Bahana Timbang Kilo

Aku bekas pengguna tegar local product dan siap promote lagi kat kawan2 ckp bagus

Terimakasih admin kalau siarkan confession aku.

Hi nama aku Juju. Aku bekas pengguna tegar local product dan siap promote lagi kat kawan2 ckp bagus. Maaf kawan, aku termakan janji palsu produk local. Ya aku tahu mungkin topik ni agak basi. Tapi aku nak jugak share sebab aku rasa banyak sangat orang yang aku jumpa, maksud aku kawan akulah. Yang muka depa, dari selicin telur jadi bernanah dan bedarah semuanya ada oleh kerana penggunaan produk yang salah dan high in mercury. Kulit muka aku? Tak payah cakaplah memang teruk nak mampus oi. Ngeri tengok. Alhamdulilah sekarang dah okay. Macam2 product aku guna dan sangat struggle untuk pulihkan muka. Sedih sangat. Oleh kerana nak pulih sangat, aku rajinkan baca blog baca tips penjagaan muka. Amaran, ini bukan review pasal skincare apa yang best ye, ini hanya tips penjagaan muka. Ini tips yang paling simple aku share. Kalau korang tengah recover dari local skincare. Aku cadang stop guna apa apa selama seminggu, cuci muka guna air jer. Jgn dok pandai2 nak tempek powder ke krim muka apa apa ke. Jangan! Biar muka kosong dulu. Ini yang paling penting ye, selepas seminggu tak guna apa2 tu, adalah disarankan pergi klinik kulit dahulu untuk dapatkan ubat, cleanser, toner dan krim untuk muka kau tu. Yup, betul kau kena tahu betapa kritikal nya kulit kau masa tu. Ini adalah untuk process muka kau dirawat. Guna dulu product dari klinik tu sampai habis then baru kau pergi drugstore untuk cari skincare yang dermatology or clinically tested. Sangat dicadangkan untuk kau ada 3 benda ni. Cleanser, toner , dan moisturizer yang ada SPF. Sangat penting! Untuk aku, aku guna product Cosmoderm, dekat guardian ada jual. Kecuali toner, toner aku guna jenama Eucerin. Dari mula sampai sekarang aku guna. Sekarang banyak dah orang review pasal product drugstore yang best2 kan? Paling laku keras sekarang Cetaphil. Ye, sangat bagus product tu. Dan kalau muka kau tgh diserang jerawat ataupun merah2 janganlah kau pergi pilih skincare for skin whitening, tighten skin tu semua. Kau nak muka pulih dari jerawat yang dok beli untuk anti ageing bagai apasal pulak? Kalau boleh lah pilih fragance free untuk cleanser. Aku nak tekankan lah kat sini ek, kalau guna product drugstore. Jangan kau expect sebulan dua muka kau dah pulih, pastu kalau tak pulih kau tukar lagi. Kau kena stick to one brand dahulu yang kau betul2 yakin nak guna! Banyak sangat orang yang bila tengok blm ada result in 1-2 months terus giveup. Kalau kau nak cepat sila lah kembali ke kancah timbang kilo. Sabarlah dulu sampai 4-5 bulan. Paling bagus adalah, kau guna sampai kau dah beli dalam 2-3 botol yang baru. Itu baru kau boleh nampak result. Tak faham aku jenis yang nak kulit pulih tapi sabar tak nak. Korang boleh try sendiri tengok macam mana. Aku honestly nak bantu sebab aku pernah berada di situasi kulit muka bermasalah. Sangat lama untuk aku recover. Dalam masa setahun aku sabar dan keep on going guna. Tanya lah mana2 org yang pernah recover dari skin problem ni. Ade ke 2 bulan jer dah recover kalau guna drugstore punca skincare? Trust yourself. Sabar is the key, consistency is the result! All the best.

– Juju

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit