Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Memandangkan ada confessor yang confess tentang portal cari jodoh Muslim TJ, BM dan BJ tergerak hati saya untuk bercerita kisah saya sebagai pengajaran untuk semua. Tidak pasti pula confession ini akan diluluskan oleh pihak admin atau tidak.
Umur saya menginjak 20-an. Maka saya berhasrat untuk mencari jodoh dalam masa yang sama saya usaha menggunakan aplikasi portal cari jodoh muslim di internet. Tetapi berbeza dengan confessor tadi, saya menggunakan portal percuma JD yang pada ketika itu masih percuma tanpa perlu ada langganan oleh pengguna. Bulan demi bulan saya menggunakan portal itu, saya berasa semakin hambar. Saya jarang melayari laman itu.
Sehingga pada suatu hari, satu notifikasi mesej masuk dari Fariz (bukan nama sebenar). Fariz start chatting namun perbualan kami cuma berlaku setiap 2-3 hari sahaja memandangkan saya dan dia jarang melayari aplikasi itu. Sehinggalah kami membuat keputusan untuk meneruskan perbualan kami di aplikasi Whatsapp.
Bermula dari situ kami menjadi lebih rapat. Ye lebih rapat. Ketika ini masih berkawan. Tapi boleh dikatakan setiap saat, apa yang kami buat kami akan update antara satu sama lain. Long short story, lebih kurang 5 bulan perkenalan kami tanpa perlu declare apa-apa kami bercinta. Ya, bercinta seperti orang lain. Namun kami bercinta secara LDR (long distance relationship).
Saya mula bekerja semasa kami berkawan memandangkan saya baru sahaja menamatkan pengajian namun Fariz masih lagi belajar dengan berbaki satu semester. Semasa bercinta, saya menyatakan hasrat untuk ke arah yang lebih serious. Saya sendiri tidak mahu bermain-main soal hati dan perasaan. Bulan berganti bulan akhirnya Fariz tamat pengajiannya.
Dia ditawarkan kerja di sebuah tempat yang masih jauh dari saya. Namun,kami berhubung seperti biasa antara satu sama lain. Seawal permulaan Fariz untuk bekerja, saya menawarkan dia untuk meminjam wang saya bagi dia memulakan satu ‘hidup baru’. Perasaan sayang saya kepadanya semakin menebal. Setelah sekian lama bercinta, kami tidak pernah berkongsi tentang peribadi (sexual desire) masing-masing. Tapi suatu hari dia mengusik saya dengan satu usikan yang agak lucah bagi saya sampailah kami terjebak dengan kancah lucah ini.
Setiap hari ada sahaja topik-topik lucah yang dibahaskan. Saya leka, daripada seorang perempuan yang tak tahu apa-apa tentang perkara sebegini sehingga timbul keinginan untuk ke peringkat yang seterusnya. Satu hari, kami merancang untuk bertemu dan tidur di hotel.
Selepas hari kejadian, saya dan Fariz betul-betul menyesal dengan tindakan kami. Kami berjanji untuk berubah. Dan dia juga berjanji untuk bertanggungjawab ke atas saya. Tapi betullah orang cakap kita sangka panas sampai ke petang, namun hujan ditengahari.
Tiba-tiba Fariz berubah. Dia lebih senang mengabaikan mesej-mesej saya. Sampailah satu hari dia menyatakan hasrat untuk memutuskan hubungan dengan saya. Keputusan yang dia buat tu membuatkan saya rasa dunia saya sudah gelap, terbalik. Saya rasa kotor, jijik dengan diri sendiri. Dan saya juga berasa marah terhadap Fariz kerana memungkiri janjinya. Tanpa saya mengetahui alasan dia untuk memutuskan hubungan kami.
Dan akhirnya semua terjawab. Dia sendiri sudah merancang untuk berkahwin dengan wanita yang dia kenal duduk berhampiran dengan tempat dia bekerja. Sejauh mana hubungan mereka saya sendiri tidak tahu. Akhirnya, saya sendiri ditinggalkan terkontang-kanting. Saya cuba bangkit semula. Dekatkan diri dengan Allah. Bertaubat. Tapi jujur saya katakan, saya serik untuk menerima mana-mana lelaki dalam hidup.
Bukan kerana Men Are Trash, tapi kerana saya sendiri tersilap langkah. Mungkin masih ada lelaki baik diluar sana, wanita sendiri perlu menilai. Perlu berhati-hati dalam mengambil langkah.
Point yang saya nak highlight kan disini, jangan fikir portal cari jodoh muslim itu cukup Islamik yang dapat menepis segala maksiat berbanding Wechat, beetalk dan sebagainya. Ianya juga mungkin boleh menjadi punca kita untuk lebih dekat dengan maksiat. Jika dibaca feedback portal ini, hanya berapa peratus sahaja yang berjaya jumpa jodoh mereka disini. Sila berhati-hati wanita yang saya sayangi diluar sana. Terima kasih.
– Jaja
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit