Hi readers! Straight to the point, hari ni saya nak share tentang pengalaman saya dalam menggunakan perkhidmatan postpaid telco B ni.
Untuk pengetahuan anda, pada mulanya saya menggunakan telco A (prepaid). Lama kelamaan line telco A mempunyai masalah di kawasan saya dan saya dengar telco B mempunyai coverage yang baik di kawasan saya. Disebabkan saya malas nak tukar number phone saya, saya pergi ke centre B untuk tukar telco dari A ke B tanpa menukar nombor asal.
Pada mulanya, saya tidak terlintas untuk menggunakan postpaid(bill) sebab saya still student waktu tu tapi disebabkan tertarik dengan pencerahan dan pujukkan yang diberikan oleh pekerja L di telco B, saya bersetuju untuk menggunakan postpaid telco B. Semua berjalan dengan lancar. Selepas 3 hari (tak silap), saya boleh menikmati plan postpaid telco B. Semuanya indah untuk 3 bulan yang pertama.
Namun, apabila masuk bulan yang ke-4, saya sudah tidak mendapat email bill yang patut saya bayar untuk penggunaan bulan ke-4. Mesej juga masuk ke telefon saya bahawa bill yang perlu saya bayar adalah RM 0.00. Maksudnya saya tak perlu bayar apa-apa untuk bulan ke-4.
Saya mulai pelik sebabnya saya aktif menggunakan internet dan unlimited call yang ditawarkan oleh plan tersebut. Oleh itu, sangat mustahil bill menjadi RM 0.00. Saya terus ke centre B kerana saya aware bahawa penggunaan bill sangat bahaya jika kita suka bertangguh terutamanya untuk student macam saya.
Bila saya pergi ke centre B, diorang cakap telco B bagi percuma bagi pengguna telco B yang baru. Masalahnya, kalau la betul telco B nak bagi percuma untuk pengguna baru, kenapa nak tunggu 3 bulan dulu? Kalau percuma masa bulan pertama tak la pelik sangat, ni dah 3 bulan bayar tetiba cakap nak bagi percuma.
Saya pun mula la jadi paranoid sebab saya ni asal daripada family yang susah lagipun saya still student masa tu. Saya berkali-kali tanya pekerja yang attend saya tu takut ade hidden charge ke apa-apa. Macam-macam yang saya tanya takut nanti bill bertimbung. Jawapan diorang jangan risau takde hidden charge or apa-apa.
Bulan ke-5 saya terima email dan mesej yang mengatakan bill yang perlu dibayar adalah RM 0.00. So, saya pergi balik ke centre B dan jawapan kali ni adalah bill saya ada problem sikit jadi notis lambat masuk. Nak buat payment pun tak boleh sebab memang bill RM 0.00 so pekerja L cakap nanti bill bulan ke-5 akan disekalikan dengan bulan ke-6.
Dan sekali lagi, saya berulang-ulang kali tanya dekat dia, betul ke takde masalah? Saya siap bagitahu lagi saya ni student je takde income sendiri, so kalau rasa ada problem dengan line saya ni saya nak terminate je number ni saya boleh beli number lain.
Tapi pekerja tu cakap takpe dan tiada masalah dan tak perlu risau. Dan dia cakap tak perlu terminate number saya sebab takde masalah pun sebernarnya just bill je ada problem. So saya cakap la perlu ke saya rujuk /call HQ telco B untuk masalah ni? Pekerja tu jawab tak perlu sebab bill akan jadi normal balik start bulan ke-6.
Dan tibalah bulan yang ke-6 bill still RM 0.00. Lagi sekali menghadap centre B dan di attend oleh pekerja yang sama iaitu pekerja L. Kali ni dia cakap memang bill saya RM 0.00 dan dia cakap case seperti saya ni adalah rare case. Macam ghost user gituh. Line active tapi bill automatic jadi RM 0.00.
So, saya cakap la saya nak terminate number ni tapi pekerja tu cakap tak payah and just enjoy free-charge line. Dia siap cakap lagi untungnya jadi saya sebab tak payah bayar. Beberapa kali saya menyatakan saya bimbang dan keingginan saya untuk terminate number tapi diorang convinced saya yang semua tu tak perlu. Saya siap tanya lagi tak dosa ke? Hahaha, tetiba jadi alim lepas tu diorang gelak je.
Jadi dekat sini memang saya bodoh sikit sebab percaya membabi buta dan tak fikir panjang yelah student lagi masa tu. Jadi, start daripada tu saya mula guna kan plan postpaid telco B secara percuma untuk 2-3 bulan. Untuk makluman semua, walaupun notis email selalu menyatakan bill adalah RM 0.00, saya selalu call centre B untuk make sure yang memang takde hidden charge ataupun apa-apa charge lain setiap bulan sehingga saya berhenti guna bill.
Selepas 3 bulan guna line free, saya rasa bersalah dan takut. Jadi saya pergi lagi centre B untuk terminate saya punya number. Tapi pekerja L tetap conviced saya rugi kalau saya terminated number saya ni sebab free. Saya pun cakap la saya dah nekad nak terminate number ni sebab saya rasa bersalah pulak guna secara ‘haram’ ni.
Last sekali, pekerja L tu cakap yang saya tak perlu terminate number tu, just berhenti guna je. So, saya yang lurus ni ikut je la apa yang dinasihatkan tu. Dan seperti yang sebelum ni, saya akan berkali-kali tanya apa-apa risiko yang ada kalau tak terminate number ni. Pekerja L tu cakap takde. So saya beli number telco B jugak tapi prepaid punya (number biasa) dan teruskan hidup saya seperti biasa untuk 4 bulan.
Selepas hampir 4 bulan guna number baru, saya dapat panggilan daripada HQ telco B bahawa saya ada bill tertungak sebanyak RM 100 lebih tak silap saya. Saya terkejut dalam hati saya apa yang saya takut telah menjadi reality.. tapi saya argue dengan dia saya dah tak guna number tu dan saya cerita la dekat dia dari A sampai Z.
Dan saya pelik kenapa bill tertunggak hanya RM 100 lebih je sedangkan kalau ikutkan patutnya dah beratus (bukan mintak lagi teruk cuma kepelikan). Lepas tu puan yang call saya tu pun pelik sebab previous month semua RM 0.00 cuma 4 bulan (masa ni dah guna number baru) je yang charge. Puan tu pun suruh saya berhubung dengan centre B (tempat yang saya deal sebelum ni).
Petang tu terus saya pergi centre B tu bersama bill RM 0.00 setiap bulan yang diprint. Masa tu pekerja yang attend saya adalah bukan pekerja L. Bila saya cerita masalah ni, diorang macam menafikan salah mereka dan sebaliknya menyalahkan saya. Diorang siap cabar lagi saya supaya tunjukkan pekerja L yang suruh saya buat tak tahu je bila bill RM 0.00 ni.
Ya Allah mana saya ingat dah lama dah benda ni dan saya jenis susah nak ingat muka orang. Diorang menyalahkan saya dan menganggap saya penipu. Diorang siap sindir lagi, sedap-sedap guna free berbulan-bulan tetiba kena bayar 3-4 bulan dah bising-bising. Eh, dulu bukan main manis lagi sekarang bila masalah timbul buat macam ni pulak.
Saya mengamuk dan saya cakap saya tak akan bayar walau satu sen pun sebab pihak diorang yang salah. Bayangkan saya seorang diri kene argue dengan 2-3 orang pekerja termasuk manager diorang (tak tahu la manager ke apa tapi bukan pekerja biasa la).
Last sekali manager dia cakap bayar je RM 50 lepas tu settle. Saya pun bayar la RM 50 dan saya ingatkan dah settle rupanya belum. Lusa tu saya call balik HQ telco B sebab tak sedap hati. Rupanya line saya masih active dan still tertunggak RM 90. Saya ni dah menyirap la ingat ke dah settle dan line tu dah terminate rupanya belum.
Saya pergi balik ke centre B dan masa tu dah takde muka innocent dah. Terus saya panggil manager tu dan cakap hari tu cakap dah settle kenapa still ada tunggakan dan belum terminate? Manager tu jawab ‘awak yang tak nak bayar. RM 50 tu cuma sebahagian je bukan fully payment’ dengan muka menyampah. Saya pun naik hantu ‘hari tu cakap kalau bayar RM 50 kira settle. Saya ingat lagi akak yang cakap dengan saya bukannya orang lain!’. Tetiba dia buat-buat sibuk dan masuk dalam office.
Then, ada la pekerja lelaki yang agak tua attend saya. Pekerja ni sangatla sopan dan sangat baik. Dia buat amarah saya hilang dan saya yang mulanya berkeras tak nak bayar jadi lembut bila pekerja tua tu berkali-kali meminta maaf bagi belah pihak diorang dan mengaku memang system diorang yang salah.
Saya pun setuju untuk bayar semua tunggakan walaupun dalam poket ada RM 40 je. Saya minta izin pekerja tua tu untuk pergi ke bank sekejap sebab tak cukup duit. Pekerja tu macam kesian dekat saya sebab dia tahu saya student dan dia mintak maaf sekali lagi.
Bila check duit dekat ATM tu lagi la sedih balance tak sampai RM 50. Terpaksa la call mak datang hantar duit. Yang datang bukan hanya duit je tapi siap pakej kena ceramah lagi hahaha. Bila dah settle semua, saya minta semua statements bill dan termination letter dan siap rekod video senyap-senyap lagi sebab takut ada kes mahkamah kelak. Bila dah settle semuanya, pekerja tua tu sekali mintak maaf.
Bayang kan datang dengan muka gangster tapi balik dengan senyuman walaupun poket barai. Tu la pentingnya pekerja yang baik dan sopan. Dan start hari tu, saya berjanji dengan diri saya yang saya takkan jejak dah kaki dekat kedai tu. By the way, sebernanya telco B sangat bagus bagi saya, cuma system dan pekerjanya je yang problem.
Jadi nasihat saya, kalau nak guna bill, lebih baik beli number baru yang sememangnya untuk postpaid.
Kedua, alert dengan nama pekerja yang attend kita kalau boleh setiap kali buat bayaran atau ada masalah, catat waktu, tarikh, nama pekerja dan nombor kaunter.
Ketiga, kalau timbul rasa tak sedap hati bila guna bill ni, lebih baik terus terminate je la.
Keempat, kena tahu macam mana proses termination berlaku.
Kelima, bila buat apa-apa bayar atau termination WAJIB mintak resit / penyata/ surat daripada pekerja tersebut.
Kepada readers, kalau ada tersilap taip atau tersalah, maaf sebab benda ni dah lama. Saya mengaku saya juga bersalah dalam hal ni sebab kurang ilmu dan tak tegas dalam buat keputusan. Saya buat confession ni pun sebab nak orang ramai berhati-hati dan tak nak orang lain kena macam saya.
Akhir sekali mintak maaf kalau tersilap bahasa atau terlalu panjang. Untuk pekerja L, saya menyesal sungguh tak tengok tag nama awak. Hahahaha..
– Miss Idiopathic (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit