Hello semua, harini saya nak share ape yang boleh dibuat dengan bajet kawen 15k. Sambil2 nak senaraikan item yang perlu di ambil kira untuk majlis perkahwinan melayu – perempuan.
Sebenarnya banyak je pakej yang “All-In” boleh dapat dengan 15k, but most of the time pakej2 ni cume set catering + andaman sahaja. Kadang adalah yang included dj & photographer, tapi jarang yang termasuk dengan kad kahwin, goodies, etc.. Usually typical malay wedding akan habiskan 30-40k, this is the idea to reduce the budget.
1. Makan : 7k
Selalunya pakej makan ni dah siap dengan khemah berscallop, kerusi bersarung & meja beralas. Boleh bajet makanan standard RM14/pax untuk 500pax, or downgrade menu (contohnya nasi ayam) dengan harga yang lebih rendah with more pax. Survey baik2, kadang2 ada caterer yang makanan best tapi harga murah2 di kawasan anda.
2. Bridal : 2k
Bridal bajet ni selalunya masih dapat untuk pelamin rumah. Kalau pelamin dewan kena tambah bajet lagi 1-3k kot. Untuk bridal pakej, selalunya die pakejkan skali dengan mekap, baju L/P with accessories, pelamin, hiasan meja beradap + meja kek. Kalau rajin & banyak masa, untuk bridal ni kita boleh plan asing2 contoh MUA RM300 + Pelamin rumah RM600 + hiasan meja beradap RM400 + Baju sepasang RM500. Puas hati sebab boleh pilih satu2 yang betul2 kita nak, tapi pening jugak kena deal dengan banyak orang. Ikut preference masing2.
3. Photographer : 1k
Photographer 1k masih boleh dapat yang standard. Nikah+Sanding+Outdoor+Album & frames. Boleh survey slow2 yang hasil kerja memuaskan tapi range harga 1k. Kalau nak cut bajet, boleh amek shoot&burn dalam RM500. Album & frame tu tunggu ada bajet bile2 boleh print out, or buat photobook je cukup. Yang penting ada softcopy pic cantik satu dua untuk update profile picture..kikiki.
4. Goodies : 1k
Kadang bab goodies ni ramai sdara mara & kawan2 nak sponsor. So dah untung kat situ. Kalau xde orang sponsor pun bajet dalam 1k cukup la kot, sebab total wedding kita stakat 15k kan.
5. Dulang + barang hantaran : 1k
Dulang hantaran boleh sewa yang nampak grand or with the same budget boleh buat sendiri simple2. Barang hataran pun kalau bajet total 1k tak boleh la nak letak barang semua berjenama macam Coach, MK, Kate Spade, Fossil. Burberry jauh sekali. Tapi kalau stakat satu je berjenama tu lepas lagi rasa.
6. Lain2 : 1k
-Homestay (kalau pihak lagi satu orang jauh) : 300
-Kad kahwin (kad sahaja, 200-300pcs + banner/bunting) : 150
-Inai (pengantin + kawan2 yg datang teman berinai) : 150
-Kompang/ DJ/ bunga mangga etc (terpulang) : 400
7. Barang kemas / honeymoon : 2k
Barang kemas selalu tak masuk bajet ni sebab pihak laki yang akan hadiahkan. So, 2k bolehla g honeymoon. 2k dapat g oversea dah..kalau setakat Krabi siap hotel 4* cukup lagi. Tapi ikut individual preference la. Kalau tak minat honeymoon, maybe boleh upgrade barang2 hantaran. Upgrade goodies, makanan or bridal. Up to you :)
Tu je nak share. Kalau nak jimat lagi contoh nak buat bajet 10k ke korang boleh la guna list kat atas ni untuk kira2 bajet. Macam nak jadikan 10k tu boleh downgrade makan or goodies, photographer, tak payah honeymoon, etc. Kalau nak tambah jadi bajet contoh jadi 20k pun boleh upgrade2 list yang sama. Semoga bermanfaat.
– Pengantin Baru
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit