Memandangkan wujud pendapat beberapa pihak, sama ada pemakaian baju sekolah perlu di kuatkuasakan semula susulan kelonggaran murid berpakaian sukan bermula Mei 2023 akibat cuaca panas waktu tu.
Susulan tajuk IIUM Confesion “Form 6” (https://iiumc.com/form-6/) yang mencerpenkan pengalaman berbaju sekolah menengah 18 jam sehari daripada Form Peralihan sampai Form 6 STPM.
Jadi aku pun nak cerpen & merepek sikit pengalaman pakai baju kurung putih, kain biru laut dan tudung putih.
Itulah baju sekolah dipakai 13 jam sehari pagi ke petang Form 1 sampai Form 6 kecuali hari Rabu uniform Puteri Islam.
Perjalanan ke sekolah guna bas awam bermula 6.30 pagi dan biasanya tiba semula di rumah 6.00 petang tetapi terus keluar semula dengan kekal berpakaian sekolah untuk lepak bergosip sambil berjogging ringan bagi berpeluh sikit.
Baju sekolah disalin jam 7.00 malam dan basuh malam tu jugak. Tak sanggup pakai baju sekolah yang sama 3-4 kali sebelum dibasuh sebab dah berpeluh-peluh beriadah di taman rekreasi perumahan.
Aku berpendapat semua murid tadika sampai Form 5 seharusnya di wajibkan semula pakai baju sekolah seperti biasa atas sebab:
• Baju sekolah mula dipakai sejak generasi dahulu dan tiada masalah besar diteruskan ke generasi akan datang. Peraturan digazet tahun 1983 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
• Murid wajar diasuh berdisiplin dalam berpakaian dan kebersamaan seragam yang sama tidak kira miskin kaya. Semua bergembira.
Ia termasuklah disiplin mengurus uniform tu seperti membasuh dan menggosok seterusnya bersatu & berbangga dengan sekolah melalui lencana terpahat di baju @ tudung sekolah masing-masing.
• Kekemasan pelajar sepanjang sesi persekolahan berbanding baju sukan yang tidak formal @ berbagai-bagai warna mengikut rumah sukan. Kekemasan ini seharusnya melekat dalam diri pelajar ketika di alam universiti dan pekerjaan kelak.
• Baju sekolah merupakan tradisi diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia dengan jenis dan warna pakaian berbeza.
• Keselamatan murid ketika di luar kawasan sekolah terutamanya pada waktu malam.
Selagi murid tu pakai baju sekolah apabila keluar dari rumah hingga tiba semula ke rumah, baju tu sendiri membolehkan orang sekeliling cakna dengan kehadiran murid di suatu kawasan.
Contohnya beberapa kali pernah sampai di rumah pada waktu malam atas berbagai sebab seperti lepak di bandar, singgah rumah sedara mara atau masalah bas lewat.
Sepanjang berjalan kaki balik ke rumah lepas turun bas, ada orang tolong perhatikan sebab pakai baju sekolah waktu malam. Kurang-kurangnya rasa selamat sikit.
• Keselamatan ketika pulang ke kampung @ outing. Walaupun aku tak tinggal di asrama, tapi pernah terus balik kampung dengan family lepas sekolah tanpa pulang ke rumah dulu.
Perjalanan makan masa 5-6 jam dan biasanya tengah-tengah malam baru sampai rumah atok.
Sepanjang perjalanan aku pakai baju sekolah dan kalau singgah makan malam atau ke tandas di tempat orang, at least ada orang aware kehadiran aku kat situ akibat berpakaian sekolah.
• Cuaca pada masa kini telah kembali normal untuk pakai kemeja @ baju kurung (mungkin orang kaji cuaca boleh tolong confirmkan).
Baju sekolah sama ada lelaki atau perempuan adalah berjenis sama digunakan majoriti rakyat Malaysia iaitu kemeja @ baju kurung.
Mungkin ada perbezaan dari segi jenis tapi begitu jua lah material kemeja @ baju kurung biasa yang tersedia kualitinya mengikut harga pakaian.
• Seragam sekolah mengekalkan budaya dan tradisi yang sudah terbina sekian lama.
• Seragam sekolah hanya digunakan pada Isnin-Jumaat (kadang-kadang Sabtu). (Tapi kalau ada orang nak pakai hari-hari pun tak apa. Hahahaha).
Pada pandangan aku, dengan keadaan cuaca di Malaysia, mungkin boleh beri pengecualian pemakaian tali leher, vest atau blazer sekolah jika cuaca panas melampau.
Tak perlu la murid pakai sepanjang masa kalau cuaca panas. Cukup dengan baju sekolah biasa sahaja.
Harapnya kalau ada pembaca yang tak setuju dengan aku, jangan la kecam. Aku cuma luahkan pendapat je. Hehe.
– Zulaiha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit