Bahu Senget Sebelah

Hai, aku berusia 25 tahun dan dari utara malaysia. Aku seorang anak perempuan sulung dari empat adik beradik. Dah lama rasa nak luahkan, tapi kadang-kadang malu juga..

Aku cuma pekerja kilang je, senang cerita minah kilang. Pendapatan pun setakat basic 1200 je..

Selama 5 tahun aku kerja ni, duit dapur, duit air, elektrik, kadang tu duit untuk belanja sekolah adik-adik aku pun aku yang tanggung. Bukan nak bekiraa tapi kadang aku rasa terbeban juga.

Aku ada mak ayah. Ayah aku pun dah 60 lebih dah. Ceritanya sejak aku mula kerja, semua tanggungjawab memang aku pikul.

Aku lelah, rasa nak nangis tiap kali dapat gaji. Baki duit tu cuma dapat dalam 50 ke 100 ringgit saja dalam tangan. Untuk bertahan sebulan akan datang lagi.

Ayah aku memang jenis lepas tangan. Beras takde ka, apa yang berkaitan yang tiada pun. Dia takkan peduli pun.

Dia tunggu aku yang usahakan. Sedangkan semua tu tanggungjawab dia lagi. Aku sekadar meringankan beban je. Ibarat aku pulak ketua keluarga.

Dan dia masih mampu bekerja lagi. Nafkah dekat mak aku pun dia culas. Dulu masa kecik2 kalau TNB nak potong meter pun dia tak kisah. Bil2 selalu tertunggak. Dia tak peduli. Dia boleh saja hidup dalam gelap, dalam panas tu.

Yang paling aku stress, mak aku. Mak aku tak pernah nak faham bila aku cakap aku memang tiada duit, atau ada masa bila-bila yang aku perlu sangat jimat nak guna duit tu nanti. Alasan dia, alah kalau belanja mak nanti murah rezeki.

Ya aku tak nafi yang tu tapi, mak aku memang tekan aku sangat-sangat. Adik aku yang kedua dah kerja. Dia kerja contract gaji tak sampai pun seribu. Dan dia takmau usaha cari kerja yang lebih stabil untuk tolong keluarga.

Kalau mak aku nak apa-apa mesti dia minta dekat aku, macam nak cat rumah la, nak belanja kedai diy la. Dekat adik aku dia tak mintak. Sebab adik aku agak berkira dan kedekut. Jadi akulah mangsa.

Mak aku pulak, Semua kakak bayar, kakak nak ni, kakak buat yang itu, yang ini. Alah kakak hang ada bayarkan sat. Padahal aku memang dah tak ada sesen pun masatu. Terpaksa aku keluarakan juga simpanan untuk senangkan hati mak aku.

Mak aku memang letak semua atas bahu aku seorang. Bila dia tak dapat sesuatu dia nak. Dia akan merungut, mengeluh ibarat aku ni memang dah gagal jadi seorang anak yang balas jasa mak bapak.

Lepastu rajin pulak bandingakan aku dengan anak-anak orang lain. Konon nya anak orang lain pandai jaga hati mak bapak dia. Aku cuma mampu pendam dalam hati, berdoa aku mampu buat lebih lagi.

Aku tau tanggungjawab aku ni berat. bukan nak mengeluh, tapi aku pun manusia juga. Rasa lemah, rasa gagal tu selalu ada dalam diri.

Oh ya adik aku tu, pada dia pun dia pakai yang aku punya. Dia tak pernah beli. Semua tunggu aku yang belikan.

Jadi mak-mak diluar sana, tolonglah faham. Ya balas budi tu memang tanggungjawab setiap anak. Tapi janganlah sampai anak rasa gila, sampai kaitkan pahala la syurga neraka kalau tak dapat sesuatu yang dia nak kan. Jangan pentingkan diri sangat. Tolonglah faham.

Ayah aku seorang penagih, ya penagihh dadah. Dua tahun lepas adik aku dua orang masih bersekolah lagi. Lagi berapa hari nak buka sekolah. Dia dah bising buku-buku, barang sekolah masih tak beli lagi.

Dia harapkan aku yang usahakan semua. Aku stress masatu dan aku tak nak keluarkan sesen pun. Rasa kejam tapi kalau aku tak buat macam ni. Sampai bila-bila aku yang akan ditekan. Memang aku nekad jadi hati kering.

Malam tu, malam tahun baru 2020. Adalah sikit sesi bertengkar mulut dengan ayah aku. Aku memang dah tak tahan sangat. Aku hampir-hampir maki ayah aku. Dia rasa tercabar, dia halau aku, mak aku dengan adik-adik aku yang lain.

Semua lari keluar rumah bila ayah aku naik gila asah pisau dekat dapur sambil maki seranah aku. Aku jenis degil, aku buat tak tahu, buat pekak je. Mak aku hampir-hampir nak panggil polis malam tu.

Seinci pun aku tak bergerak. Kalau malam tu aku ditakdirkan mati pun, matilah aku dah tak kisah.

Sekarang pun aku masih pikul tanggungjawab tu lagi. Penat mengeluh, rasa tak bersyukur pulak kadang2. Sampai aku rasa, aku takut nak kahwin.

Maaflah dah merapu, aku cuma nak luahkan tapi aku malu akan aibkan keluarga aku nanti, jadi aku luahkan disini.

Doakan aku mampu balas jasa mak bapak aku sebaik2nya…

– Kakak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *