Bahaya Platform Dating

Hi there, aku rasa terpanggil untuk kongsikan ‘dapatan kajian’ aku mengenai satu social experiment yang aku lalukan dilaman dating online popular iaitu omi.

Some of you guys might unfamiliar with it.

Basically tempat orang yang serius nak mencari pasangan hidup, yang mencari teman berbual dan ada juga gunakan platform ini untuk ambil kesempatan atau melakukan aktiviti ‘love scam’.

Love scam bagi aku hubungan percintaan yang dijalinkan hanya semata-mata untuk mencari keuntungan dan keseronokam oleh satu pihak.

Boleh jadi dipihak lelaki dan boleh juga dipihak perempuan. Tapi disebabkan aku perempuan, experimen dilakukan mestilah keatas lelaki.

Sebelum tu, aku nak bagitahu kenapa omi menjadi pilihan aku, kerana aku dapati platform tersebut sangatlah mempunyai peluang yang besar untuk aktiviti love scam.

Straight to the point, kebanyakan lelaki yang guna platform ni sebenarnya sekadar nak cari keseronokan je. Identiti mereka pon tidak tepat dari segi nama (yang ni kita fahamlah ramai yang guna nama samaran),

Namun mereka juga memalsukan identiti yang lain seperti pekerjaan, status perkahwinan dan beberapa butiran lain.

Ramai lelaki yang mendekati aku dalam paltform tersebut boleh dikatakan 90% mengatakan mereka mahu menjalinkan hubungan serius.

Namun, bila kita perlahan-lahan ‘melayan’ sambil observe mereka punya modus operandi, mereka akan mula menunjukkan belang. Antara taktiknya:

– Ajak keluar: tapi lelaki tersebut mengatakan, jika keluar dia suka ‘hug’ & ‘kiss’. Dengan alasan, kalau serius nak kahwin takde masalah untuk buat semua tu.

– Ada yang mintak no whatsapp: tujuan senang dia nak mintak gambar-gambar tak senonoh.

Yang ni dasyat, sebab pandai menggoda, kenal baru dua tiga hari dan panggil dengan panggilan mesra which is niatnya untuk goda dan buat perempuan cari end up serah diri. Too bad!

Niat serius nak kahwin yang mereka janjikan awal-awal tu semakin sepi, apa yang mereka tahu bila perempuan dah rasa convinced dengan mereka, itu saat nya mereka ajak berbual hal2 seksual etc.

Untuk mengakhiri ‘experiment’ tu, aku kata yang aku rasa tak match dengan dia sebab aku tak setuju dengan cara dia. And mereka pon jenis tak halang kalau perempuan dah tak nak berhubung dengan dia.

Takde hal sikit pon bagi mereka,sbb in the first place mereka tidak pernah cuba libatkan hubungan yang melibatkan emosi atau perasaan sebaliknya hanya hubungan untuk cari kepuasaan seksual je.

Jadi, kalau sorang blah, ramai lagi mereka boleh dekati dalam platform tu.

Semudah ABC je.

Apa yang buat aku rasa sedikit ‘kagum’ dengan mereka, mereka amat teliti. Semasa perkenalan, mereka tak akan sesekali sedahkan identiti sendiri seperti nama, latar belakang keluarga, pendidikan etc.

Untuk perempuan diluar sana, cara nak tahu lelaki serius ke tan tengok topik apa yang mereka bualkan. Kalau sekadar seks je memanjang, memang dia buat kau sebagai modal je tu.

So, aku cuma nak bagi peringatan kat girls out there. Kalau boleh tak payah lah cari lelaki menerusi omi. 90% dari mereka adalah gila s*x.

Sorry to say. And bagi aku, Omi hanya membantu memudahkan lagi operasi-operasi lelaki spesis macam ni.

Sorry jika ada yang tak setuju, after all ini sekadar peringatan sahaja.

– Detective L (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *