Assalammualaikum.. Kalau tersiar confession aku kat IIUM anggaplah ini sebagai pembacaaan dan teguran yang ikhlas daripada pengguna untuk dijadikan rujukan bagi membaiki mutu servis, akhlak dan adab,InsyaAllah.
Alhamdulillah, aku melihat lately fashion muslim/muslimah bagai cendawan yang subur selepas hujan. Means, bisnes untuk fashion design muslim/muslimah makin berkembang rancak. Ya, rancak. Tanda “positive” nya, rakyat Malaysia sudah timbul kesedaran untuk memakai pakaian yang lebih sopan dan mengikuti arus kemodenan fashion masa kini. Namun, ada beberapa faktor pada pandangan aku perlu diperbaiki dan diperhalus lagi dalam mengembangkan ekonomi bisnes ini. Harap maklum ya untuk semua pembaca, ini bukan kecaman. Sila buka minda dan hati dengan selapangnya ketika membaca. Dan, anggaplah sebagai satu kritikan dan nasihat yang membina dalam memperbaiki usaha yang murni. Sebab, kadang-kadang “ Bukan kerana mata itu yg buta; Tetapi Hati..”
1. Fashion Muslim/ Muslimah adakah patuh syariat?
Jika kita makan, kita nak makanan dan sumber yg halal masuk ke dalam mulut kita, lalu menjadi darah yg mengalir dalam anggota tubuh kita.(Walaupun zaman sekarang, asal viral terus redah cuba tanpa titikberatkan soal halal) Tapi, adakah fashion-fashion designers sekarang titik beratkan perkara yang sama juga? Selalu aku Nampak baik dalam IG or facebook. Ramai jual produk tapi branding fashion muslim/muslimah tanpa titik beratkan apa yg agama perintahkan. Kenapa aku cakap macam tu? meh aku listkan.
i. Tak Sepadan dengan Branding & Trending.
Encik Designers dan Sellers, come on. Bila anda semua nak jual untuk customer, biarlah make a sense. Hang kata baju muslim/ muslimah tapi hat dok tunjuk body baik utk lelaki and perempuan. Baju tu bukan setakat tutup badan brother, sister! Tapi tutup maruah anda semua dan jaga nama agama. Memanglah hang cakap apa kaitan agama? Baju tak melambangkan siapa diri hang pun. Don’t judge a book by its cover. Dah tu, yg Allah perintah jaga kehormatan, tabarruj tu menda? Bahan lawak hangpa ka? Buat baju untuk lelaki tapi hat tunjuk sado, muscle..pabenda? Baju perempuan, maaf aku cakap ya..aku tengok warna dah cantik, labuh pun dah labuh, tapi kenapa ketat hat pinggang dengan dada? Hangpa nak tunjuk pada siapa? Inikah fashion muslimah? Depa boleh kata , banyak je size yg depa jual, Cuma customer je yg pilih kecik. TAPI, banyak je yg aku masuk butik/ kedai teman adik-adik aku beli baju yg sizenya memang limited. M tu dah jadi S.Kalau S?
ii. Harga Mampu Belek dan Mampu Pandang.
Bagi yg Berjaya menukar cara pemakaian, aku ucapkan tahniah. Tapi bagi yg belum, pernah tak kau terpanggil untuk tanya. Okay, ini soalan random pada budak remaja.
“dik, baju ni abang tengok macam tak sesuai untuk adik. Kalau adik pakai tudung, baju labuh sikit tak ketat mesti lagi sesuai dan Allah pun suka.”
Tahu apa jawapan dia?
“alaah, abang cakap senang laa.. cuba tengok baju kat luar tu..fashion muslimah.bukan saya tak nak. Tapi harga mahal sangat.paling murah dah telan harga rm 30 lebih dengan kualiti cap ayam, brending lebih. Saya mak mampu belikan tshirt bundle takpun pasar malam. Harga rm5-Rm10”
Berapa ramai lagi dalam kalangan kita ada rasa untuk berubah, tapi daya dan keinginan itu ditolak tepi kerana ada keperluan yg lebih menanti? Sedar tak? Orang boleh cakap, makan mekdi kfc pergi sana sini boleh pulak.Beli baju, seluar tak boleh. Dan kau, sesungguhnya orang yang selfish. Kau pandang kat luar sana dengan ekonomi sebegini, berapa ramai yg tak makan?Pandang orang yg susah, bukan suruh pandang orang jenis tak nak berubah. Dan seller jangan kencang cakap modal tak balik, tak ada untung..Padahal untung masuk kemain.
Aku tak mintak seller untuk junamkan harga. Tapi biarlah reasonable dan mampu pakai. Seluar je hari tu adik aku dah paw untuk sehelai je costly RM 129 (harga asal tapi sale harga Rm80)..Walhal abangnya pakai seluar tanpa jenama. Tapi mengenang aurat dia perlu dijaga; diturutkan jua jiwa dan raga. Kalau kita mampu, tapi orang lain tak mampu. Bantulah. Anda berniaga dengan branding “Pakaian muslim/muslimah” itu sudah menyempurnakan fardhu kifayah, tapi jangan pula letak harga terlalu tinggi sampai orang tak mampu beli dan pakai. Kalau kau tanya aku si miskin yg tak punya apa, RM50 itu consider mahal bagi orang yg hidupnya tak seberapa.
Aku faham, ya harus consider material, upah jahit, sewa kedai..etc. Tapi berpadalah, berniaga itu Sunnah! Dan Sunnah itu bukan membebani dan mengkhianati orang lain. Pesan pada diri. Material dan kualiti juga perlu standing harga. Setakat branding gempak, tapi jualnya material yg tak sepadan..itu bukan aniayakah? Dan..tak semestinya, jika harga murah, branding dan sales anda menjunam. Ingat, rezki Allah yg bagi..dan Dia, boleh Tarik nikmat sekelip mata. Berpada dalam meletakkan harga. Jika gagal, Riba’ namanya.
iii. Baju Couple Muslim/ Muslimah.
Yang kita faham; couple in term husband-wife. Tapi ramai trending dan branding dengan brending muslim/muslimah style dgn pakej couple yg tiada pergaulan dan batas adab. Gambar sweet-sweet, caption till-jannah.. Nak buat sales, please..jangan guna agama. Ini penunggang agama!
iv. Tudung sekian-sekian-sekian.
Tak salah fashionable. Tapi ikut hukum Allah. Bagi perempuan, suka aku nk ingatkan..Perintah Allah, minta pakai yg menutup,melindungi dan melabuhkan especially dibahagian dada bukan untuk ditayang semegahnya. Come on! Kalau hang tahu apa mainan jahat mata dan nafsu lelaki mampu lagi ka hang nak bangga diri? Labuhkanlah tudung tu..nak pusing 360 degree ka, triple tone kaa tak kisah. Yg sakit mata sebab jelik sebab muka dah cantik,tudung tu tak berapa cantik. Hang buat la macam mana pun, janji tutup dan lindung tempat tak sepatutnya kami tengok.
Sama juga macam lelaki, kadang-kadang ada ja set siap seluar tapi hat cutting kecik kat kaki siap boleh jelas tahap ketat Nampak private punya tempat. Fashion ni pun ada? Kau kene ingat gentlemen time before nak beli. Sebab dulu aku belajar Biology, cikgu aku explain pemakaian yg ketat boleh buatkan kau jadi mandul. Maaf ya, orang kata; biar tak sado tap jangan mandul.
Aku terpanggil, untuk bersuara. Jika kita nakkan komuniti kita cinta agama, dekati agama, kea rah yg lebih baik. Mulakanlah. Tak semua orang rasa mampu, tapi semua orang berkeinginan. Maaf kalau posting aku ni lebih macam ceramah agama. Kita hidup ni pun utk raih redha Allah. Rasa panas? Panas lagi api neraka. Sebab posting ni aku buat hari Jumaat, salam Jumaat pertama untuk 2017.
Hamba biasa.
– Hadi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit