Assalamualaikum wbt..
Saya harap confession saya ni dpt disiarkan utk dikongsi bersama golongan ibu2. Disini saya ingin berkongsi pengalaman tentang pengalaman bersalin di hospital kerajaan dan swasta. Utk para ibu yg merancang utk bersalin dihospital swasta atau kerajaan mungkin boleh baca pengalaman saya sebagai panduan.Apa yg saya ceritakan ni hanyalah berdasarkan pengalaman saya sendiri jadi org lain mungkin ada pengalaman yg lain pula. Cerita saya ni mungkin agak panjang jadi bertabahlah ketika anda membaca. Jadi saya ingin memudahkan cerita ini dgn merujuk HK sbg hospital kerajaan n HS sbg hospital swasta.
Diringkaskan cerita saya seorang ibu yg mempunyai 4 org anak dan yg bongsu ini baru masuk 3 bulan umurnya. 3 org sebelum ni saya lahirkan di hospital kerajaan atau saya lebih tepat separuh kerajaan. Pada saya fasiliti hospital2 tersebut mmg sgt baik dan layanannya pun baik cuma ada juga saya berdepan sedikit pengalaman yg kurang enak dgn dgn perangai sesetengah doktor dan nurse setiap kali saya melahirkan tapi semua tu tak menjadi masalah besar pada saya kerana yg penting anak saya lahir dgn selamat dan bayaran bil hospital juga tidak mahal.
Nak dijadikan cerita anak keempat saya ni saya nak cuba pula pengalaman bersalin di hospital swasta. Salah satu sebab adalah kerana kewangan suami mengizinkan dan lagi satu hospital tersebut dekat sgt dgn rumah kami. Dan yg paling utama kerana di HS kita boleh memilih doktor mana yg kita nak jadi tentulah saya nak memilih doktor wanita. Jadi drpd proses check up lagi saya dah pergi ke dua2 tempat iaitu klinik kerajaan dan HS. Yg saya alami ialah setiap kali nak check up di HS saya terpaksa tunggu berjam2 (ada yg lebih drpd 5 jam) dan bila dpt masuk utk checkup doktor hanyalah buat scan di perut tak sampai 5 minit. Nasib baiklah rumah saya dekat sgt dgn hospital tersebut jd biasanya lepas saya ambil no saya akan balik ke rumah sbb nurse akan bgtau giliran kita no brp dan waktu lebih kurang no kita akan dipanggil. Itu pun bila saya dah dtg kembali masih perlu menunggu lagi dalam sejam sekurang-kurangnya.
Ianya sgt berbeza dgn check up di klinik kerajaan yg memang saya tak nafikan byk sgt prosedurkan yg mungkin akan membuatkan ibu2 mengandung agak boring tp semua prosedur seperti ambil darah, check air kencing, suntikan vaksin dan check up oleh doktor akan ambil masa lbh kurang 2 atau 3 jam sahaja. Jika sebelum ni saya agak memandang remeh prosedur yg dilakukan oleh klinik kesihatan utk ibu mengandung ni kerana terlalu byk,setelah dibezakan dgn yg swasta sebenarnya sgtlah baik kerana bayaran mahal di hospital swasta hanyalah utk scan dan nasihat yg tak sampai 5 minit. Sedangkan di klinik kerajaan yg saya pergi, majoriti nursenya sgt baik dan rajin juga berbual2 utk bertanya tentang diri saya dan nasihat utk kandungan dan semua itu tanpa bayaran.
Utk itu saya sangatlah salute nurse2 tersebut kerana masih mampu tersenyum dan melayan pesakit dgn baik walaupun setelah penat bekerja seharian kerana biasanya saya akan pilih waktu ptg utk check up. Ada nurse yg siap boleh kenal saya dan beberapa pesakit lain sedangkan saya agak jarang check up disana kerana buat berselangseli dgn checkup di HS. Kalau sayalah , dengan jumlah pesakit yg ramai sebegitu setiap hati saya rasa saya tak mampu nak ingat muka apatah lagi nama pesakit2. Rasanya tak salah kalau saya nak sebutkan nama klinik tersebut kerana saya sangat berpuashati dgn cara kerja mereka sepanjang saya checkup disana. Tahniah saya ucapkan kepada nurse2 di Klinik Kesihatan Tampoi JB. Semoga anda akan terus kekalkan kecemelangan anda.
Ok…cukup tentang pengalaman check up. Saya teruskan dgn pengalaman bersalin pula. Pada waktu2 hampir kelahiran saya ada juga berubah fikiran utk melahirkan sahaja anak saya yg keempat ni di HK seperti anak2 saya yg lain memikirkan wang beribu yg akan dibazirkan hanya utk 2h1m , tapi memang rezeki anak saya yg ni utk lahir di HS kerana dia lahir awal 2 minggu daripada due date dan juga tanpa sebarang tanda kelahiran yg jelas seperti anak2 yg lain (anak2 yg lain semuanya ada pendarahan sikit dan baru diikuti contraction dan lahir 2-3 hari awal dari due date).
Jadi pada hari kelahirannya tu saya cuma merasa contraction yg sgt jarang2 waktunya hingga saya ingatkan false alarm hinggalah tiba2 contraction tersebut jadi makin cepat dlm masa yg sgt singkat hingga saya nak memakai tudung utk ke hospital pun dlm keadaan menggigil. Nak tak nak suami terpaksa menghantar saya ke HS tersebut dan syukur anak saya lahir hanya dlm 15 mins dr waktu saya bertolak naik kereta ke hospital. Doktor pun tak sempat nak menyambut anak saya yg mana hanya 2 org nurse sahaja yg menyambutnya. Kalau saya bertegas nak ke HK mungkin saya dah terbersalin dalam kereta dan suami jd bidannya.
Selepas melahirkan inilah saya dpt lihat perbezaan jelas antara prosedur HK dan HS. Yg saya ceritakan disini apa yg saya ingat dan berdasarkan pengalaman saya sahaja. Harapnya tiada pula pihak yg ingat saya nak mengecam semua HS. Jika di HK, selepas bersalin normal biasanya nurse atau doktor akan jahit dan juga korek bahagian dalam rahim kita sehingga bersih daripada sebarang darah dan diberi suntikan utk kecutkan rahim. Setelah selesai semua proses nurse akan beri kita baby utk disusukan. Tapi ini tidak berlaku di HS tersebut yg mana selepas saya bersalin normal kali ni (alhamdulillah tanpa perlu dijahit), nurse terus membersihkan peralatan dan ambil baby utk dibawa ke nursery dan minta saya berehat.
Mmg bagus prosedur mereka utk beri saya terus berehat tetapi apa yg berlaku selepas 2 jam ialah tiba2 saya mengalami pendarahan. Nurse2 tersebut terpaksa mengorek dan membersihkan rahim saya yg mana sepatutnya dilakukan pd awal tadi jika di HK. Kemudian saya diberikan satu lagi suntikan yg katanya utk mengecutkan rahim lagi. Namun apa yg berlaku slps itu saya terus rasa pening dan muntah2 utk lebih 5 kali. Memang saya rasa lebih sakit dan penat slps saya muntah2 tersebut berbanding selepas saya bersalin.
Dan keesokan harinya jika di HK biasanya anda akan dicheck lagi di perut dan akhir sekali sebelum balik akan diseluk lagi utk dipastikan bahawa semua darah beku sudah habis dikeluarkan, sebaliknya di HS ni doktor tanpa menyentuh perut saya pun dia dah kata saya sihat dan boleh keluar pada petang esoknya. Utk makluman anak saya dilahirkan tgh mlm jd doktor adalah on call. Jd doktor tak sempat menyambut baby saya dan juga tak ada waktu nurse membersihkan darah beku dalam rahim saya selepas saya tumpah darah.
Pada mulanya saya rasa bagus juga urusan HS kerana mudah dan cepat dan tak perlu diseluk beberapa kali utk keluarkan darah beku yg mana ibu2 biasanya agak fobia dgn prosedur tersebut. Tapi tiba2 seminggu lepas bersalin sekali lagi saya mengalami tumpah darah. Mulanya saya rasa sejuk seperti nak demam dan tiba2 terasa darah mengalir byk hingga kena cadar katil. Kejadian tersebut berlaku pada waktu malam juga jadi saya membuat keputusan utk pergi ke HK utk pemeriksaan pada waktu paginya kerana kesiankan baby saya yg kecil tu.
Esok paginya berlaku lagi saya menggigil dan tumpah darah tapi dalam kuantiti yg kurang drpd mlm td. Maka suami bawa saya terus ke HK (malas nak ke HS lagi coz tak pasal2 kena bayaran mahal utk servis mereka yg belum tentu baik) dan di HK doktor scan perut saya dan kata semua darah beku tersebut dah tiada. Dan alhamdulillah saya pun boleh balik tanpa ditahan wad. Jika di HS ada kemungkinan saya ditahan wad utk pemeriksaan lanjut yg mana bil tersebut (yg pastinya akan cecah beribu) takkan boleh kita claim melalui insurans.
Jadi jika ada ibu2 yg merasakan dgn membayar beribu2 utk bersalin di HS anda telah mendapat rawatan yg terbaik, tapi sebenarnya rawatan di HK ada lebih baik dan dgn bayaran yg cukup murah. Ini hanyalah cerita berdasarkan pengalaman saya dan saya tak menolak yg byk hospital swasta lain mungkin lebih baik servisnya tapi sesuailah dgn harga yg anda bayar. Itu sahaja perkongsian saya semoga memberi manfaat utk wanita2 yg bakal bergelar ibu.
– Umi Anak Empat-
– Umi Anak 4
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit