Untuk part I, (https://iiumc.com/bakal-isteri-gaji-lebih-tinggi/).
Hi semua, miss K di sini, miss K terharu baca komen yang membina dari kalian. Gigih sis baca satu2 komen kat situ, tiada satu pun yang sis tak baca, terhibur hati sis yang luka dan parah ni cewah.
Terima kasih pada yang sudi bagi kata2 positif dan yang berkongsi nasihat. Banyak yang sis belajar dari komen2 kalian.
Cuma ada satu yang sis kena beri pencerahan, nampaknya terlalu banyak komen yang suruh sis kahwin sesama doktor, huhu.
Mungkin sis kena betulkan fatwa berkenaan isu itu. Mencari doktor sesama doktor tidak semudah seperti yang diungkapkan. It is not easy as i choose u, then u also choose me.
Ada ja doktor lelaki sendiri pun taknak kahwin dengan doktor perempuan. Yelah itu kan hak masing2, tidak salah diorang memilih untuk tidak memperisterikan seseorang yang sibuk seperti mereka juga.
Sebenarnya yang kahwin sesama doktor selalunya ialah yang sama-sama bercinta masa medical school. Kebanyakan nya la tapi ada juga yang jumpa jodoh selepas itu, tapi yang tu sangat sedikit ya.
Untuk orang2 yang macam sis yang tak reti bercinta zaman belajar memang sudah ketinggalan keretapi.
Apabila masuk zaman housemanship yang sangat mencabar, memang lagi la tak sempat dah nak cari jodoh. Setiap hari hanya sempat tengok pesakit atau jenazah sahaja di hospital, tup2 zaman muda 7 tahun berlalu macam tu sahaja,tu kalau kira dari tahun mula medical school la.
Bila umur semakin meningkat, semua doktor lelaki yang baik yang tinggal adalah suami orang. Memang bukan sis la nak merampas suami orang.
Dan lagi satu untuk pengetahuan semua, sis sebenarnya tak pernah berhasrat pun nak berkahwin dengan doktor. Mesti semua ingat doktor lelaki tu prospek bakal zauj yang terunggul kan?
Tapi sebelum tu, nak kena bagitahu dulu tau, bukan semua doktor lelaki tidak bagus, masih ada yang baik.
Tapi nasib sis memang selalu Allah takdirkan berjumpa dengan doktor2 lelaki yang lain macam perangai. Sis tidak berkenan dengan seorang pun doktor lelaki sepanjang tempoh bekerja di hospital.
Kalian jangan mudah terpedaya dengan makcik2 bawang yang kata doktor semua bagus ya.
Sepanjang sis bekerja macam2 perangai doktor sis jumpa. Yang malas dan pentingkan diri waktu bekerja, yang MIA dari wad, yang berkira tengok pesakit, yang tak bertanggungjawab dan sambil lewa masa tengok pesakit dan macam2 lagi.
Masa tengah kerja teruk tak tentu masa tulah kita akan nampak perangai sebenar masing2.
Kalau profession yang bekerja melibatkan nyawa manusia tu pun bole berperangai macam tu, so bole bayangkan tak macam mana dia sebagai pasangan di rumah? Sebab tu sis tidak pernah berkenan dengan seorang doktor pun sepanjang bekerja.
Tapi ingat ya sekali lagi sis emphasize bukan semua doktor lelaki macam ni, jangan sekejap lagi sis kena kecam dengan persatuan doktor2 lelaki malaysia, mati sis, haha. So doktor2 lelaki yang bagus jangan la terasa dengan statement sis pulak kalau tu bukan anda.
Ni sis tujukan kepada doktor2 yang berkenaan, siapa yang makan cili dia la yang terasa pedasnya ya. So buat kalian2 yang beri komen suruh sis kahwin sesama doktor mungkin sudah dapat gambaran sedikit kan?
Mungkin kalian banyak terpengaruh dengan figure doktor yang baik2 and nampak gah dari drama korea. Sis tak marah tau. Cuma nak bagitahu yang realiti nya tidak seindah itu.
Tapi sis tak nafikan memang ada yang berkahwin sesama doktor bahagia je tau sampai sekarang Alhamdulillah. Tapi yang bercerai pon banyak cuma kalian tidak nampak.
Sebab tu sis minta orang tengah yang tolong carikan jodoh untuk sis untuk mencari yang bukan doktor.
Tidak kisahla kerja apa sekalipun selagi mana dia ada pekerjaan yang halal dan dapat menampung keluarga ikut kemampuan dia dan yang paling penting dia tidak mengambil kesempatan dan tidak memudaratkan isteri dan anak2 insyaAllah.
Tapi tulah kebanyakan tolak sis sebab background kerjaya sis. Memang betullah ada komen yang cakap mungkin yang tolak sis tu bukan sebab gaji sis tinggi tapi mungkin sebab taknak isteri yang busy, bak kata dorang baik tak payah kahwin kalau dapat isteri pun sibuk bekerja.
Sis sedar perkara tu sebab itulah sis ada emphasize juga di ayat bawah sekali confession sis sebelum ni, masih ada ke lelaki yang sanggup kahwin dengan doktor perempuan dan bole cope dengan isteri yang busy macam kami?
Dan sanggup sama2 jaga anak dan buat kerja rumah disaat isterinya dipinjamkan kepada masyarakat? Maksud sis yang sama2 komited untuk uruskan keluarga tanpa expect wife has to be there 24/7
Sis tanya kat sini sebab sis betul2 nak tahu, itu sahaja. Sebab sis direject 3x tanpa sempat jumpa pun, sis duk berfikir kenapa sis kena reject? Sebab lelaki takut gaji sis lagi besar ke?
Or tak nak isteri yang tiada life macam kami para doktor perempuan. Haha macam2 sis berfikir, adeih. Atas sebab itulah sis cuba dapatkan pandangan di sini, jangan salah faham pula tau.
Tapi jangan la awak sekalian cakap sis desperate nak kahwin tau. Sis pon manusia biasa yang ada keinginan untuk ade keluarga sendiri. Tu je, tak salahkan? Huhu.
In the meantime sis memang sentiasa bersangka baik dengan urusan perjalanan yang Allah tetapkan.
Sis masih berusaha keras membahagiakan mak ayah, adik beradik selagi nyawa dikandung badan.
Dan yang paling penting sis tengah berusaha memperbaiki hubungan sis dengan Allah, manusia dan specifically PESAKIT sis, bak kata orang, nak pasangan yang baik, diri sendiri kena baik juga, betul tak. Huhu.
So akhir kata doakan sis ea. Mana tahu doa kalian yang sampai kat Allah. InsyaAllah.
– Miss K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Seronok baca artikel ni. Saya sebenarnya minat nak cari calon isteri doktor. Bukan sebab doktor tapi sebab doktor ada sifat penyayang. Sekarang mcm mana Miss k? Dah jumpa calon ke?