Firstly , thanks admin jika sudi post luahan hati aku yang telah dipendam lama. Sebenarnya aku nak cakap pasal kelakuan masyarakat kita yang semakin hari semakin bahaya dan amat membimbangkan. Mungkin kita sedar atau tak, ramai dikalangan kita yang sudah rasmi menjadi keyboard warrior di laman sosial. Ya, mungkin ini yang dikatakan zaman fitnah berleluasa. Hanya dengan satu klik, fitnah tersebar, hanya dengan satu post, aib keluarga terbuka , hanya dengan satu like, ada orang gembira dengan fitnah yang dia telah lakukan and hanya dengan satu komen cacian, itu mungkin masa depan kau.
Yang aku paling nak tekankan adalah pasal komen di laman sosial. Aku tak tahu apa perasaan orang yang komen tanpa berfikir dahulu baik dan buruk. Dan mungkin sahaja suatu hari nanti, kau yang akan dapat komen tersebut. Ya, ianya juga bergantung kepada sesuatu post. Jika kau rasa kau layak komen, silakan. Jika kau fikir komen kau akan memburukkan keadaan, aku nasihatkan simpan sahaja komen kau. Ni beberapa contoh komen yang aku baca dari beberapa kes.
First, kes bapa yang terlepas anak dipangkuannya semasa hendak menyelamatkan lagi satu anak di eskalator sehingga menyebabkan kematian anak yang dipangkuannya. Aku sangat sedih bila baca komen manusia yang menilai sesuka hati seperti menyatakan bahawa ayahnya sangat cuai dan tak pandai jaga anak, ada yang kata bahawa ayahnya tidak layak digelar ayah dan ada yang menyatakan bahawa tergamak ayahnya menjadi seorang pembunuh. Satu ayat saja untuk korang, siapa tak sayang anak? Kau fikir ayah dia happy anak dia meninggal? Kau yakin one day or in the future kau tak akan alami situasi macam ni?
Keduanya, kes penceraian artis yang disebabkan orang ketiga. Dan kebetulan orang ketiga adalah artis juga. Dan kau caci dan maki artis yang dikatakan orang ketiga tersebut tanpa tahu kesahihan gosip tersebut. Well, aku rasa baik korang jaga rumahtangga korang sendiri. Aku takut. Tahu kenapa? Korang pasti ke rumahtangga korang akan bahagia selamanya. Kenapa perlu fokuskan untuk kehidupan orang lain, padahal kau tak pasti lagi kehidupan kau macam mana. Jangan menghina, takut suatu hari nanti kena pada batang hidung sendiri. Mungkin semasa kau tengah komen, suami kau tengah curang dengan perempuan lain? Possible kan?
Ketiga, kes remaja yang ditangkap khalwat atau melarikan diri ikut kekasih contohnya. Kau maki parents mereka di media sosial dengan mengatakan bahawa mereka tidak pandai jaga anak, tak beri pendidikan agama, salah didik, mak ayah pun sama perangai teruk, kurang perhatian ibubapa dan sebagainya. Kau tahu ke mak ayah mereka didik macam mana? Kau tahu ke perasaan mak ayah mereka bila dapat tahu anak lari ikut lelaki lain? Kau tahu tak betapa malunya mereka bila kau bukak aib mereka lagi lagi nak face dengan orang sekeliling. Dan, kau pasti anak kau tak akan ikut lelaki lain or buat kerja tak elok dibelakang kau? Fikirkan.
Sebenarnya banyak sangat aku nak kongsikan. Bagi aku, tak salah nak komen di media sosial. Kalau komen kau tu mampu membuka mata orang yang telah buat kesalahan atau mampu memberi pengajaran, aku setuju sangat. Tapi, kalau komen kau berunsur cacian dan membuka aib orang lain, aku rasa better kau simpan ja niat kau. Kau kena fikir, kau ada parents, kau ada family kau dan kau ada anak anak kau. Karma tu boleh datang pada bila bila masa sahaja. Mungkin, masa depan kau tu adalah masa lepas orang yang kau caci. Mungkin, suatu hari nanti, aib kau juga akan terbuka. Mungkin suatu hari nanti, kau akan malu dan menyesal.
Aku tak mintak lebih. Cukuplah korang. Aku malu dengan kita yang terlampau sakit, tapi kita tak sedar. Hari-hari aku baca komen penuh cacian. Lepastu, aku akan tengok profile orang yang memberi komen negatif. Then, aku tengok gambar dia. Okay, dia ada isteri, ada anak, ada suami. Dan waktu tu aku terpikir, orang ni tau tak one day kalau that things turn dekat dia. Kesian family dia. Memang family nampak bahagia, namun yakinkah dia dugaan lain pun mungkin akan menimpa suatu hari nanti. Tak malu kah dia orang sekeliling tengok attitude dia yang suka memaki orang lain di media sosial. Namun, depan depan, diam membisu. Pengecut kan?
Dah la korang. Penat aku membebel. Aku harap sangat, kalau dapat bukak pintu hati dan dapat memberi kesedaran untuk sorang pun jadi la. Ni mungkin cara aku berdakwah. Well, aku ni bukan alim sangat nak keluarkan hadis semua. Sama sama kita berubah kay ! Saling nasihat, tapi dengan cara yang betul dan tembus ke hati. Goodluck semua! Goodluck untuk diri aku jugak ! Korang doakan tau. Terima kasih semua.
– Aku yang sayang korang semua-
– Mrs P
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit