Assalamualaikum. Aku lelaki, islam dari lahir. Nak berkongsi pengalaman diri sendiri berkisar tajuk yang tertera. Awas, penulisan ni agak panjang.
Alhamdulillah, aku ni dari dulu lagi bukan yang sajanis suka tinggal solat. Tapi bukannya bermaksud tak pernah tak tinggal. Ada saja yang tinggal, tapi tak ada la sampai satu hari tu langsung tak solat.
Walaupun tak ada yang suruh aku solat dan tak ada mata makhluk yang memerhati, aku tetap akan solat. Tapi aku bermula dengan sangat teruk. Teruk macam mana?
Semua rukun solat aku buat. Dari takbir, qiam, rukuk, sujud sampai salam. Semua betul, ikut turutan. Tapi tak ada toma’ninah dan tak ada satu benda pun aku baca waktu aku solat tu walaupun al fatihah. Hanya sekadar menunaikan rukun fi’li sahaja.
Solat 4 rakaat kadang-kadang siap tak sampai seminit. Mujur tak berlarutan. Aku solat macam ni kalau tak silap masa sekolah rendah.
Masuk sekolah menengah, aku tinggal di asrama. Masa ni aku mula solat dengan betul. Biasalah, di asrama kena solat berjemaah. Tak turun solat, kena rotan dengan warden. Jadi di asrama masa ni tak ada masalah bab solat.
Yang jadi masalah bila aku masuk tingkatan 4. Dari sekolah asrama, aku berpindah ke sekolah harian. Masalah macam mana? Mula tinggal solat ke?
Tak. Aku tetap solat. Cuma aku mula belajar ‘mencuri’ dalam solat. Godaan syaitan itu benar. Bila dia tak mampu nak buat kita tinggalkan solat, dia akan cari jalan lain. Macam aku ni, aku mula ada perasaan yang solat ni satu ibadah yang memakan masa. Apa aku buat?
Aku mula tinggalkan bacaan doa iftitah, bacaan surah, bacaan ketika rukuk dan sujud cuma sekali, tahiyat aku baca cuma sampai selawat pertama, salam cuma buat salam ke kanan kemudian terus bangun lipat sejadah. Aku betul-betul buat yang wajib sahaja.
Kemudian, aku ada dengar ceramah tentang rukun qauli dalam solat. Aku baru tahu rupa-rupanya ada rukun lain selain rukun 13 tu. Jadi aku mula teruskan solat macam aku solat sebelum ni (baca dan buat yang wajib sahaja) cuma aku istiqamahkan diri untuk menunaikan rukun qauli.
Aku solat macam tu bertahun-tahun lamanya. Kalau tak silap sampai umur 26 tahun. Kemudian, timbul rasa yang cara solat aku tu tak betul. Aku solat, tapi buat yang wajib saja. Yang sunat semua tinggal.
Umpama rumah yang cuma ada tingkap dan pintu saja. Perhiasan macam tv, sofa, almari, katil apa semua tu tak ada. Sekadar mampu berteduh dari hujan dan panas tapi tak mampu memberi ketenangan dan kedamaian. Ada rumah tapi kosong. Solat tapi tak sempurna.
Sejak dari tu, aku mula solat sesempurnanya. Cuba buat yang terbaik dalam solat. Tak tinggal doa iftitah, bacaan surah, bacaan rukuk dan sujud aku sempurnakan 3 kali bacaan, tahiyat aku baca sampai habis, tutup dengan salam ke kiri.
Kadang-kadang ada juga tertinggal doa iftitah dan bacaan surah sebab dah bertahun-tahun solat tak baca benda-benda tu tapi sekurang-kurangnya sekarang aku tak baca sebab terlupa, bukan sengaja tak mahu baca.
Hikmah dari usaha aku perbaiki solat, secara tak langsung aku boleh baiki akhlak aku. Benda ni terjadi seiringan dan kita pun tak perasan. Cuma bila renung balik, aku yakin yang diri aku sekarang ni adalah hasil tarbiah dari solat yang aku perbaiki. Hebat sungguh solat ni.
Aku solat dari budak-budak, tak bermaksud aku baik. Aku budak liar. Dari tingkatan 1 lagi aku dah kena gantung sekolah. Masuk tingkatan 3, dua kali kena gantung sekolah. Sebab tu aku pindah sekolah. Dari asrama penuh ke sekolah harian biasa.
Tingkatan 5, dua kali kena gantung sekolah. Kemudian masuk tingkatan 6, kena buang asrama. 7 tahun di sekolah menengah, lima kali kena gantung persekolahan, dua kali kena buang asrama. Tu kisah dalam sekolah.
Luar sekolah pulak, umur 17 dah jadi penz*na, umur 17 juga kena tangkap kh*lwat dengan perempuan lain. Nasib baik tak kena paksa kahwin saja.
Umur 24 dah pandai masuk rumah pel*cur. Pudu, rumah merah, champion, tepi-tepi lorong. Semua pernah sajajak. Tapi alhamdulillah Allah jaga. Tak pernah langgan pel*cur, bahkan sentuh pun tak.
Tapi sekarang lepas mula belajar sempurnakan solat, aura dia tu lain macam. Last sentuh perempuan 9 tahun lepas.
Dah 9 tahun tubuh ni bersih dari menyentuh dan disentuh perempuan yang tak sepatutnya. Hati pulak jadi sangat lembut, mudah tersentuh.
Masa lapang, buka youtube tengok ceramah. Kadang-kadang menangis, kadang-kadang sampai tertidur sambil layan ceramah.
Mulut dah jarang mencarut. Jarang-jarang, ada juga terlepas dari mulut. Kalau mencarut pun, bukan mencarut luc*h. Kalau bosan sangat, kadang-kadang aku berzikir. Doakan aku mampu istiqamah dalam berzikir ni.
Hubungan dengan manusia pun Allah jaga bila kita jaga solat. Alhamdulillah. Dari introvert yang teruk, sekarang dah tak kekok untuk bertegur dan menyantuni orang yang aku baru kenal lebih-lebih lagi warga emas.
Mak ayah aku dah tak ada. Jadi bila aku tengok orang tua, aku anggap orang tua tu mak ayah aku.Bila mereka tegur, aku akan rasa teruja sangat-sangat nak bersembang. Kalau mereka tak tegur, aku mewajibkan diri aku untuk senyum kepada mereka.
Musuh setakat ni alhamdulillah tak ada. Kalau ada yang berdendam dalam diam, wAllahualam. Tapi kalau yang nyata, memang tak ada. Alhamdulillah.
Aku taip panjang-panjang ni bukan sebab nak tunjuk aku ni orang baik. Tak. Aku tetap pendosa. Hari-hari buat dosa. Yang maksum itu cuma para nabi. Sekadar nak kongsi hasil positif yang aku dapat secara tak langsung daripada usaha aku perbaiki solat.
Kepada pembaca yang mungkin sekarang cuba untuk berubah ke arah kebaikan tapi rasa macam tak mampu, cubalah dengan perbaiki solat dulu. Solat ni satu interaksi secara langsung antara kita dengan Allah.
Kita jaga hubungan kita dengan Allah, pasti Allah akan jaga dan permudahkan semua urusan kita. Aku dah rasa setitis dari selautan kasih sayang dan rahmat Allah lepas perbaiki solat. Apa salahnya kalau kita sama-sama berkongsi rasa.
Pegang kepada satu benda ni. Nak baiki diri, mulakan dengan baiki solat. Yang menjadikan kita seorang yang nakal itu adalah hati. Yang memegang dan membolak-balikkan hati kita ni Allah.
Tundukkan hati dengan tunduk kepada Allah dengan sebenar-benar tunduk. Solat tak sempurna takpe asalkan kita mencuba untuk mencapai kesempurnaan.
Aku tak kata yang solat aku dah sempurna. Mungkin tak capai walaupun 1% tahap kesempurnaan. Yang penting ada usaha. In sha Allah tu pun dah cukup bagi Allah untuk pandang kita dengan pandangan rahmat-Nya.
– Rsaat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit