Bahaya Handphone

Assalamualaikum semua, terima kasih admin jika siarkan kisah ini. Semoga menjadi pengajaran buat mereka yang ada adik dan anak yang sedang meningkat remaja terutamanya perempuan.

Ini kisah benar yang telah berlaku kepada adik perempuanku yang naif.

Aku juga hairan mengapa boleh berlaku sedemikian sedangkan dia bersekolah dulu kategori budak pandai dan budak harapan sekolah dikeranakan keputusan upkk dia straits A’.. percubaan UPSR 5A1B.

Sebagaimana tajuk diatas, beginilah yang terjadi sampai tika ini aku merasakan titik hitam yang berlaku pada adikku, ku namakan Maria.

Itulah menjadi bayangan diri dia sekarang yang menjadi agak lambam, lembab dan susah memahami sesuatu penerangan atau arahan jika diarahkan sesuatu.

Jika dulu dia tiada masalah tapi sekarang jika diberi arahan kita pula yang stress kena bagi Maria paham.

Namun sedikit sebanyak adalah salah kami kerana kurangnya pemantauan dan had kami pada dia ketika dia menggunakan handphone ketika umur dia 12 tahun itu, yang memang pada awalnya untuk tujuan pembelajaran pada waktu pkp lockdown tempoh hari.

Kisahnya bermula pada suatu hari, grup wassap kami dikejutkan dengan satu mesej dari Maria yang meminta pertolongan menghubungi polis kerana menerima ancaman bunuh pada dia dan semua yang berada di rumah tika itu.

Maka ributlah sekalian adik beradik yang berada di perantauan menelefon balai polis yang berhampiran.

Namun hal yang lebih sulit lagi telah Maria lakukan iaitu orang di dalam rumah tidak mengetahui akan ancaman itu, Maria tidak memberitahu mereka yang berada di rumah malah terus memberitahu kami di grup wassap.

Orang di rumah pula apalagi menyoal siasat lah apa yang berlaku, dan Maria pun bercerita namun satu hal yang kurang cerdik dia lakukan ialah menghapus kiriman wassap yang berbaur ancaman itu.

Apa nak dikatakan kan budak umur sedemikian masih belum pandai bezakan mana buruk mana baik.

Maka setelah panggilan telefon dilakukan maka datanglah polis ke rumah mengambil keterangan si Maria.

Sebagai pengajaran pada nya dan kes sedemikian diklasifikasikan sebagai ancaman siber yang telah banyak berlaku di kalangan kanak-kanak,

Yang mana si pelaku meng aimkan kanak-kanak yang sedang meningkat remaja dengan memperdayakan untuk berkawan, menjadi kekasih berkongsi gambar dan lama kelamaan lebih dari itu iaitu berkongsi gambar b****l dan kemuncaknya video call mangsa untuk melihat secara live.

Demikianlah yang berlaku kepada Maria namun tidak sempat ber video call secara live kerana disitulah Maria umpama tersedar dari mimpi dan menerima ancaman bunuh.

Ketika itu aku juga di negeri orang dan terdetik aku untuk berkongsi cerita ini supaya tiada lagi mangsa adik-adik yang akan mengalami hal begini kelak.

Sungguh pilu dan sakit hati aku bila terjumpa dan membaca keterangan yang direkodkan itu ketika mengemas almari rumah.

Setelah kejadian itu, aku telah melihat seorang Maria yang berlainan karakter dari yang pintar dan mudah menerima arahan kepada yang lambam, dan sulit memahami dan menerima arahan dan juga selepas sebulan kejadian itu.

Ibu kami pula didapati menghidapi penyakit kanser dan aku beranggapan ia juga kerana terlalu memikirkan hal yang terjadi pada Maria, apalagi si Maria pula anak bongsu dalam keluarga.

Maka harapan aku, tolonglah pantau anak dan adik-adik kalian yang sedang membesar itu dalam penggunaan telefon terutama sekali aplikasi wassap dan grup wassap, youtube, google dan lihat selalu sejarah apa yang mereka cari di aplikasi itu.

Serta selalu lah nasihat dan bercerita agar persoalan yang ada di minda mereka tidak sampai kepada jawapan dan cara yang salah.

Salam Sayang,

– Kakak Prihatin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *