Bahayanya Supplement

Salam,

Hai semua, rasa macam dah lama tak confess kat sini. Anyway, i’am ex iium. Sebenarnya baru lepas baca confession pasal seseorang berhenti menjadi Health Consultant utk satu supplement ni. Saya pun ada jugak sesuatu untuk share. Pada tahun 2012 – 2013 , pelajar di uia macam triggered untuk menjana side income. Yela, ptptn pun macam tak cukup, yg dapat biasiswa pun deme rasa macam tak cukup jugak.

Apa yang saya cuba nak bagitau kat sini, maka banyak la booth2 yang dibuka, dengan banner/bunting untuk menarik semua pelajar menjana side income. Itu memang biasa la, event kat depan masjid tu macam2 untuk menghabiskan duit pelajar. Terutama, any business yang macam MLM ni la, termasuklah menjual product supplement bagai ni. Saya pun salah seorang pelajar yang naive untuk menjana side income tersebut.

Supplement H saya bagi nama, dah tentu korang familiar saya rasa. Disebabkan saya ni macam tak ada potential untuk menjadi Health Consultant, maka saya hanya consume sahaja supplement H selama 3 tahun. Tanpa jumpa doc ditambah lagi sebagai pelajar yang naive, ye saya main hentam kromo je la consume supplement tersebut. Tapi saya ada coach la yang nak monitor pemakanan saya bagai, siap pergi seminar semua la.

Anyway, saya sangat active sport masa tu, si coach ni bagitahu supplement ni utk menambah nutrisi dan boleh naikkan metabolisme. (ouh, lupa nak bgtau, saya nak consume supplement ni sebab saje2 nak cuba, nak experiment kat badan sendiri la kunun, buduhkan saya, lol). Tapi macam biasa la, masa si coach ni timbang berat badan kite, dikatanya terlebih itu la ini la, so dia ckp bagus kalau consume ni, badan lagi fit & boleh dapat berat badan ideal katanya. Masa consume TAK ADA KESAN NEGATIF pun, cuma berat badan saya turun dengan drastik, drp 60kg ke 50kg dalam masa kurang 6 bulan, lepastu berat badan maintain.

To cut a crap, setelah habis belajar (2015) & dah bekerja sekarang. Setahun yang lalu, saya selalu sakit. Kalau drive tu, rasa macam kena heart attack. Mengejut macam tu. Memang terpaksa berhenti drive, sbb sakit sangat. Saya pun jumpa la doc & tanya, Kenapa boleh jadik macam tu? Doc tanya saya ada consume apa2 supplement ke tanpa jumpa doc? Saya senyap tapi at last saya berterus terang. Doc tu dah agak dah, sebab memang tiap2 bulan asyik keluar masuk klinik je, ha ha ha. Padan muka. Di tambah lagi, saya pun dah tak active sport, sbb sejak kerja macam dah tak ada masa nak pergi keluarkan peluh.

Since stop consume & dah tak active sport, berat badan naik secara drastik & macam2 penyakit datang. So sebenarnya bahaya ke tak supplement/nutrisi whatever korang nak panggil tu? Sebab saya pun dah jadi mangsa plus kena jumpa pakar fisioterapi, korang rasa bahaya ke tak? Yang penting jumpa doctor la gais. Itu je nasihat drp saya. Doc tu pun dah tak sarankan saya makan any supplement but need to consume vit c dari Blackmores sahaja & exercise, exercise, exercise! Buat kat rumah je pun tak apa. Tengok video kat utube, macam2 video exercise ada.

Lepastu, saya sihat walafiat, Tahun ni tak pernah lagi sakit, Alhamdulillah. Belajar melalui pengalaman. =)

– young & dumb

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit