Salam semua,
Meriah kembali IIUMC lepas Baim buat confession sensasi. Selalu jarang confession nak sampai 1.5k likes. OK, back to main topic, ramai orang perempuan triggered bila baca cadangan Baim sampaikan ramai tak faham tujuan sebenarnya confession tersebut. Ada yang tak habis baca pun tapi sebab amarah dah membuak-buak, terus bangkang habis-habisan. Aku tak salahkan korang, bahasa Baim tu memang haru sikit, lagi-lagi bila dia kutuk fizikal. Chill, mari kita nilaikan confession Baim dan confession balasan daripada kaum Hawa. Rumusan post Baim:
Lelaki lemah dengan wanita cantik, lemah lembut, pandai masak dan serba boleh. Untuk mengelakkan diduakan, Baim cadangkan kaum hawa untuk tambah skill dan improve diri masing-masing melalui:
1. Diet dan bersenam. Baim tidak bersetuju yang melahirkan anak sebagai alasan, kerana ada je perempuan yang anak ramai tapi badan masih terjaga;
2. Berhias di dalam rumah dan goda suami;
3. Fahami mood suami ketika berleter dan jika suami meluahkan perasaan terpendam, jangan marakkan lagi api;
4. Pandai dan rajin masak. Usaha untuk improvekan masakkan dan pelbagaikan hidangan; dan
5. Lebih berdikari dan kurangkan menyusahkan suami dalam benda kecil.
Perhatikan kaveat yang BAIM letak awal-awal dalam confession dia, yang confession dia adalah untuk memberitahu kaum Hawa tentang hasrat yang terpendam di dalam hati Lelaki, iaitu apa yang mereka mahu daripada para isteri. Dia tak fokus sentuh langsung tentang ciri-ciri lelaki yang berhak untuk mendapat isteri yang buat 5 benda di atas. Semestinya, memang ada lelaki sampah di luar sana, dan betul, saya sendiri bersetuju yang mereka tidak layak mendapat isteri yang ada 5 ciri di atas.
Oleh yang demikian, selepas kaum Hawa fahami 5 point di atas, sekarang terpulanglah kepada diri sendiri sama ada untuk bakul sampahkan cadangan tersebut atau berusaha untuk pikat hati suami. Tepuk dada tanya selera. Ingat, hanya jika satu pihak meminta, tidak semestinya pihak satu lagi perlu menurut permintaan tersebut kan? Tujuan post BAIM hanyalah untuk mengingatkan yang jika si isteri tak sedar atau memilih untuk berada di takuk lama, potensi mereka dimadukan atau diceraikan adalah tinggi. Jadi untuk sesetengah isteri yang sudah tawar-setawarnya menanggung biawak hidup, ternyata, itulah cahaya di hujung terowong untuk mendapat kebahagiaan yang dinantikan bersama orang lain dan mereka tak perlu ambil port pun dengan confession Baim.
Selesai ulasan Baim, izinkan saya ulas confession balasan berikut:
Kenapa Suami Tawar Hati dengan Isteri; Suami Isteri Harus Cinta Sampai Syurga, Bukan Sebab Nafsu Serakah
Point yang menarik dibangkitkan dan berkait dengan point 5 Baim pasal berdikari. Sebaiknya, si isteri yang perlu berbincang tentang rawatan yang ingin dilakukan dan minta duit tu direct dari suami. Jangan tunggu suami, sebab 99% suami tak tau apa pun pasal usaha yang diperlukan nak jadi cantik. Muka pun ada yang basuh pakai sabun buku je. Rata-rata, lelaki kalau mampu, pasti dia akan bagi duit untuk treatment, melainkan treatment tu tak lulus KKM dan hanyalah janji2 manis kawan dropship anda. Yakinkan suami yang ianya value for money. Permintaan haruslah realistik dan tidak menyusahkan dia, contoh ingin ke kelas zumba yang perlu bayaran pendahuluan setahun, tapi anda tidak reti drive dan mintak suami pulak hantarkan, sedangkan segala alatan kurus yang awak mintak sebelum ni berhabuk dekat rumah lepas pakai 2-3 hari. Untuk mula, buat kecil-kecil dahulu, dan ceritakan usaha aerobik anda harini pada suami bagi dia sedar usaha awak. Ceritakan juga harga treatment untuk putih, buang kedut yang gadis-gadis flawless buat dan insyallah dia akan ingat jawapan tu setiap kali dia fikir nak pasang satu lagi dengan gadis maintenance tinggi.
Point ini juga terpakai dalam usaha anda di dapur. Ceritakan menu awak untuk masak minggu ni dan kenal pasti lauk fevret suami dan ceritakan betapa mahalnya bahan yang dia dan anak-anak nak makan. Take charge dalam shopping. Secara tidak langsung, dia akan sedar yang dia tak mampu nak buat satu lagi keluarga. Dalam usaha untuk cuba menu baru, tunjukkan peningkatan sikit-sikit dengan buat juadah yang senang-senang dahulu, untuk yakinkan suami yang awak mampu sediakan juadah advanced tersebut. Google kan ada, jangan tunggu suami bagi awak resipi. Cadangkan dekat dia, surprise kan dia etc. Antara sebab lelaki kedekut nak beli bahan, adalah sebab dia risau bahan tu jadi bazir je bila awak buat eksperimen. Sudahnya duit habis, perut lapar. Sama juga bila nak beli alatan mahal2 seperti airfryer. Sudahnya guna sekali dan jadi penghias dapur.
Lelaki-lelaki Hebat Dalam Hidup Aku
Best confession ni, cuma kena tau, apa sebab lelaki tu pilih kita jadi teman sehidup semati. Tanya diri kita, apa kualiti yang kita ada sebagai wanita. Kalau kita sendiri sedar yang kita ni hanya lawa je, agama, intelek semua kita tak ambil tahu, jadi jangan la melatah bila kita dinikahi atas dasar nafsu. Usaha dari sekarang untuk tingkatkan kualiti yang kita ingin ada pada pasangan kita, dalam diri kita, kerana bukankah jauhari jua yang mengenal manikam? Memang natijah otak lelaki untuk membandingkan wanita, sampaikan mak confessor sendiri pun calon yang ke 40. Adalah amat pelik jika perbandingan ini tamat serta merta selepas lelaki tu berkahwin bukan? Konklusinya di sini ialah jika isteri tu berusaha di dalam perkahwinan, seorang ibu yang baik, mempunyai kualiti yang diperlukan/dihargai oleh si suami, maka adalah amat susah untuk orang ketiga masuk ke dalam hidup, kerana ya, memang mereka lebih cantik rupanya atas faktor usia, tetapi mustahil untuk menandingi kualiti lain yang ada pada isteri pertama.
Akhir kalam, saya ingin menegaskan ada kebaikan yang kita boleh ambil dari confession Baim dan confession balasan disebalik penulisan yang penuh emosi. Tidak ada pemenang dalam ‘war of genders’ ini. Keputusan untuk menjadi lebih baik terletak di tangan anda, untuk lelaki yang awak rasakan layak menerima usaha anda. Amalkan komunikasi yang baik bersama pasangan, kerana mungkin, suami yang anda anggap sebagai tidak layak bergelar suami, sedang menanggung sebuah pengorbanan yang cukup berat di tempat kerja, demi menjayakan perkahwinan dan memberi nafkah kepada anda. Ingat, persefahaman itu bermula dengan memahami. Jika tidak mampu jua, tuntutlah fasakh, kerana anda juga berhak bahagia. Sampai bila anda hendak terseksa begini?
– Baim Fans
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit