Assalamualaikum kepada semua warga pembaca. Terlebih dahulu, terima kasih sebab sudi siarkan confession aku ni. Niat aku baik. Tujuan confession aku ni bukan nak buka aib sesiapa. Aku cuma nak kongsi tentang kenyataan institusi perguruan sekarang ni. Sisi gelap mungkin dah semua tahu. Apa yang jadi pada generasi kita sekarang ni.
Aku ada seorang kawan yang sedang menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan. Pendek kata, kalau keluar nanti jadi cikgu. Dia selalu berkongsi cerita dengan aku. Pengalaman dia dengan kawan-kawan sefakultinya. Lelaki dengan cara lelaki. Perempuan dengan cara perempuan. Dua kali lima. Tiada sifat malu. Talam dua muka.
Hisap rokok, perkara biasa. Hisap ganja? Mungkin perkara biasa juga untuk anak-anak muda kita. Tapi pertama kali aku dengar, memang istighfar jugak. Aku tak biasa dengan benda benda macam tu. Aku hanya dengar kawan aku cerita macam mana nak kenal ganja, macam mana nak tahu orang tu di bawah pengaruh ganja. Dan kenapa ganja ni digemari anak-anak muda kita. Itu baru hisap ganja. Belum lagi hisap benda lain. Bila aku dengar, rasa macam naifnya aku sebab tak tahu apa-apa.
Bab pergaulan. Lelaki perempuan berkawan, bertepuk tampar, itu perkara biasa. Tapi kalau dah bercium? Geli aku dengar weh! Tak sanggup aku nak fikir jauh-jauh. Keluar pergi bersosial. Minum arak. Name it. Semua jenama kenal. Kelab malam semua dah masuk. Aku ni zouk je la kenal. Tu pon sebab kak lofa yang perkenalkan kat aku. No offense ya peminat kak lofa.
Pornografi. Aku paling seram dengan yang ni. Pergi kelas bertudung litup. Luar kelas pun bertudung litup. Tapi buat video bogel. Kau nak buat, kau simpan la sendiri tak pon untuk bakal laki kau nanti. Tapi pergi hantar kat jantan jantan gersang tu dah kenapa? Kau tak tahu ke bila kau jalan bertudung litup depan lelaki, tapi gambar bogel kau jugak yang dia bayang nanti? Astaghfirullah. Mana halal haram wei? Mana sifat malu? Belum lagi bab ajak tidur sekali. Seks dah macam perkara biasa. Malam ni dengan jantan ni. Esok dengan jantan tu. Yang bercinta pun banyak yang sampai bilik tidur. Dah puas putus. Cari lain. Lelaki ajak perempuan. Perempuan ajak lelaki. Facepalm! Aku tak tahulah betapa kerat yang masih dara. Paling terkilan sebab dah menghina kesucian bertudung. Aku sedih. Kebanyakannya nampak baik. Wajah suci murni. Memang patutlah jangan dinilai buku dari kulitnya. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Golongan macam ni la yang mencemarkan kesucian Islam.
Kawan aku cakap, tak payah pelik, itu memang perkara biasa. Satu fakulti, mahu suku perangai macam tu. Luntur iman, grenti terjebak. Aku selalu marah dia n nasihat kan dia supaya hati-hati. Aku risaukan kawan aku tu. Yalah.. orang kata kawan dengan orang jual minyak wangi, wangilah kita. Kawan dengan tukang besi, dengan kita kita sekali kena tempiasnya. Aku takut kalau bukan sekarang mungkin satu hari nanti dia terjebak. Nauzubillah. Aku doakan semoga iman dia kuat dan kawan-kawan dia takdelah setan sangat nak heret dia sekali. Sebab kawan aku ni sangat baik.
Aku tak kata semua cikgu macam tu. Cikgu itu satu perkerjaan yang mulia. Tepuk dada tanya iman. Aku bukan nak condemn cikgu. Bukan juga nak kutuk sesiapa. Aku tahu semua ni tak semestinya jadi pada bakal-bakal guru. Tak kira jurusan. Sosial di mana-mana. Perangai anak-anak muda memang macam ni. Bukan semua tapi segelintir. Macam aku cakap tadi, suku macam ni, masih ada tiga suku yang perangai elok. Tapi, Yang buat aku paling terkilan sebab perangai bakal-bakal cikgu macam ni. Kalau beginilah gaya bakal-bakal pendidik kita, aku takut nak hantar anak-anak aku ke sekolah. Mampukah mereka mendidik anak-anak aku nanti? Bakal-bakal cikgu weh! Yang nak ajar anak aku kenal ABC, Alif Ba Ta, 123. Yang bakal tentukan anak aku nanti dapat berapa A SPM. Bakal didik anak aku sama ada boleh jadi orang atau setan? Macam mana aku tak takut??
Aku takut dengan masa depan generasi akan datang. Confession ini sekadar cara untuk membuka mata anak-anak muda kita. Generasi kita makin tenat. Aku seru. Ya Allah.. Selamatkanlah generasi masa depan kita nanti. Jauhkanlah anak-anak aku daripada terjebak dengan benda-benda macam ni.
Kalau ada yang baca ni, tiba-tiba rasa macam auchh.. terkena batang hidung sendiri, tak kiralah jurusan apa sekali pun. Fikirlah. Dah bijak pandai sampai masuk universiti. Mohon bijak juga kekang nafsu serakah sendiri. Muda hanya sekali. Tapi mati tak kenal usia. Fikirkan bakal isteri, bakal suami, dan bakal anak-anak kau nanti. Kau mesti taknak dapat bini dah takde dara, dapat laki kaki tidur perempuan, anak-anak pulak muda muda lagi dah kenal macam-macam. Belum terlambat untuk berubah dan bertaubat. Tepuk dada, tanya iman.
– Cik J
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit