Bahana Muka Tak Lawa, Dilabel Penipu

Assalammualaikum Kakak Abang semua. Siapa yang duduk di rumah, baguslah sebab patuhi PKP. Siapa yang degil nak keluar, semoga korang kena sebat dengan polis. HAHAHA.

Okey actually aku nak meluahkan pasal pengalaman aku mencuba aplikasi dating (atas saranan kakak aku). Tahun ni umur aku dah masuk 28 tahun dan masih single. Entah kenapa sepanjang cuti ni, aku rasa sunyi. Selalunya aku sibuk kerja di office, jadi tiada masa fikirkan soal jodoh.

Jujurnya aku seorang yang sangat workaholic. Tapi entah kebosanan musim PKP cuti di rumah agaknya, buat rasa lonely tu datang. Aku pun download dengan niat nak mencari kawan. Manalah tahu berjodoh, untung-untung dapat bagi mak aku menantu tahun depan. Haha maaf gurau saja.

Jadi lepas download tu, tak dinafikan ramai lelaki berikan mesej perkenalan. Tapi satu pun aku tak layan sebab aku jenisnya jual mahal sangat. Lagi satu aku teramat-amat malu dan taknak mereka fikir aku mudah melayan.

Tapi lepas 2 minggu tu, ada seorang lelaki yang aku rasa tertarik nak reply chat dia. Even tak dibalas, dia hari2 gigih nak ajak aku chat. Jadi akhirnya aku bukakan hati untuk bertegur dan berbual. Lama-lama jadi macam rapat dah hari-hari mesti chat.

Dia ada minta nombor tapi aku rasa terlalu awal untuk bertukar no phone. Jadi kami terus berhubung di apps tersebut selama berminggu2.

Sepanjang perbualan, dia seorang lelaki yang suka cakap manis. Aku tak suka sebabnya aku bukan jenis perempuan yang perlu dimanjakan dengan ayat seperti itu.

By the way dia seorang pekerja kilang biasa. Tapi aku salute sebab dia beritahu banyak buat kerja lain. Grab, jual air, jaga kedai makan, jual kek dsb. Aku tak tahu itu betul atau tidak, tapi aku iyakan saja.

Lepas tu sikit2 dia kata malu sebab kononnya dia hanya kerja kilang. Sementara kerja aku pula di office (agak hebat bagi dia tapi pada aku semua tu biasa).

Bagi aku kau kerja apa pun, aku tak kisah. Kalau dari awal aku menilai dan pandang rendah pada kerja dia, lebih baik daripada awal aku tak perlu reply sapaan perkenalan yang dia bagi.

Lama-lama makin kami bertukar cerita. Macam berputik sikit rasa dalam hati aku. Tapi aku tak nak layankan. Sebab belum apa-apa, takkan aku nak letak harapan.

Nampak mudah pula aku terjebak simpan hati pada orang nanti. Hahaha. Lagi satu aku rahsiakan negeri asal aku. Sebab aku ni jenis overthingking. Jadi aku menipu kata aku tinggal di Selatan padahal negeri asal aku di Utara.

Tapi satu hari ni dia minta akaun Instagram aku. Mula-mula macam tak nak bagi. Tapi akhirnya aku bagi juga sebab aku pun nak stalk dia ni. Nak kenal lebih katanya. Dekat IG memang banyak gambar aku post. Tapi lepas 10 minit dia reply semula.

“Awak memang orang ******* ke? Kenapa location di IG banyak tempat lain?”.

Daripada situ dia tahu aku sebenarnya duduk di negeri lain. Aku jelaskan penipuan tu bukan sebab apa. Cumanya sebagai wanita, aku tak nak lelaki yang baru aku kenali tahu aku tinggal di mana. Hatta nama negeri sekali pun.

Aku trauma sebab dulu kawan aku sendiri pernah kenal dengan seorang lelaki tapi dia reject. Dalam masa seminggu lelaki tu psycho cari sampai rumah sedangkan dia hanya beritahu daerah negeri sahaja. Bukannya lokasi rumah. Itu pun gila pergi cari sebab kemaruk.

Mestilah aku sebagai perempuan terfikir kemungkinan begitu akan berlaku pada diri aku pula. Jadi untuk elakkan dan langkah awal, aku terus menipu sunat. Tapi tanpa diduga, lelaki tu kata dia tak suka penipu.

Aku terkejut sebab dia kata macam tu. Aku pun minta maaf dan jelaskan balik. Tapi apa yang aku dapat? Dengan tak semena, dia cakap “Saya kecewa awak menipu. Saya tak suka penipu tau. Perlu ke tipu?”.

Aik aku macam krik krik krik. Aku menipu sebab nak elak benda buruk terjadi. Tapi aku dituduh seolah-olah berlaku curang pula dengan BF sendiri.

Sekelip mata dia kata “Saya memang tak boleh jumpa orang pembohong. Takpelah saya tidur dulu ya”. Masa tu baru jam 9 malam dia tiba2 nak tidur. Sedangkan selalu kami berborak sampai jam 12 malam misalnya.

Aku pun pelik kenapa dia bengang seolah2 aku buat kesalahan besar. Padahal baru saja berkawan. Berjumpa pun tidak. Tapi dia punya lagak play victim, aku pun seram. Jadi aku sedikit sedih sebab dilabel ‘penipu’ tapi aku lupakan saja.

Tapi kami masih follow sesama sendiri kat IG. Esoknya aku nampak dia buat IG Story dengan gambar memes perempuan sebelum VS selepas make up. Sambil tu kaspyen dia tulis “nampak macam lawa rupanya muka out”.

Jadi aku terus fikir dia cakap pasal aku ke? Iyalah aku ni jenis make up pun biasa-biasa saja. Tapi selama beberapa tahun ni aku lebih pentingkan muka aku. Macam2 produk aku beli untuk hilangkan jerawat. Jadi i am proudly saying, aku lawa jugaklah hahahaha.

Lepas beberapa jam view, aku terus kena block. Mana tahu? Sebab aku tergerak nak search ig dia tak nampak langsung. Aku minta tolong adik aku search, ada pulak akaun dia. So betul la dia cakap pasal aku? Sedih sangat masa tu.

Aku tak pernah kisah kerja apa, atau apa rupa sekali pun seseorang lelaki tu. Asalkan peribadi kau baik, itu sudah cukup. Tapi orang masih boleh anggap kita sebegitu. Orang masih tolak kita sebab rupa.

Nak dikatakan, muka dia pun biasa-biasa saja. Takde pula aku terfikir “ewww hodohnya jantan ni”. Sebab aku memang mudah suka pada personaliti. Bukannya muka.

Kalau kau handsome tapi perangai buruk, maka kau buruk di mata aku. Tapi kalau muka kau macam jamban pun, aku akan suka kalau kau baik. Jadi aku kira, dia sebenarnya bukan tak suka aku menipu pasal negeri tu. Tapi dia tak suka rupa aku.

Malang dan menyedihkan, Habis self esteem aku selama ni. Kadang2 manusia cakap tak sedar diri. Tapi eh. Dah namanya adat kan. Sapa tak suka benda lawa.

Cuma aku rasa kalau dia tak up pasal IG Story tu, sekurang-kuranya aku tak sakit hati sangat. Cuma aku terfikir manalah nak cari lelaki yang tak memilih rupa.

HAHAHA itu jela kisah aku. Malang je rasa. Jangan sampai aku pergi Korea buat pembedahan plastik ya.

Okey apa pun, semoga COVID-19 ni segeralah hilang. Penat duduk rumah makin rasa lonely. Baik aku kerja sibukkan diri. Takdelah sakit hati. HAHAHA tutup salam.

– Siti Handsanitizer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *