Assalammualaikum semua pembaca. Maaf, tak pernah menulis di ruangan ini. Izinkan saya meluahkan perasaan yang mana saya berharap jua ada di kalangan pembaca yang mungkin terkesan dengan garapan saya ini. Jadikan pedoman.
Saya berusia pertengahan 30-an. Bukan alumni IIUM tapi pasangan saya. Bercinta 5 tahun, berkahwin hampir sedekad. Allah uji saya dari zaman bercinta. Kami gagal kawal nafsu. Coz I thought he is the only one. We got married, anyway. Dikurniakan 3 cahaya mata.
Kami bertaubat sebelum disatukan. Hidup berkeluarga serba sederhana, saya bahagia. Kami bahagia.
Sampai satu ketika, Allah beri rezeki melalui perniagaan. Kami terlalu sibuk dengan perniagaan. Kurang masa bersama. All about chasing the money sampai satu tahap diuji, barulah hadap tikar sembahyang kembali. Solat Sunat, Dhuha,Tahajjud, Taubat. Tapi perniagaan gagal jua.
Terduduk kami, hilang mata pencarian. Cuba mencari peluang kerja di sektor swasta. Tapi tak mampu nak sediakan upah pengasuh. Cari upah freelance, sekadar ada. Suami saya semakin hanyut. Sejadah terdampar tepi. Panggilan solat sudah tak diendah.
Fokus kami sudah berbeza. Dia masih merasakan hidup ini panjang. Saya merasakan “we’re running out of time”
Hutang bertimbun, kita bukan makin muda. Keperluan anak-anak makin meningkat. Saya depresi. Amarah memenuhi segenap ruang di rumah. Tak tersangka ketika itulah suami kembali jahil. Mencari hiburan di aplikasi. Curang sana sini. Sudah berjinak dengan arak.
He was caught red handed but I decided to give him another chance. Dalam tempoh dua tahun, berkali-kali saya ditipu, dicurangi.
Atas tiket isteri, saya maafkan. Tapi saya bodoh. Saya biarkan diri saya memetik dosa kerana menengkingnya bila saya merasa tertekan atas perbuatannya. Dia tidak redha saya menengkingnya. I just can’t help it.
Saya dapat rasakan tekanan yang keterlaluan. My instinct. Sekotak kondom dan baju kotor saya temui di bonet kereta. Luluh hati. Meraung saya kerana tidak sangka curang sampai ke ranjang. Saya tenangkan diri. Saya mohon ampun maaf kepada Allah.
Saya terima ini sebagai balasan perbuatan kami sebelum berkahwin dulu. Nauzibillah. Saya merasakan taubat kami tidak diterima Allah! Sebab itulah Allah uji saya begini.
Saya redha, Ya Allah! Saya ikhlas memohon Kau ampunkan dosa suamiku dan diriku. Betapa hinanya kami Ya Allah! Saya merasakan takut teramat, akan tetapi tidak suamiku.
Dia makin jauh. This time around, he has gone too far. My love for him died straightaway. Saya merasakan Allah memberi isyarat bahawa Dia telah menyediakan saya bertahun lamanya untuk hadapi kesukaran pada hari ini.
Alhamdulillah I am standing still. Preparing my documents for the divorce. Tidak sekelumit pun sesal berkahwin dengannya. Cuma saya telah salah memilih jalan. Saya telah salah memilih pasangan.
Saya sia-siakan sekeping Ijazah saya demi untuk bersamanya. Saya korbankan masa depan saya demi cinta saya kepadanya. Saya serahkan jiwa raga demi rasa cinta tapi sebenarnya mainan nafsu syaitan.
Bila saya ke mall bersama anak-anak, saya lihat pasangan muda berpelukan. So romantic…saya beristighfar. I was them before. And look at me now. Saya terima balasan walaupun saya bertaubat. Tapi Allah belum angkat taubat saya. We never know…
Amalan kita buat di dunia… cukupkah?
Kita merasakan kita lebih baik daripada si polan… tapi benarkah?
Benarkan pahala kita tercatit lebih daripada dia yang tidak sempurna auratnya?
Rahsia Allah tidak kita ketahui. I have been there. Done that. And now tasted my own medicine.
Will I ever be forgiven, O’Allah?
– Madame Q (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit