Assalamualaikum hai. Tujuan Aku confess ni bukan nak buka aib sendiri tapi nak bagi langkah berjaga2 kepada semua pembaca.
Aku asal keluarga yang kuat agama juga, mak abah ustaz ustazah. Tapi takda lah alim macam berjanggut, berpurdah. Kami adik beradik semua daripada kecil sampai besar sekolah agama.
Benda ni jadi kat aku sejak sekolah rendah, darjah 6 kut sebab ketika tu Aku dah ada phone sendiri. Aku suka tengok adegan2 k*ss, sebab bernafsu.. seronok tengok.
Dulu2 Aku taktau pun benda tu dosa, serius.. sampailah form 3 kut Aku dengar ceramah ‘walaupun tengok sama jantina, atau alim ulama yang menutup aurat tapi masih rasa bernafsu, tu adalah dosa’.
Oklah asal dia sebab aku ternampak adegan ni kat tv rumah. Keluarga aku pasang.. Yela mereka pun bukannya nak tengok adegan tu, nak tengok movie je contoh cerita twilight.. Jalan cerita unik best vampire tapi matsalleh biasa la, ada je menyelit bab2 ehem..
Lepastu banyak lagi movie lain, drama korea pun. Awal2 tu Aku biasa je, lama2 tu Aku rasa tak puas, rasa nak tengok lagi.. yela, dosa dan maksiat ni kan seronok buat, yang tak seronok azab akhirat nanti.
Aku ada trauma sikit.. waktu sekolah rendah dulu, Aku pernah diraba oleh adik lelaki aku. Waktu tu tengah malam dan dia sedang tengok TV. Aku ni jenis tidur rumah terbakar pun tak sedar.
Tapi waktu berlaku, aku separa sedar tapi aku tau tu real, bukan mimpi… sebab aku pernah je nampak dia suka tengok cerita2 berunsur begitu kat phone dia cuma aku pura2 tak tahu. Oh lupa, aku tertidur kat ruang tamu haritu. Lepas pada tu memang aku tidur bilik la.
Ketika sekolah menengah aku sedar tu satu dosa, Aku search YouTube, Google cara nk taubat, elak tengok aksi2 k*ss dsb.. and aku terjumpa nasihat ustaz adnin kata caranya elak duduk bersendirian sebab kalau duduk ramai2, mesti kita segan tengok cerita macamtu..
Kedua banyak luangkan masa dengan benda2 berfaedah. Banyak lagi tapi yang tu paling aku istiqomah buat.
Aku cuba tapi sebulan kemudian aku ketagih lagi.. Hmm ketagih la kut istilah dia.. Dan aku juga elak tengok tv atau phone cerita2 ada2 unsur2 romantik.. Ye aku elak, betul2 kena jaga, aku takut mati dalam keadaan buat dosa.
Aku selalu juga jumpa posting social media account dakwah kata ‘kita boleh delete history kat phone, tapi Allah tau semua’. Aku sentap, sangat2. sebab aku budak belajar agama, rasa macam manusia bertopengkan syaitan.
Tapi aku selalu juga kecundang sampai sekarang Aku dah 20 lebih umur, belum berkahwin. Tetapi nak dibandingkan sekarang, Aku dah sangat2 kurang buat dosa tu.. tapi ya, masih :'(
Aku malu kalau bakal suami aku tau kisah silam aku ni.. Aku malu.. Aku malu juga Allah selalu tengok perilaku dosaku tapi semua berlaku tanpa sedar.. Bila sedar aku akan rasa malu, rasa berdosa.
Tapi nak dibandingkan dengan dulu, aku dah banyak berubah. Alhamdulillah terima kasih Allah masih bagi aku peluang hidup dan taubat.
Aku ada jumpa juga research kata ramai kaum lelaki suka tengok p*rn*, aku tau kenapa, sebab Aku pernah berada di tempat mereka.
Dan aku rasa adik lelaki aku dah tak macam tu kut, entahlah. Sebab masing2 sibuk dengan kehidupan bekerja dan belajar.
So kat sini aku nak nasihatkan kat parents :
1. Jangan pasang cerita bawah umur kat anak2.
2. Jangan bagi phone kat anak2 di usia muda. Memandangkan sekarang semua guna gadget, maka letaklah parenting guides takpun sesuatu yang boleh detect apa sahaja aktiviti anak2 di phone.
3. Sentiasa pantai gadget2 dan aktiviti anak2.
Parents ni role sangat besar. Orang yang belajar tahfiz boleh tiba2 free hair, merogol perempuan dll, inikan pula orang pendidikan the rendah..
Jadi parents yang nampak anak dia buat hal, marah je, rotan, sebab tulah cara duduk, mungkin sekarang anak marah dah besar dia akan tau buat macam tu sebab nak suruh jadi orang berguna.
Parents aku garang juga.. Bayangkan mesej kawan lelaki pun tak boleh dulu2.
Dengan sekarang banyak kes rogol anak tiri/sendiri.. yang lagi teruk, mak biar je.. wake up everyone. Sampai bila nak rosak akhlak macam ni ?
Ni antara punca p*rn* daripada kecil, dah besar, haa lepaskan kat anak, nauzubillah minzalik. Kalau makcik2 tak nak sekolahkan anak agama, ingat, kena bekalkan dirikan agama yang betul2 cukup.
Dan ingatlah ‘our kids cannot choose their parents, but we can choose the mother/ father for our kids”. Sebelum kahwin, pilih suami/ isteri yang betul2 baik dan soleh/ah.
Kepada pembaca yang masalah seperti saya, kita masih sempat bertaubat dan elaklah drama2 dan movie sebegitu.. Saya harap semua doakan saya istiqomah hingga betul2 tinggalkan dosa itu.. Terima kasih sudi membaca.
– Hamba Allah Yang Hina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit