Assalammu’alaikum wbt dan salam sejahtera. Terima kasih kepada iium kerana menyiarkan confession saya.
Sebenarnya isu yang saya nak share ni tak pastilah apa perspektif para pembaca semua terhadap saya. Ianya tentang ghibah. Saya bukanlah manusia yang baik. Tetapi apa yang saya nak share ini buat pengajaran untuk semua agar dijadikan ikhtibar.
Benarlah, tiada kebaikan dalam ghibah. Mengata, mengumpat dan membuka aib tidak menjadikan kita lebih baik dari orang lain at the end bila kita ada masalah atau dalam kesusahan, belum tentu ada tangan yang nak bantu.
Ok dahulu saya ni memang kalau orang nak bergosip memang saya jarang nak tegur malah join sekaki.
Dari bangku sekolah sehingga sudah bernikah, memang saya tak pernah berubah. Tapi saya bukanlah jenis singgah rumah jiran sebelah, or jumpa orang pergi sana sini jenis nk mengumpat bergosip je siang malam.
Tidaklah sampai tahap makcik² bawang yang terlebih over. Cerita ni start berlaku semasa saya baru² bertunang. Tunang saya orang utara. Saya amat rapat dengan sepupu tunang saya memandangkan rumah dia pun dekat dengan rumah family tunang saya.
Selang beberapa buah rumah je dan selalu tidur dan singgah rumah family tunang saya. Teman mertua dirumah memandangkan adik beradik tunang saya kerja dan tinggal jauh².
Kemudian saya bernikah dengan tunang saya. Kami pun tinggal tidak jauh dari rumah mertua saya. Saya dan suami kerap balik rumah mertua kerana hanya suami saya sahaja tinggal berdekatan dengan rumah parentsnya dan suami merupakan anak sulung.
Alhamdulillah dia anak dan suami yang baik. Tak tersilap saya memilihnya dahulu.
Bila sudah bertahun-tahun nikah, apa yang sepupu dia cerita tempoh hari kepada saya dahulu memang betul belaka.
Bila saya balik, memang rumah tunggang langgang walhal ada je adik beradik balik rumah sekali sekala tapi susah sangat nak tengok mereka mengemas rumah, memasak malah nak beli kelengkapan baru untuk rumah parents sendiri pun ntahla.
Tidaklah nak kata mereka pemalas atau kedekut sangat. Bab duit tu alhamdulillah.
Namun, ibu mertua selalu mengadu pada saya, mertua memang rapat dengan saya.
Kewangan mereka makin merosot since mereka kerja sendiri namun atas faktor usia dan kesihatan, perniagaan dah tak sekencang dahulu. Nak ganti peralatan yang baru dirumah, nak kemas rumah, masak dan basuh pinggan mangkuk pun dah tak terdaya.
Jadi sayalah yang buat semua tu bersama suami. Dulu suami saya pun berat tangan nak tolong semua. Tapi saya yang banyak nasihat dia.
Saya tahu kewangan suami saya tidak seperti adik beradik dia yang lain yang kerja bergaji besar. Kadangkala saya sendiri tak larat mengemas dan masak hari² dirumah mertua.
Tapi sampai bila nak harapkan saya hari² datang ke rumah tolong mertua walhal dia masih ada lagi anak bujang. Kadang² adik beradik suami balik pun susah nak tengok beringan tulang termasuklah ipar duai sekali.
Satu hari sepupu suami ada balik. Jadi saya pun ada share masalah yang saya hadapi pada sepupu suami.
Nak tahu apa jadi? Dia tak delah marah tapi macam tempelak baliklah cakap jangan nak berprasangka buruk, doa dan fikir baik² je dan lebih baik jangan masuk campur.
Terimalah seadanya macam tulah katanya. Agaknya tak suka lah kot saya gosip jaja cerita buruk. Dah 2, 3 kali juga saya mengadu tapi saya kena balik.
Niat saya sekadar mahu luah tapi disalah ertikan niat saya. Tapi saya berlapang dada ada benar apa yang dia kata. Setiap orang ada kekurangan dan kebaikan.
Bingung juga saya, padahal dia juga yang start cerita tentang family suami saya. Bukan sekali pernah cerita. Acap kali juga.
Ok, ini part saya dengan BFF saya sendiri pulak iaitu Nadia (bukan nama sebenar).
Kisah ini zaman masa belajar. Nadia adalah antara bff yang kami cukup rapat ibarat tidur sebantal, share problem sama², susah senang sama² dan kami sentiasa bergosip sana sini. Kami antara yang ramai orang kenal juga lah di universiti. Kira top lah kononnya.
Nak dijadikan cerita berlaku salah faham antara kami, saya dituduh memfitnah Nadia walhal saya tak pernah fitnah pun. Ada mulut² jahat antara kami yang menjaja.
Jadi bertahun-tahun lamanya kami jadi musuh walaupun saya tak anggap seperti musuh. Tapi apa yang paling saya kecewa, dia mengumpat pasal saya dengan kawan baik dia si Maya (bukan nama sebenar).
Boleh pulak Si Maya ni hasut kawan saya sendiri dengan menceritakan segala fitnah yang berlaku antara saya dan Nadia. Padahal saya tak pernah kenal pun Maya ni. Dia hanya kenal kawan saya tu kerana mereka satu bilik sahaja.
Tergamak dia aibkan saya sedangkan segala baik buruk dia saya simpan sahaja tak cerita kat siapa² baik buruk dia. Kalau nak cerita aib, macam ² saya boleh buka. Bila saya duduk sendirian, saya fikir balik.
Tak hairan pun kalau dia boleh cerita buruk pasal saya sedangkan cerita buruk tentang kawan² dia yang lain pun dia boleh cerita pada saya.
Masa saya masih berteman baik dengan Nadia dulu, kadang² menda² yang dia duk umpat tu pun bukanlah perkara serius pun, hanya setakat nak gelakkan kekurangan seseorang dll dan saya pulak b*d*h join sekali terlibat dengan gosip² itu semua.
Benarlah apa yang suami saya kata, jauhilah teman² yang kuat bergosip kerana bila dia boleh umpat orang lain, jangan hairan one day dia buat pada kita balik.
Suami pun nasihat pada diri saya sendiri juga supaya buanglah sikap suka bergosip. Bila saya baca nas dan dalil dari Allah membuatkan saya rasa menyesal sangat².
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;
dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah m4ti? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(Al-Hujurat :12)
Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma berkata:
“Rasulullah dulu berdiri di atas mimbar lalu menyeru dengan suara yang keras:
’Wahai sekumpulan manusia yang merasa aman dengan lisan dan yang tidak menjadikan iman dalam hatinya. Janganlah kalian mengganggu muslimin, janganlah kalian mencela mereka, dan janganlah kalian mencari aib mereka.
Barangsiapa yang mencari aib saudaranya muslim maka Allah akan membuka aibnya. Dan barang siapa yang Allah buka aibnya maka Allah membongkar keburukannya walaupun dia bersembunyi.’”
(Sunan At-Tirmidzi no: 2032. Hadith ini dihasankan Al-Albani)
Kesimpulannya, apa yang saya nak sampaikan kat sini wahai pembaca, tak ada manfaat dan kebaikan pun dalam mengumpat. Tetapi, beberapa umpatan yang perlu kita dedahkan kepada pihak tertentu jika ia melibatkan nyawa, penganiayaan dan akidah seseorang.
Boleh rujuk beberapa fatwa ya nanti. Nak mention kat sini panjang pula ceritanya nanti. Kadang² saya share masalah juga dengan suami.
Memang kadang² kita perlukan seseorang untuk meluahkan masalah kita agar kurang sikit bebanan yang ditanggung dalam fikiran tetapi pendapat saya, luahkanlah pada Allah, sibukkan diri dengan Al Quran dan paling penting jaga diri sendiri dan keluarga masing².
Kita tak tahu orang yang kita rapat tu anytime boleh tikam belakang kita. Itulah bahana mengumpat.
Sekarang ini, jika saya hadapi masalah dan perlukan seseorang untuk luah, saya cari saluran yang betul. Saya pergi sesi kaunseling dan luah dalam satu website dimana NGO² menyediakan khidmat kaunseling.
Kita boleh call, WhatsApp mereka. Luahkan masalah dan mereka akan beri pendapat dan nasihat. Memang mereka tak mampu ubah apa² tapi sekadar nasihat dan beri cadangan apa yang patut. At least pakar² ini tak pernah kenal, dan tak tahu backgroud kita secara total.
Since profession mereka pun terlibat dalam akta yang tidak boleh bagi mereka mendedahkan segala rahsia client mereka. Saya juga kurangkan dari berjumpa dan berborak dengan kawan². Bimbang diri ini membuat dosa mengumpat sahaja.
Jadikanlah kisah saya ini pengajaran agar sama² ambil iktibar.
– Akma (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit