Assalam. Terima kasih buat admin kerana sudi menyiarkan confession saya disini. Alhamdulillah. Lagi sebulan saya akan dinikahkan dengan lelaki pilihan saya sendiri. In shaa Allah moga moga dipermudahkan. Confession ni bukan berniat nak jatuhkan maruah sesiapa. Cuma berniat nak buat pedoman dan panduan untuk anda yang mana masih ada perancangan nak bernikah.
Saya bertunang tahun 2015. Kenapa kahwin lambat? Sebab sama sama mencari dana untuk buat majlis. Alhamdulillah, preparation memang dipermudahkan. Segala bentuk persediaan dari pelamjn, baju sanding, nikah dan sebagainya. Genap dua bulan sebelum bernikah, kami diuji dengan ujian yang sangat sangat hebat. Keluarga bakal suami tiba tiba minta ditukar tarikh majlis bertandang dengan alasan ada seorang saudara yang tinggal di seberang Laut China selatan sukar untuk pulang pada tarikh majlis bertandang. Tetapi di pihak saya pula sukar untuk datang pada tarikh tersebut kerana ibu saya akan menghadiri kursus yang sememangnya telah lama dielakkan (akibat banyak kali tarikh ditukar oleh pihak keluarga lelaki). Apa yang saya cuba fahami, keluarga lelaki datang berjumpa keluarga saya pada mulanya dengan menyatakan tarikh yang telah dipersetujui kedua belah pihak dan kad pun telah dicetak tetapi di saat akhir menukar lagi tarikh tersebut. Mungkin ini dugaan buat kami. Apabila saya cuba berhubung dengan bakal kakak ipar, dia jugak bertegas nak tukar tarikh. Saya cuma memohon dia faham, side saya juga ada kekangan pada tarikh yang ditukar. Dan setelah berbincang dengan tunang, kami berjaya mendapatkan tarikh asal (pada kad yang telah dicetak).
Ingatkan tiada lagi dugaan. 2 hari sebelum saya menaip confession ini, saya sekali lagi diuji. Bayangkan saya datang beraya, bawakkan laksa utara ke rumah mereka, ibu nya berkata ‘kenapa kuah laksa ini pekat? pergi ambil periuk dan tambah air lagi. Orang sini tak makan kuah laksa pekat begini’. Terus saya khabarkan pada tunang, mintak maaf jika tak memenuhi selera mereka. dan tunang saya pun berkata pada ibunya, ‘biarlah. itu cara dia memasak’. Selesai insiden tersebut, kami makan dan solat maghrib, seusai itu, kakak dia pun memanggil saya. Ingatkan nak berborak. Sekali lagi bagai satu tamparan hebat di muka, adik beradik tunang saya berbuncang mengenai majlis. Dengan tidak semena keluar ayat dari mulut kakaknya, ‘susah lah nikah hari jumaat. susah nak pergi. dah lah majlis hari jumaat sabtu. kalau disini majlis jumaat ahad.’ Hanya mampu berkata, ‘maaf. tinggal sebulan sahaja lagi. Sebelum ni semua dah dipersetujui’. Memang tak habis isu tarikh ini walaupun dah banyak kali berbincang. Ibunya pulak memang tak suka suku lain masuk ke dalam keluarganya. Ingat lagi masa awal perkenalan, dia bawa saya pulang ke rumah, ibunya ada menyatakan ‘ orang luar tetap orang luar. takkan boleh bercampur dengan suku kami’. Tiada apa lagi yang saya harapkan sebenarnya. Cuma mintak di doakan agar semuanya dipermudahkan. Terima kasih sudi membaca.
– Zaza
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit