Bakal Graduan, Masih Jauh Lagi Perjalanan Anda

Hi admin and iium readers. Kalau confession lain pun aku gigih scroll baca komen sebab nak tengok cara pemikiran netizen ni macam mana. Matang setaraf dengan umur ke tak. Hahaaa. Sebab kadang-kadang aku stalk jugak FB orang yang komen-komen sini. Sebab aku ni boleh dikatakan observant jugak even benda kecik pun aku ambik kira. Yes, typical woman, i know that.

Okay ni part confession aku. 4-5 minggu lepas aku tengok banyak confession kat sini cakap pasal graduan+kerja+gaji. Tak kurang jugak pasal tips iv etc dan banyak yang aku baca dan digest sepenuhnya untuk aku guna lepas grad tahun depan. InshaAllah. Mohon doa kalian supaya aku dapat grad on time. Oh by the way, aku student master ipta bidang sains. Research mode dan sekarang dah semester 3. Berbaki lagi 1 sem, labwork pun tak habis lagi tapi alhamdulillah writing progress aku 50% done dan tengah writing paper utk di publish mana-mana Q1 publisher.

Okay aku bukan nak cerita pasal research aku sebenarnya tapi nak cerita pasal dilemma future aku lepas grad nanti. Adakah berjaya dapat kerja atau akan bukak kebun anggur dengan jayanya nanti. Hmmm.

Disebabkan aku risau gila nak mati either aku dapat kerja ke tak, aku cuba improve skills dan cv aku sebaik mungkin. Dari lepasan spm 2009 aku dah mula kerja part time. Kedai makan, promoter parkson, buat sandwich jual kat kolej, volunteering semua aku buat. Bukan sebab family aku cukup duit atau tak. Tapi aku rasa benda tu perlu untuk pupuk skills aku ni. Jujur aku cakap, family aku boleh dikatakan hidup senang. Kereta mewah, makan sedap, mak ayah pegawai kerajaan. Alhamdulillah aku bersyukur. Sepanjang degree 4 tahun, aku ditaja pa&ma. Takde hutang ptptipu atau mana tajaan jpa atau mara.

Aku anak perempuan sulung. Mak ayah nak tengok aku superrr berjaya jadi contoh kat adik-adik. Aku sambung master pun sebab nak capai cita-cita ayah aku yang tak kesampaian dulu. Aku bertuah sebab dikurniakan kelebihan akademik berbanding adik-adik aku. Cgpa degree aku 3.25 dan cgpa master aku 3.88. Tapi bila aku baca confession kat sini, aku jadi risau gila namateyyy weh. Katanya cgpa tak penting. Pehhh. Menganggurkah aku tahun depan? Allah risaunya aku.

Maybe orang boleh cakap, “hek elek mak ayah kau orang besar. pakai cable la woih!”. Sampai sekarang aku risau kalau pakai orang dalam mintak kerja ni. Dari zaman sekolah lagi aku tolak benda-benda libat orang dalam ni. Sebab bagi aku kalau pakai orang dalam, kita dah rampas hak dan rezeki orang lain yang supposedly jadi milik dia, kita dah rampas sekelip mata sebab pakai orang dalam.

Aku straight A PMR, ayah pernah mintak tolong kawan dia untuk carikan one of the best SBP kat Malaysia ni. Aku dapat masuk SBP. One of the reason is because aku layak. Aku straight A dan aktif koko dari zaman sekolah lagi. Tapi sebab ayah mintak kawan dia carikan mana yang terbaik, maka aku keluar dari SBP lepas masuk 2 minggu. Plus, kawan aku penah kena rasuk depan mata aku, seram oihhh. Sebab tu jugak aku keluar hahahaha. Pernah jugak kawan aku cakap yang aku ni anak cikgu, maka aku dapat jadi pengawas daripada form 1-5 dan jadi head girl sebab mak aku. Taik kucing betul dapat kawan camtu. Mulut macam longkang. Aku pergi iv woih untuk jadi pengawas. Even nak jadi board of prefect pun kena iv lagi. Hafal ayat-ayat Quran siap dgn terjemahan. Iv siap kena rakam bagai. Gila apa aku tak usaha.

Lepas aku habis matrik, ayah mintak aku buat surat rasmi untuk apply masuk ipta hebat2 kat Malaysia. Ayah mintak aku apply engineering kat 3 ipta. UM, UTP, USM. Aku was-was sangat sampai menangis-nangis aku bincang dgn mak. Aku tak nak pakai cable. Tp ikutkan je apa ayah nak. Kawan baik ayah orang kuat KPT. Pegawai khas menteri. Aku pergi jumpa kawan ayah sorang-sorang panjat pejabat KPT sana hantar surat. Tapi takdir Allah, satu pun tak lekat. Hahaaa. Aku dapat ipta lain. Tapi still top RU kat Malaysia dengan bidang yang aku minat. Aku tak minat engineering sebab tak suka maths! Tapi aku harap jodoh aku nanti pandai maths supaya bakal anak-anak aku pandai semua bidang sains sebab yang lain aku suka belajar kecuali maths. Heheee. Add maths? Double NO NO (sambil geleng kepala).

Waktu nak sambung master ni pun sama. Ayah mintak aku buat surat untuk apply tajaan JPA tahun lepas. Risau gila aku masa tu. Sebab pegawai yang berpangkat tinggi kat JPA sana tu pun member rapat ayah aku. Masak betul nak tulis surat ni. Tapi aku tak buat pun. Sengaja aku lengahkan and at the same time aku apply MyBrain15 untuk taja yuran master. Alhamdulillah berjaya dapat. Lepas tu isu JPA diam camtu je. Syukur sangat.

So sekarang, aku dah nak habis master. Ada je aku apply kerja kat jobstreets tapi takde respon apa pun. Sampaikan satu tahap ni aku rasa macam dah nak pakai cable sebabnya nak apply kerja, dorang nak yang berpengalaman 30 tahun jadah apanya umur baru 25. Isu gaji pun satu hal. Aku haraplah dapat kerja nanti biarlah gaji tu setimpal dengan kelayakan aku. Tak lebih banyak pun, lebih sikit pun jadi. Jangan cakap aku tak bersyukur even gaji secoit tu pun aku dah merasa waktu part time masa undergrad. Kalau tak, takde la aku bangun 5-6pagi nak buat sandwich jual kat kolej kan. Kalau nak berniaga bukak bisnes, aku memang give up awal-awal sebab aku tak minat.

Aku terfikir lepas master nanti nak sambung PhD dan apply postdoc kat ipta tapi dengan zaman N**** yang mana ekonominya tak memberangsang ni semua benda nak naik je, aku rasa terbantut sebab scholarship pun tak banyak skarang ni. Plus, bajet untuk RU paling banyak kena cut off compared to ipta biasa.

Alahai malangnya hidup. So, kepada bakal majikan di luar sana, hargailah kami bakal graduan ni. Berhabis duit semata-mata cari ilmu, tup-tup masa nak mintak kerja plak cakap kami takde pengalaman. Harap ilmu je takde praktikal. Kalau nak pengalaman je, memang lepas SPM kami tak apply lah sambung belajar. Terus cari kerja. Senang cerita. Atleast lepas SPM sampai umur 25 ni, pengalaman kerja aku dah 7 tahun! Haaa. Geram betul aku.

K itu saja luahan hati aku. Sekian Edit.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit