Bakal Jodoh Hanya Kerja Biasa

Assalamulaikum. Ini adalah pertama kali aku menulis confession di ruangan ini. Selalu aku hanya menjadi pembaca setia. Kali ni aku ingin berkongsi kisahku untuk meminta pandangan kalian. Terima kasih admin jika confession ini disiarkan.

Aku seorang wanita berumur 30 tahun, berkerjaya, belum berkahwin dan merupakan anak sulung dlm keluarga. Boleh dikatakan kewangan aku semakin stabil dan telah memiliki rumah pertama. Sekarang hanya tunggu proses untuk mendapat kunci. Alhamdulillah dengan rezeki dariNya.

Berbalik kepada ceritaku, sebenarnya sepanjang hidup aku dari zaman sekolah sehinggalah zaman study di universiti, aku tidak pernah ada hubungan dengan lelaki. Tidak pernah bercinta. Ada jugak suka someone tapi hanya setakat itu kerana prinsip aku hanya tumpukan pada pelajaran.

Aku juga jenis seorang yang lelaki agak susah untuk dekat. Mungkin kerana aku nampak pendiam dan agak susah nak bercakap dengan lelaki selain bab2 pelajaran dan urusan penting sahaja. Dan juga aku tidak pernah membuka hati untuk terima siapa2.

Sehinggalah aku masuk zaman pekerjaan. Aku sentiasa sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk memikirkan tentang soal jodoh. Sebelum menginjak ke umur 30 tahun ini, aku tidak pernah terfikir pasal jodoh. Sehinggalah hujung tahun lepas, mula terdetik di hati.

Aku sengaja mendaftarkan diri di laman BaitulJannah. Mana tahu, mungkin boleh terujmpa jodoh di laman itu. Ramai jugala calon2 yang boleh dilihat. Lama kelamaan aku semakin malas pula nak mencari jodoh di laman itu. Huhu

Sehinggalah suatu hari, seorang rakan sekerja senior, aku namakan Kak T, bertanyakanku jika aku telah ada yang empunya. Katanya dia berkenan denganku dan mencadangkanku untuk berkenalan dengan anak saudaranya yang sedang mencari calon isteri.

Pada mulanya aku agak berat hendak memulakan kerana aku agak segan dengan Kak T tapi aku cuba untuk membuka hatiku. Kak T pun bagi nomborku kepada anak saudaranya.

Bermulalah perkenalanku dengan lelaki itu. Dia tua dua tahun dariku. Sepanjang tempoh itu kami hanya berkomunikasi melalui WhatsApp dan banyak kali juga merancang untuk berjumpa tapi belum sempat atas kesibukan masing2.

Untuk pengetahuan, Kak T tak cerita apa2 pun pasal lelaki itu. Dia suruh aku sendiri berkenalan dengannya.

Akhirnya baru2 ini, kami dapat berjumpa. Pertemuan pertama kami berjalan dengan lancar. Kami masing2 macam terasa ada keserasian walaupun baru berjumpa. Kami terus contact each other.

Dia hanya kerja biasa iaitu seorang peniaga. Dan part time sebagai Askar Wataniah. (Diberi elaun apabila ada latihan). Tak pasti akan diserap tetap atau tidak sebab aku baru berjumpa dia sekali, tak sempat nak bertanya lanjut. Kami hanya boleh berjumpa pada hujung minggu.

Aku tak berapa kisah kerja dia kerana aku lihat keperibadiannya yang baik dan ikhlas. Asalkan dia rajin bekerja tak kisah apa pun pekerjaan dia. Yang penting halal.

Ayah agak susah untuk terima memandangkan dia hanya bekerja biasa (pada pandangan ayah tiada gaji yang tetap). Dia risau aku pula yang kena tanggung bila dah berkahwin nanti sebab aku lebih stabil dan telah mempunyai rumah atas nama aku.

Ya aku faham. Ayah mana yang tak mahu yang terbaik untuk anaknya kan. Aku pula anak perempuan sulung dalam keluarga. Dan tak pernah pula menjalin hubungan dengan mana2 lelaki sebelum ni.

Satu lagi pendidikan dia hanya SPM dan aku pula degree. Tapi aku tak kisah sebab aku dapat rasakan dia serius dengan aku.

Dia bagitau nak bawak keluarga dia jumpa keluarga aku. Dan telah rancang nak beli cincin. Aku pun macam terkejut sebab secepat itu dia terima aku. Kami jumpa pun baru sekali. Aku pun macam betul ke dia ni.

Aku dah buat istikharah memohon petunjuk dari Allah. Moga aku mendapat jawapan yang trbaik. Rancangnya dia nak jumpa keluarga aku lepas raya Cina ni. Sekarang ni aku cuma risau penerimaan parent aku terutama ayah.

Doakanku menemui jawapan dan aku redha dengan apapun. Mohon doa kalian dan saya alu2 kan jika sudi memberi pendapat. Assalamualaikum.

– Hamba Allah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *