Penulisan aku ini bukanlah satu coretan yang menjurus kepada politikal tetapi ianya adalah berkaitan nilai kekayaan rakyat Malaysia. Nilai yang saya maksudkan ialah bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Namun, penulisan ini terbit dari kegelisahan aku yang mana pada hari ini, berdasarkan pengamatan aku sebagai rakyat Malaysia, penggunaan bahasa Melayu semakin pudar.
Terkadang, aku menggeleng kepalaku apabila melihat tokoh-tokoh pentadbir negera mahupun pengamal media, selebriti, influencers yang lebih cenderung untuk memberi respon atau kenyataan dalam bahasa asing.
Ada juga beberapa kali aku melihat kenyataan-kenyataan rasmi dari kementerian diterbitkan dalam bahasa inggeris.
Aku bukanlah pembenci bahasa asing, tetapi ini adalah soal identiti negara.
Apabila ekosistem di dalam pentadbiran atasan juga gagal dalam mempromisikan bahasa Melayu, apa lagi yang boleh diharapkan di peringkat bawahan, di dalam masyarakat setempat khususnya. Bahasa Melayu kian asing didengari, hanya dikalangan orang Melayu sahaja.
Bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yang berbangsa lain? Bukanlah aku membantah sekeras-kerasnya menggunakan bahasa ibunda mereka tetapi sekurang-kurangnya, bertimbang rasalah apabila berada di tempat awam, pejabat, perjumpaan khususnya apabila terdapat orang berbangsa lain.
Promosikanlah bahasa Melayu ini. Harini, hanya bahasa yang akan mengikat tali perpaduan kita agar dapat terus hidup dalam masyarakat majmuk yang berbilang bangsa.
Kepada bukan melayu, berintegrasilah, bukan asimilasi.
Antara usaha kecil yang aku lakukan ialah:
1. Terbitkan sesuatu di laman sosial dengan menggunakan bahasa Melayu, ada juga inggeri.
2. Apabila hiking, aku sering menyapa hikers lain dengan *selamat pagi* berbanding morning. Adakala tu aku sebut morning, tapi most of the time, aku akan biasakan untuk menyapa dengan BM.
3. Apabila menerima baki dari juruwang, aku akan sebut *terima kasih* berbanding Thank you.
Penafian.
1. Aku bukanlah rasis terhadap bangsa atau bahasa lain. Aku cuma mahu terus pelihara salah satu identiti negara kita ini iaitu Bahasa Melayu.
2. Aku bukan anti bahasa Inggeris. Malah, aku sendiri adalah seorang TESL graduate dan sedang berkhidmant sebagai guru di sekolah SMK.
Pendek kata, pandai-pandailah kita bertimbang-tara, ada tempat kita gunakan bahasa kebangsaan kita, gunakan bahasa lain atas urusan yang benar2 memerlukan.
Bagi ibu bapa yang nak didik anak tentang bahasa. Boleh gunakan teknik One parent One Language (OPOL).
Contohnya, ayah hanya akan bertutur bahasa Inggeris dengan anaknya manakala ibunya bertanggungjawab bertutur bahasa Melayu /ibunda masing-masing.
Langkah ini bukan saja dapat membentuk anak yang mahir pelbagai bahasa, malah identiti kebangsaan dan identiti kaum masing-masing dapat dikekalkan!
Sekian sahaja coretan dari saya. Semoga tulisan ini dalam dihadap dan direnungkan oleh anda semua. Ingat, bahasa adalah tali pengikat terakhir kita semua. Jika tiada lagi penyatuan bahasa, berkemungkinan perpaduan itu akan semakin menjauh.
Assalamualaikum.
– Tony Salerno (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit