Baju Sukan Baju Uniform

(Note : Ditulis sebelum mana-mana ketetapan KPM berkenaan isu bermula 9/7/2024, sekiranya ada)

Mungkin isu ni tidaklah besar. Tapi untuk aku sebagai ibu bapa ada sedikit keresahan.

Bermula tahun 2023 sekitar bulan Mei (lebih kurang 2 bulan selepas mula persekolahan), KPM mula alert dengan situasi musim panas dan murid sekolah diberi kelonggaran mengenakan baju PJ (t-shirt berlogo sekolah)atau baju rumah sukan pada setiap hari persekolahan.

Bagi ibu bapa yang ada anak bersekolah lazimnya dah faham. Sebelum musim panas lagi, hari yang ada subjek Pendidikan Jasmani, murid memang akan terus memakai pakaian sukan sepanjang hari tersebut.

Subjek PJ selalunya ada 2 waktu/2 hari seminggu, bermakna dalam 1 minggu akan ada 3 hari uniform sekolah dan 2 hari pakaian sukan. (situasi sebelum musim panas).

Sepanjang musim panas tahun 2023, memang menjadi kelegaan pada anak2 sebab rasa lebih bebas tanpa uniform, juga kelegaan buat ibu bapa sebab tidak perlu menyental pakaian putih, tak perlu iron baju banyak2)

Kemudian KPM melanjutkan kelonggaran untuk terus berpakaian sukan setiap hari walaupun musim panas sudah berakhir. Aku mula melihat beberapa impak yang kurang positif untuk aku (aku ada 4 anak bersekolah).

1) Anak2 jadi ‘manja’. Terlebih selesa berbaju sukan sebab rasa santai sampai tak minat langsung nak pakai uniform putih biru.

2) Baju uniform putih biru baru pakai sekejap dah mula ketat sebab anak cepat membesar. Padahal baju masih elok macam baru sebab sangat jarang diguna.

3) Baju sukan (t shirt & tracksuit) cepat lusuh dan lunyai, sebab setiap hari dipakai, diulang, dibasuh. Aku tak pasti sekolah lain, tapi tshirt/seluar sukan sekolah anak aku nampak tidak begitu tahan lasak, mudah koyak & jahitan terbuka.

4) Sebab ada kelonggaran & selesa berbaju sukan tapi makin cepat lusuh, kena lah keluar duit lagi masa tengah tahun untuk tambah stok baju sukan. Mahal berbanding baju uniform putih biru. Baju uniform putih biru masih elok tetap terbiar.

5) Semasa nak masuk sessi 2024, KPM umum 3hari uniform & 2 hari baju sukan. Kalau tahap dua sekolah rendah, 1 hari akan berpakaian Unit Beruniform (pengakap, PBSM, puteri Islam dan sebagainya).

Masa ni jumpa banyak komen netizen merungut, marah2 pada KPM tak prihatin dan sebagainya. Aku tak faham apa yang hendak dirungutkan, bukankah ini sama situasi asal sebelum musim panas? (masa ni aku sangka keadaan dah kembali normal seperti biasa)

6) Memandangkan anak aku cepat membesar, uniform yg masih elok sebab pakai sekejap itu terpaksa di let go saja, kena beli baru lagi. Uniform baru, baju sukan pun baru sebab cepat lusuh & size bertambah. Dah la masa tu musim raya. sighhh…

7) Baru je start sessi 2024, musim panas datang balik. Dapat semula kelonggaran berbaju sukan setiap hari sama seperti tahun lepas.

8) Hingga hari ni, dah masuk bulan Julai, belum nampak kelonggaran akan ditamatkan. Masih bebas pilih nak pakai uniform sekolah atau sukan, campur saja.

9) Aku pujuk anak aku berpakaian uniform seperti biasa sebab tak mahu ‘membazir’ lagi atau terpaksa keluar kos lebih untuk menambah stok baju sukan seperti tahun lepas, tapi anak aku tantrum.

Dia nak berbaju sukan juga setiap hari sebab IKUT KAWAN2) Di sekolah boleh kata tiada yang pakai uniform putih biru (mungkin point no 1 berulang).

10) Aku tau ini PILIHAN saja, nak pakai mana2 pun boleh. Tapi tu lah kadang2 sukar memaksa anak ikut arahan kita. Anak tantrum boleh diredakan, tapi anak mengadu ‘malu’ dia jadi lain daripada kawan2 sebab tak sama dengan kebanyakan kawan2 dia. Serba salah juga dibuatnya.

11) Aku nampak isu tahun lepas nampak nya akan berulang. Entah la nanti hujung semester, berapa pula perlu dihabiskan lagi untuk kos baju sekolah yang tiada ketetapan ini. Nak kata masih musim panas, sekarang banyak hujan je pun. Tak sepanas bulan-bulan sebelum ni.

Sekadar meluah. Jangan lah kecam pulak. Masih mengharapkan ada ketetapan KPM yang pasti, paling tidak jelaskan kelonggaran untuk tempoh berapa lama.

Panjang lagi nak merancang kewangan keluarga ni. Belum lagi keperluan Sekolah Agama Rakyat yang biasanya follow KPM, ada uniform dan baju sukan masing2 juga.

Kebiasaanya tshirt sukan sekolah agama rakyat ni sehelai saja, tapi anak nak juga pakai setiap hari sampai lunyai. Baju melayu & baju kurung, terbiar tak berusik.

Belum lagi unit beruniform yang banyak jenis bajunya. Baju tshirt lah, baju rasmi untuk kawad lah.

Kalau nak bagi optional berbaju sukan SETIAP HARI sampai kiamat pun, buatlah pengumuman rasmi wahai KPM. Tahun depan tak payah aku berhabis beli uniform putih biru lagi sebab anak aku sah2 tak nak pakai kalau dipaksa pun. Cukup lah 2 tahun tanggung ‘kerugian’.

Terkilan jugak memikirkan kos baju sekolah yang dah dikeluarkan, tapi gunanya dapat hanya sekali dua. Baik bajet tu buat beli baju sukan terus banyak2.

Tapi acara2 rasmi sekolah, mintak uniform sekolah lengkap jugak. Kalau anak pengawas lagilah dengan vest segala. Hadoihh la.

Aku ni jenis biasa kerja dalam protocol, sebenarnya mata aku nampak agak semak mata tengok baju campur-campur tak seragam ni. Secara peribadi, aku lebih suka sekolah menetapkan peraturan yg seragam dalam sekolah, barulah nampak displin.

– Incik PapaPipi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya dh merasainya sebelum “musim panas ” melanda. Tahun2 80an, baju sekolah rendah kebangsaan dah ada mcm2 warna. Pengawas je ada 2 jenis baju, pengawas library pun uniform & warna lain. Baju sukan pula setiap tahun design berlainan. Hingga saya jumpa guru, bg tau yg koleksi baju rumah sukan anak saya dh menimbun. Kenapa mesti tukar design setiap tahun? Sperti kata TT, anak2 tak mahu kelihatan berbeza dgn kawan2. Kena beli juga walaupun baju sukan masih muat, elok lagi. Sehingga cina kedai uniform dh tahu, anak sekolah mana. Siap tunjuk apa warna utk sekolah apa.
    Lebih parah, sekolah agama pun, terikut2 warna berlainan dgn jawatan. Haddoiii..nk pegi sekolah atau fesen parade.

    Yang lebih parah, jika anak kena bertukar sekolah…bayangkannnnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *