. Dah aku sendiri pun tak dak idea nak pi mana. Aku bukan jenis kaki shoping. Kegembiraan aku adalah duduk rumah tengok tv. Itu ja nikmat aku..
Aku tak ada kehidupan sendiri. Kawan2 aku kalau aku boleh lepak dengan depa, depa akan pelik. Sebab bagi depa, aku ni sentiasa bawak ketiak mak. Kadang2 aku tolak jugak ajakan ibu, aku kata dan janji dengan kawan.
Tapi kalau aku lepak pun, ibu macam tak senang ja. Sejuta kali call. Kadag2 pi bercuti, dia macam tak puas hati. Dia mesti nak aku bawak dia pi tempat aku bercuti tu. Dia nak berjalan kawasan tu jugak.
Lagi satu aku tak suka, bila aku mengamuk, marah2 persoal kenapa setiap masa nak beli barang. Kenala tak beli sekali jalan, kenapa suka buang masa buang minyak, dia akan tarik muka tak bercakap, protes berhari2. Aku rasa bersalah lepas tu.
So aku akan mengalah. Bab hari2 beli barang, dia akan cakap dia lupa. Kadang baru lepas beli barang dapur, dia akan cakap alamak terlupa sabun. Aku suruh tulis, dia mati2 tak mau. Aku nak tulis pun dia tak mau.
Aku kalau dapat pi mana2 dengan member, aku sangat suka duduk hotel tido bangun lambat, makan apa yang suka. Santai2. Tapi ibu pun suka bercuti jugak. Tapi cara dia cuti wholeday kena berjalan. Abang aku awal2 dah surrender.
Tapi member2 aku semua dah kahwin. So aku tak boleh harap depa selalu. Aku kena cipta kebahgian aku sendiri. Dekat kawan2, aku tak pernah cerita apa2, sebab aku tak suka cerita benda yang tak best. So semua benda aku telan sendiiri ja.
Orang selalu tanya dekat ibu, kenapa tak lepas aku, (bagi kahwin) ibu akan cakap dia rasa berat hati. Dia rasa sayang dekat aku la, dia suka duduk dengan aku berbanding anak lelaki.
Dia kata dengan aku ni senang nak pi mana2 pun. Dan macam2 lagi la dia akan cakap. Pastu dia cakap la dia takut anak dia merana lepas kahwin kalau salah dapat suami. Dia kata lebih anak depan mata kita cukup makan cukup semua dari jauh di mata tapi kita dok susah hati.
Tapi ye, dia cakap dengan nada sugul la. Dia harap dapat menantu yang dapat jaga dia jugak. Sebab dia nak duduk dengan aku.
Dulu2 aku ada bf, 2 kali putus sebab ibu macam tak suka. Last2 hubungan aku pun putus macam tu saja la. Sebab cuti kan aku sepanjang masa layan ibu. Mesej lambat balas sebab drive, last2 depa pun give up.
Lagi 1 ibu akan cakap, kalau hang kahwin nanti laki hang mau ka ibu duduk sekali. Pastu dia akan cakap lagi, nak pi mana2 susah la kalau hang kahwin.
Last2 aku terus mati impian nak ada rumahtangga. Aku fikir mungkin Allah bagi peluang untuk berbakti kat ibu. Ye la, orang kata anak 100 orang pun, Allah bagi rezeki pada 1 anak ja untuk jaga ibu.
Sekarang aku pun tak kisah pasal pasangan dan sebangainya sebab aku pun dan tua. Tapi aku betul2 rasa nak pergi mana2 duduk jauh dari ibu. Aku betul2 nak rasa dunia aku sendiri. Aku penah ja cari2 kerja area kl, ipoh.
Tapi ibu memang tak bagi. Ibu siap suruh aku resign dok rumah ja bawak dia berjalan dia lagi suka. Hutang2 aku dia boleh bayar dia kata. Aku masa tu terus terdiam, terasa kenapa ibu fikir pasal kebahgian dia ja.
Aku pun bukan tak mau jaga ibu, tapi aku penat sangat2 dengan kerenah dia. Sebab dia sangat pentingkan diri. Dia tak kisah pun aku jadi apa. Dan sangat tak adil dengan aku.
Kadang2 aku terpaksa balik sekejap dari ofis sebab dia nak aku bawak dia pi klinik. Abang aku nak bawak dia tak mau. Dia kata kesian abang, cuti shari nak rehat apa semua.
Habis aku payah rehat? Mesin kat kilang pun orang akan shut down 1 hari, tapi aku 365 hari kena berbakti pada semua.
Kadang2 aku selalu rasa, kenapa bukan aku ja mati mengantikan arwah abang aku. Sekurang2nya kalau abang aku dapat hidup tenang dengan life dia berbanding aku yang mati setiap hari kerana kerenah ibu aku.
Kalau bunuh diri tak salah, mungkin dah lama aku buat. Tapi kali ni aku pun nekad nak ja berhijrah mana2. Aku ada sorang kawan kat kl, aku suruh dia cari kerja apa pun, tak kisah berapa gaji asalkan dapat lari mana2. Dia sewa rumah, so boleh aku sewa bilik dengan dia.
At least dunia kecil aku dalam sebuah bilik pun aku dah happy sangat2. Dapat aku nikmati kehidupan aku dengan lebih gembira.
Kalau aku dapat kerja walaupun dalam watson 7e atau kfc pun, aku tetap akan pergi walaupun ibu pasti pertikai kenapa aku tingalkan kerja sekarang yang sangat bagus untuk kerja macam ni.
Dulu impian aku banyak, tapi sekarang aku tak kisah career musnah dan sebagainya asalkan aku dapat kemerdekaan dari jajahan ibu. Maafkan aku ibu.
– Ubi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit