Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua..aku Erin, umur dah tak muda (hehehe) dah berkerja dan ibu kepada seorang anak. Aku mempunyai 3 orang adik beradik dan aku satu-satunya anak perempuan.
Hmm aku tengah serabut ni sebenarnya. Tapi aku buntu sangat tak tahu nak buat apa.. korang tolong la bg pendapat yang bernas kat aku ye..
Sebelum tu aku nak warning siap2.. confession ni panjang. So kalau agak korang bosan, tolong scrolllllllll ke bawah, dan mula baca lepas nampak perkataan DI SINI.
ok cerita dia macam ni.. sebagai anak tunggal perempuan dan anak bongsu pulak, sememangnya aku agak rapat la dengan ayah dan ummi berbanding abang2..hehe so apa yang berlaku dengan ayah & ummi, pergolakan rumah tangga dorang semuanya aku tahu.
Masa aku sekolah menengah, (& benda ni berlarutan sampai u..eh sampai sekarang jugak..haha) ayah dan ummi selalu sangat bertengkar depan aku. Bayangkan aku lagi seminggu nak exam PMR dorang bleh bergaduh depan aku. Sebagai anak aku saaaangat la tension..
Masa aku kecik-kecik, ummi aku pernah curang dengan ayah..sejak tu ayah macam hilang respek kat ummi tau..tapi ummi cerita memang dari zaman mula2 kawin lg ayah macam tu..dipendekkan cerita, ayah maafkan ummi dengan alasan masa tu aku masih kecil dan aku sangat la manja dengan ummi. Ok selesai bab zaman kecil.
Bila dah besar ni..sekarang ayah dan ummi pun dah berusia, so dorang dah tak kerap bergaduh macam dulu. Tapiiii…huhu sori la korang, aku xtau nak cerita dari mana. Bagi aku ayah dan ummi dua2 ada kelebihan dan kelemahan masing2.
Ayah
– pesara. Setiap bulan dapat duit pencen RM1000 lebih..kot?
– panas baran. Setiap hari marah2. Tu masa kami kecik. Bila kami dah besar, abang aku yang sorang tu pulak selalu marah ayah. Aku benci abang selalu marah ayah, tapi aku tak salahkan abang 100%. Sebab ayah yang selalu tunjuk contoh tu kan..
– penyayang dengan anak2..tapi bila tengah marah memang naik tangan ler…suara tinggi sokmo
– sentiasa menyalahkan orang lain. Semua salah orang. Even untuk benda2 kecik. Jadi la apa pun, benda pertama yang ayah cari adalah “salah siapa?” “siapa yang buat?”
Contoh, barang ayah hilang. Benda pertama yang dibuat adalah tanya semua orang “siapa yang ambil barang ayah ni..blablabla..” kalau aku kan, aku akan tanya “ada siapa2 nampak tak barang adik?” see?? Beza kan..
Tu baru kes barang hilang..kalau kes besar2 lagi la kecoh..ummi curang dulu pun memang dia salahkan ummi 100% (ye..curang tu salah.aku pun benci sikap siapa2 yang curang. Nauzubillah) tapi ayah langsung xpernah terfikir apa yang dia buat sampai ummi boleh sangkut dengan orang lain.
– sangat bangga diri..rasa diri dia hebat dan sentiasa betul. Yeah. Dan sampai sekarang ayah rasa bangga sebab dia rasa dia merupakan suami yang baik, tak pernah pukul isteri, jentik pun tak pernah. Tapi dia tak sedar betapa dia mendera mental ummi..huhu
– memandangkan ummi aku kerja gaji tinggi, so ayah selalu mintak ummi yang beli or bayarkan apa2. Jarang la ayah nak bayar. Bagi ayah, duit ayah adalah duit ayah. Duit keluarga,mintak kat ummi. Cakap je apa,, kereta, tanah, rumah, tv, perabot, kenduri kawen anak2..semua guna duit ummi.. Ayah? Komplen komplen komplen.
– sangat sensitif dan cepat merajuk. Terutamanya dengan ummi. Sekarang ayah dah xboleh drive. So pergi mana2 pun ummi yang drive. Tapi setiap kali ke mana2 mesti aku stres. Ayah kan sentiasa rasa diri dia pandai. So dia yang akan tentukan nak pergi ikut jalan mana..ummi pulak, ada masa akan bantah sebab jalan yang ayah nak tu lebih jauh..dah la minyak kereta semua ummi yang bayar..huhu kalau ummi argue, sepanjang perjalanan ayah akan bermasam muka. Korang rasa seronok tak pergi jalan2 dengan keadaan tegang macam tu..series aku benci.
Dalam perjalanan pulak, ayah yang akan bising2 suruh ummi drive laju sikit la, potong kereta depan la,dan macam2 lagi la..padahal tu kan kerja driver. Kadang2 ayah bising sebab ummi x potong kereta depan, padahal ummi nampak je ada kereta datang dari arah bertentangan, tapi ayah tak nampak. Cara parking kereta, nak undur kereta ke hapa semua kena ikut cara dia. Sedangkan ummi aku tu sangat la cekap bawak kereta. Setiap hari selama berpuluh-puluh tahun ummi drive sendiri ke tempat kerja.
Penah jugak ummi accident sebab dengar cakap ayah. Pernah jugak kena saman sebab ayah suruh laju. Tapi macam biasa..segala kos kerugian dan bayaran sama adalah di bawah tanggungjawab ummi. Ya. Ummi bayar sorang.
– ayah pernah janji dengan ummi, akan buat rumah sendiri kat ummi dalam masa beberapa bulan. So ummi kena la keluarkan duit. Namun janji tinggal janji. Boleh bayangkan tak, 10 tahun ummi tunggu dan rumah tu tak siap2 lagi. Ayah selalu mintak duit kat ummi, nak beli barang beli simen, batu, bata dll untuk buat rumah.
Bila dah beli, projek tak jalan pun. Macam2 alasan ayah bagi, hujan la, ada benda lain yang lebih penting untuk diselesaikan la, dan mcm2 la..end up, barang2 tu semua rosak, reput, punoh..nanti bila ayah rasa nak buat pulak, dia mintak duit lagi, nak beli barang2 buat rumah. Pastu tak buat pun. Sampai la barang2 tu rosak.
Benda ni berulang dan berulang hingga 10 tahun. So agak2 dah berapa ratus ribu ummi asyik keluarkan duit? Benda ni ayah mintak sekali sikit, so tak nampak sangat la macam banyak..Ayah pun ada jugak keluarkan duit, tapi aku rasa tak sampai 15% dari duit ummi. Tu pun ayah asyik ungkit duit yang dia keluarkan. Huhu
Ayah salahkan anak2 sebab tak tolong dia. Macam mana kami nak tolong..setiap kali tolong mesti kena marah. Huhu kami bukannya lahir2 terus pandai buat rumah. So ayah la kena ajar kami molek2.. tapi tak..apa yang kami dapat kena marah kena marah kena marah. Agak2 seronok ke buat kerja dengan keadaan macam tu. Lastly angah dan aku dah malas nak tolong ayah. Along je yang agak rajin, sebab telinga dia dah kebal. Ummi? Wajib dah..dulu ummi yang selalu tolong buat kerja berat2..sekarang ummi dah xde tenaga. Ummi dah tua. Kesian ummi.
– ayah selalu marah ummi. Bukan sebab apa pun..sebab benda kecik2..masak memang semua ummi kena buat, walaupun ayah tahu memasak. Alasan, dapur semak. Ummi tak kemas. Ayah rimas so ayah tak masak.
Kalau kami keluar dengan ummi, otw balik tu ummi dah serabut.. selalu ummi tanya “apa pulak laa yang ayah nak marah ummi hari ni..” masa kat luar ummi happy je..kesian kan..
– tapi ayah ni sangat setia. ramai je orang minat kat ayah dulu2..tapi ayah bukan jenis melayan. cuma tu la, ayah selalu marah2..kesian ummi
Ummi
– ummi selalu cerita masalah dia kat aku. Maybe sebab aku perempuan, so aku lebih mudah faham
– kadang2 ummi ada jugak melawan ayah,kalau dia dah tak tahan sangat. Dan apa jadi? Dorang tak bercakap seminggu lebih.
– sangat friendly. Dengan siapa2 pun. So ummi ni kategori yang ramai kawan la..ummi senang masuk sama ada dengan orang yang lebih berpangkat mahu pun dengan makcik2 cleaner kat opis.
– ummi sangat mudah simpati dan pemurah. Jarang la ummi tak sedekah kalau nampak orang mintak sedekah. Setiap kali melawat sedara mara mesti ummi bagi duit. Yelah, gaji ummi kan tinggi. (korang jangan la expect sampai 5 angka plak ye..ribu riban tu ada la)
– tanggungan ummi berat. Dari segi kewangan. Macam aku cerita kat atas. Semua under ummi. Duit ayah adalah duit ayah. Duit family, kena mintak kat ummi.
Lupa nak cerita, adik ayah pun tinggal dengan keluarga aku. Lets call her makteh. Haaaa makteh ni macam tiga suku sikit..kerja dia setiap hari adalah makan makan makan. Tak boleh disuruh buat kerja apa pun. Nanti mengamuk. Perangai macam ayah jugak. Haha..since makteh ni banyak makan, so ummi la yang kena tanggung. Kan makan minum semua guna duit ummi.. atuk dan nenek belah ummi pun ummi kena hulur jugak. Yela, takkan tak bagi duit kat mak ayah tiap2 bulan kan..atuk nenek belah ayah dah meninggal..
– pagi sebelum pergi keja, ummi masak kat ayah. Sarapan n lunch. Balik, ummi masak lagi. Kalau ummi panaskan lauk tengah hari, ayah akan komplen sebab lauk yang sama.
Kemas rumah, masak, kerja2 rumah semua tanggungjawab ummi. Bukanlah bermakna kami anak2 tak tolong, tapi kalau ada je kerja yang tak settle, memang ayah akan salahkan ummi. Sedangkan ummi kerja. Ayah duduk rumah sebab dah pencen kan..rumah tak bersih pun salahkan ummi. Apa la salahnya ayah tolong kan..
– tu cerita masa ummi kerja. Sekarang ummi dah berhenti kerja. Ummi kerja kat syarikat swasta..so takde la duit pencen tiap2 bulan macam ayah. Yang aku faham, ummi dapat duit banyak syarikat tu bagi..
– sekarang, duit yang kami makan, barang2 keperluan rumah, duit kenduri kahwin, duit buat rumah yang tak siap2 tu, semua masih bergantung kat ummi. Ummi dah xde gaji sekarang. So asyik kikis duit ummi tu la sikit-sikit. Sekali keluarkan RM1000 tu kejap je lesap. Ha..sebab apa? Teruskan membaca
Along
– Along anak yang sangat baik. Along tak pernah tinggi suara dengan ayah dan ummi. Along baru je kahwin. Dia biar adik2 ni kahwin dulu sebab dia takde duit.. tapi last2 kawin jugak dengan duit ummi. Tu pun atas desakan ummi.
– dah berkerja. Tapi gaji tak tinggi sangat. So setiap bulan ummi akan bagi duit belanja kat along. Dan along pun akan mintak kat ummi. Tapi memandangkan along ni anak yang baik, (dan abang yang baik jugak), ummi pun sejuk hati nak bagi. Aku pun bagi jugak kadang2..sebab along baik.
– kuat merokok. Haaa yang ni aku geram. Heran sungguh dengan lelaki ni. Kata takde duit, tapi beli rokok ada pulak duit.
Angah
– Angah ni belajar tak tinggi. Kerja pun tak pernah tetap. Lebih selesa mengganggur daripada berkerja. Aku pun heran sebab apa
– dah berkahwin, ada dua anak. Isteri angah kerja. Baik sangat dengan family kami. Apa yang jadi kat ummi, jadi jugak kat isteri angah. Akak ni la yang tanggung anak2 sorang2. Kesian akak. Ofkos ummi bantu, bagi duit untuk cucu2 dia..tapi mesti la akak sedih kan..dia ada suami tapi mcm xde suami..
– sangat2 panas baran. Dan tak pernah mengaku dia salah. Semua salah orang lain. Perangai ayah betul2 turun kat angah. Selalu bergaduh dengan isteri dia. Padahal dia lupa, dia tak pernah bagi nafkah pun kat akak. Kalau bagi pun, guna duit ummi.
– selalu sangat mintak duit kat ummi. Tak kerja, tapi boleh pulak p jalan2 sana sini. Duit minyak, duit poket, semua mintak kat ummi.
Aku
– nak kata baik sangat, tak la jugak.. aku pun kadang2 ada jugak marah2 kalau dah tak tahan. Terutamanya dengan ayah.
– setiap bulan aku hulur duit kat ayah dan ummi. Nak kata banyak sangat tu tak la..setakat yang aku mampu. Bila aku balik kampung, aku akan beli barang2 keperluan rumah..sebab kesian kat ummi..huhu
Haaa ni baru mukadimah. Penat tak korang baca? Haha.. cerita sebenar baru bermula DI SINI.
Baru-baru ni sekolah lama ummi ada buat reunion. Ummi ada group whatsapp dengan kawan2 lama dia. Masa tu aku tengok ummi sangat excited nak pergi. Ummi pergi dengan ayah. (jangan risau, depan orang, ayah la suami terbaik di dunia).
Aku ni pulak, rajin la tengok2 kan henset ummi. Huhu dan aku tengok ummi selalu private message dengan sorang pakcik ni..kawan lama ummi la. Pakcik B (stands for Bangang. Okey2,gurau..) ni duda. Baru mati bini. Konon2 nak mintak tolong ummi carikan pengganti la kat dia. (macam la xde manusia lain dah nak tolong) konon2 anggap ayah macam abang. Whatever..
Tapi makin lama makin kerap pulak dok wasap. Ummi luahkan rasa sedih sebab ayah perangai macam tu, dan Pakcik Vavi (maaf kasar bahasa) tu pulak luahkan rasa sedih sebab bini dia mati. Pernah aku tengok ummi wish besday kat Pakcik B tu siap ada emoji kiss love2 bagai. Bila kantoi Pakcik tu call ke hapa, ummi akan cakap tu kawan je.. kawan ke macam tu?
Makin hari ummi makin kerap berhubung dengan pakcik tu. (setiap kali taip perkataan “pakcik”, aku akan tahan diri aku dari terus menaip perkataan “syaitan”, “babi”,”bangang” dll. Siyes aku tengah tahan diri dari memaki hamun pakcik tu..astaghfirullah..)
Ummi selalu tidur rumah aku sekarang..so lebih mudah untuk makhluk tu call ummi. Sekali bergayut sampai berjam2. Kadang2 taknak aku dengar dorang sembang apa..nampak aku je ummi pergi otp jauh2..korang rasa?
Sekarang ummi makin kerap mengadu perangai ayah. Kisah yang dulu2 pun ummi ungkit. Aku faham sangat. Sebagai seorang perempuan, aku sangat simpati dengan ummi. Betapa sabarnya ummi bertahan dengan sikap ayah tu berpuluh tahun.. Tapi day by day, ummi macam dah tak nampak kebaikan ayah. Kadang2 ummi cakap dia nak cari sorang pompuan untuk dibuat madu. Supaya boleh jaga ayah. Huhu
Depan ayah ummi ok je. Masak macam biasa. Cakap pun macam biasa. Cuma yang aku perasan, ummi dah tak solat jemaah dengan ayah.
Dulu aku boleh je bukak2 wasap ummi. Sekarang dah makin payah. Dan aku perasan, ummi akan delete wasap dia dengan pakcik tu. Nampak macam pakcik tu je yang wasap ummi, tapi ummi tak reply (ye la tuuu..) maybe ummi sayang nak delete wasap pakcik tu. Bila aku tengok henset ummi pun, dia akan tunggu dan tengok aku tengah tengok apa. Dah tak bebas macam dulu2..
aku nak ingatkan korang, aku tak rasa ummi jadi macam ni sebab duit. kalau ummi berkira bab duit, dah lama ummi angkat kaki. kami orang pompuan boleh je bertolak ansur bab duit, tapi at least jangan la dera mental dan emosi kami.
Aku tak suka ayah marah2 ummi. at the same time aku tak suka ummi “kawan” dengan pakcik tu.
Aku tak tahu nak mengadu kat siapa di kalangan manusia ni (kat Allah memang aku selalu mengadu..huhu) Kat angah memang tak la..angah pun panas baran. kat along, aku risau jugak. Along aku tengah melalui fasa bahagia sekarang..takut aku mengganggu pulak..huhu sebagai anak bongsu, aku rasa lemah sangat. Macam tak berdaya nak buat apa2…
So korang rasa apa patut aku buat?
p/s: lelaki, kalau korang nak anak2 respek korang, please respek mak dorang..which is your wife. Ok bye.
– Erin
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit