Bahana Supplement MLM

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin siarkan confession akak.

Akak ada baca 2 lagi confession pasal MLM tu…

Boleh baca confession berkenaan di :

https://iiumc.com/khas-untuk-bisnes-mlm/

https://iiumc.com/pengalaman-bersama-mlm/

Dekat sini akak nak fokus MLM yang jual supplement sebab akak kerja kat hospital.

Antara MLM yang famous jual supplement S, A, H, F… yang ni yang akak tahu la.

Jujur cakap la.. awal2 akak pon naik juling biji mata tengok bonus diaorang. Ni yang S la sebab ramai kawan akak buat. Akak pon pernah daftar jadi penjual.

Masa awal2 akak ada makan protein soya tu sebab bersalin anak first nak prepare untuk breasfeed. Tapi anak akak tak sesuai, dia suka tersedak susu ikut hidung masa tidur.

Akak takut sangat. Parent akak pon dah marah2 suruh stop ambik. Then akak pon stop la. Alhamdulillah anak akak ok lepas tu.

Lama lepas tu akak cuba balik nak juai S… tapi bila masuk ja dalam group diaorang… akak tengok semua pakat nak menjual sampai tak ambil kira dah keadaan orang tu.

Pantang ada orang post pasal anak atau mak ayah ada masalah kesihatan diorang terus pm.

Yang akak geram tu diaorang pujuk suruh ibubapa beli untuk anak bawah 12 tahun satu jenis supplement ni sedangkan akak dah baca kat botol tak sesuai untuk kanak2 bawah 12 tahun.

Tapi last2 tak jadi la sebab akak call pihak S terus dan tegur upline.

Last2 akak jadi ahli sendu ja la… hahaha.

Lama lepas tu ada kawan pm akak lagi ajak join bawah dia. Kalini akak dah taubat. Sebab yang akak nampak diorang jual supplement bukan nak membantu masalah kesihatan sangat tapi sebab nak kejar bonus saja.

Orang putih kata ‘money oriented’. Yang tulis kat media sosial nak bantu kesihatan orang tu wayang ja. Di sebaliknya adalah duit, bonus dan insentif.

Lain lah kalau supplement jual kat farmasi tu… selalunya orang cari dan beli bila perlu saja… bila dinasihatkan doktor saja. Makan pulak ikut required dose saja bukan maximum dose sebab nak bagi cepat habis… hehe.

Tapi bila supplement ni jadi MLM, diaorang akan cuba jual pada sesiapa saja. Kalau yang bagus tu dia tanya balik dengan yang lebih arif, pesakit ni sesuai ke tidak…

Tapi banyaknya kejar sales… hujung2 bulan pm la sesiapa ja yang terlintas di depan mata suruh beli. Dapat pulak customer yang jenis susah nak menolak, rezeki la. Hahaha.

Akak pernah jumpa pesakit, ada masalah darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang. Bila tanya dia makan tak ubat doktor bagi?

Makan setengah ja sebab ada beli sendiri 10 jenis supplement lagi nak kena makan. Jadinya bacaan buah pinggang pon makin teruk sebab tekanan darah dan kencing manis tak terkawal.

Memang la ramai penjual cakap bonus atas usaha masing2 tapi diorang tak boleh tolak hakikat MLM ni.

Upline kat atas akan dapat bonus bergantung berapa banyak downline kat bawah. Dan diorang cuma perlu buat jualam minimum saja untuk layak dapat bonus tu.

Akak risau semakin ramai jual supplement ni takut terjual kepada golongan yang tak sesuai. Ada kesan sampingan dan sebagainya.

Sepatutnya mereka yang nak menjual supplement ni perlu melalui latihan dan ujian oleh pihak syarikat.

Dah qualified then dapat sijil ka pengiktirafan ka baru boleh menjual, supaya mereka tak menjual sewenang2 nya. Bukan hanya daftar RM35 ja… lepas tu suka hatilah nak jual macam mana.

Memang ada sesetengah upline yang pantau tapi bukan 100%… lagi ramai downline lagilah susah nak pantau. Dapat pulak upline yang tak tau apa2 pasal penyakit dan ubat… harapkan google je lah… bahaya2.

Akak harap KKM pantau la perkara ni. Penat kami bagi kaunseling kepada pak cik dan mak cik pasal ubat darah tinggi, kecing manis dll last2 pak cik makan supplement ja… hmmm.

– Akakkejespital (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *