Assalamualaikum. Thanks to admin for approve this confession.
Saya just nak share pengetahuan yang tak seberapa pada insan-insan yg bergelar wanita di luar sana. Wanita dan kecantikan mmg tak dapat dipisahkan sebab tu sekarang banyak sgt lambakan produk kosmetik di pasaran.
Tak salah nak cantik tapi hati-hati dalam memilih produk kosmetik. Pastikan produk tersebut bebas dari hydroquinone. Cara nak tahu produk tu ada hydroquinone ke tak, bila pakai produk tu, dalam 1 minggu dah nampak kesan terutamanya kulit jadi lebih cerah kerana fungsi hydroquinone adalah utk bleaching skin (memutihkan kulit).
Hydroquinone sebenarnya telah diharamkan penggunaannya di Malaysia dan beberapa negara lain kerana kesannya pada kesihatan dan kulit kita. Antara kesan hydroquinone adalah:
1)menipiskan kulit
2)kulit akan mudah burn bila terkena uv or matahari
3)kulit akan menjadi kering
4)mengganggu sistem pernafasan
Dan banyak lagi kesan sampingan hydroquinone. Kemungkinan untuk mengidap kanser juga ada. Ada sesetengah pengilang kosmetik masih menggunakan hydroquinone kerana permintaan yang tinggi dari pengguna kerana produk yang mengandungi hydroquinone kesannya lebih cepat dari produk yg tak mengandungi hydroquinone. Jangan sebab nak cantik cepat, kita bahayakan diri sendiri. Produk yang baik biasanya kesannya agak lambat. Tapi bak kata pepatah biar lambat asal selamat. So, kepada wanita-wanita semua, pastikan produk yang digunakan bebas dari hydroquinone.
Sekian.
– Cik Chemist
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit