Bakal Menjadi Isteri Ke-2 II

Assalamualaikum, first sekali terima kasih admin sudi share confession saya yang first sebelum ni. https://iiumc.com/bakal-menjadi-isteri-ke-2/

Sesungguhnya tiada komen murni ye untuk post sebelum ni, saya tilik satu persatu dan nasihat komen² semua saya ambil dan terima dengan lapang dada. Motif confession yang ke 2 ni sebab ada beberapa komen yang perlu saya jawab dan jelaskan.

Pertama, ada yang cakap suruh si A tu je yang confront isteri dia (si B) kenapa saya yang perlu bersusah payah nak memujuk.

Sebenarnya memang plan asalnya begitu, si A jelaskan niat dia kepada si B then baru lah saya akan dibawa berjumpa dengan B.

Untuk logik akal saya selepas pujukan dari si A, B mesti akan minta untuk jumpa dengan saya untuk perbualan lebih lanjut. Disitulah saya fikir apa yang boleh saya lakukan untuk lembutkan hati si B.

Kalau ada yang tanya kenapa tak biarkan sahaja si A yang settle kan semuanya, sebab it takes two to tango. Saya pun ada terbabit, saya cuma minta izin, kalau tak diberikan izin saya memang tak akan teruskan.

Si A memang dari awal kenal, berniat untuk terus jujur pada si B tapi saya halang sebab awalnya saya masih nak tengok layanan si A pada si B macam mana sebelum saya teruskan.

Kedua, point saya tentang saya ada income saya sendiri bukan bermaksud saya menidakkan hak nafkah si A kepada saya selepas berkahwin (kalau MENDAPAT KEIZINAN) tapi saya cuma bermaksud bukan duit yang saya fokus dari si A.

Urusan tuntutan hak harta sepencarian kami sudah bincangkan, saya tiada isu untuk perkara itu.

Ketiga, isu pencarian isteri ke 2 ni sebenarnya sudah beberapa kali dibincangkan oleh mereka cuma si B sudah beberapa kali mencari calon madu sendiri which is hasrat dan calon beliau ditolak si A sehingga pencarian itu dihentikan dalam setahun lepas.

Salahnya si A mencari calon sendiri dan berkenalan dengan saya tanpa pengetahuan si B. Dan salah satu reason kenapa saya teruskan kenal dengan si A walaupun sudah tahu dia suami orang.

Ada bukti yang dia tunjukkan perbualan WhatsApp, perbincangan mereka dan voice note dari si B untuk niat beliau mencari madu.

Jadi isu mencari isteri ke 2 ini memang dalam pertimbangan si B cuma pendapat mereka bercanggah dari segi cara pemilihan isteri ke 2. Yang saya risaukan si B tidak terima saya kerana saya bukan pilihan si B.

Keempat si A dan si B sudah pun kehilangan kedua2 ibu bapa mereka jadi isu tentang penerimaan keluarga si A tentang saya tiada masalah.

Kelima, untuk komen yang kami dah “sedap” adalah satu fitnah dan untuk komen itu saya tak maafkan. Kami berbeza negeri, dia di selatan dan saya di utara jadi saya tak pernah berjumpa dengan si A secara bersemuka.

Niat untuk berterus terang dengan si B dengan kadar yang segera walaupun tempoh perkenalan kami singkat adalah kerana saya perlukan keputusan untuk teruskan ataupun hentikan dan sebolehnya kami tak mahu berhubungan secara rahsia dalam tempoh waktu lama.

Tiada istilah terpaling suci untuk confession saya ini, saya sedar kesalahan saya dan semoga kata² kalian ini tidak berbalik kepada kalian ataupun ahli keluarga kalian.

Mungkin bukan kalian tapi jangan lupa kalian masih ada keluarga. Semoga kalian tidak diuji dengan ucapan kalian sendiri.

Diantara kalian ada komen2 dari kalangan yang saya kenal. Tapi percayalah kebanyakkan komen yang mengutuk adalah komen yang saya faham dan terima dengan ikhlas.

Untuk yang samakan saya dengan artis “hot” sekarang, bezanya saya berani untuk minta izin dan hubungan kami tidaklah sejauh itu lagi.

Melihat sejauh mana isu poligami ni diterima oleh kaum wanita sekarang terkadang saya terfikir seburuk itukah poligami di pandangan mata kalian.

Sebelum saya berkenalan dengan si A pandangan saya terhadap poligami tidaklah teruk, saya melihat sekeliling saya ada keluarga yang membesar sangat baik walaupun hidup dalam poligami.

Kita dibutakan dengan cerita lelaki yang tidak adil dan kurang agama dalam poligami sampai kita lupa yang masih ada lelaki yang mampu untuk galas tanggungjawab berpoligami dengan baik.

Betul, sebolehnya siapa sahaja wanita yang ingin berkongsi kasih tapi jagalah hati dan tutur kata kita bila bersuara ibarat makhluk (suami) ini hak mutlak kita sedangkan kita tahu makhluk adalah milik Penciptanya.

Sebab kamu urang dah kutuk banyak sangat, alang² tu saya bagi ceramah sekali. Tapi kalian semua suci, bukan penyondol.

Sekian terima kasih,

– Insan Lemah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

21 Comments

  1. dia kata dia blh terima nasihat dan makian, last2 kita dia ceramah??

    baiklah betina garikkkkk, semoga xde jodoh ngn laki org taaaaaaaaaaaapi, tapi.. tapi awk berjodoh and laki awak kena sondol. and awk pun ade problem mcm A jgk.. fair and square.. ko klu dh gatal puki bijik tu mmg org ckp ape pun xnk dengor.. ahhhh silakan.. bajet tersakiti.. acah murni.. yihhhhhh.. jijik

  2. Aku yang lelaki ni pun rasa jijik gila baca post ni. mintak jauhkanlah spesis penyondol dalam hidup aku. bagi aku isteri no2 ni hanya tempat untuk melepas nafsu liar… ape pun tak leh nak kata apa. sebab spesis sondol ni jenis tak makan saman hahaha.. yang sedap dalam kes ni Si A… haha A acah halim tapi nafsu liar

  3. aik KOMEN aku tak aprove ke hahaha. kee admin iium confess ni bini 2 jugak ?? hahaha memang dasar penyondollllllllllllllllllllll… sila MAMPUS KAU SPESIS PELACURR

  4. Do what u think BEST. Mohon pd Allah beri petunjuk. Bgn tahajjud, sbb DIA pegang hati setiap makhluk, termasuk hati awak, hati A & hati B. JANGAN minta pandangan dari makhluk, sbb mereka mempunyai persepsi mereka based on pengalamam mereka sis. Normally byk -ve dr +ve. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. If x boleh terima kecaman netizen, then jangan buat confession disini. Sbb pd sis, ‘knowing malaysian netizen’ , kita pun xnak mereka doakan perkara yang tak baik utk kita seandainya confession kita berbaur negative. Semoga berjaya dik.

  5. dah tu? dah tahu tak boleh berkongsi kasih kenapa nak buat jugak? eh eh pastu kita pulak yg kena jaga mulut ek. awak tu dah tahu tu laki orang, punya banyak planning2 nak buat. planning nak blah takde pulak dlm list ek? siap planning boek punya nak jadi bini kedua. kena ingat harini kita sedap menyondol hak orang, esok lusa. orang pulak sedap menyondol hak kita. time tu baru tersedor mcm mana rasanya disondol

  6. “tak pernah berjumpa secara bersemuka”…

    Wait! What??!

    bakal kene scam ko ni dek

    -bukan penyondol-

  7. Okay, boleh proceed. Saya doakan yang baik2 saja untuk awak, bakal suami dan bakal madu. Pandai2 bawa diri. Jangan burukkan nama isteri kedua….ni pesanan dari bekas isteri ke-empat. Kita happy je hidup bermadu. Org lain yang sakit hati :)

  8. U do u sis, as long tak bergelumang dosa. Paling penting jaga keselamatan dan maruah diri. Ramai bole terima laki kawen lain tapi naik baran bila perempuan ngaku nak laki dh kawen. Pakat buat lupa, AGAMA yang benarkan. Ulangan, AGAMA benarkan poligami. Salah agama, kot? Kena salahkan sekali lelaki yg miang gatal, jgn asyik nak salahkan sesama perempuan je..

  9. klw tt baca .. tolong jgn masuk sarang buaya.. nanti tt yg terluka… klw isteri 1 xsuke tt lepas suami die bg tau nk kawen tt baik jgn teruskan.. gaya mcm tt akan byk terluka nanti.. klw nekad juga suruh la laki tu apply poligami kat pejabat agama.. klw laki tu layak poligami.. si isteri tak boleh larang. tak perlu susahkan diri ambil hati isteri 1. patut suami die je pujuk dan terus pujuk sampai isteri die terima tt.. klw tt pujuk kut2 makin isteri tu xsuke tt. poligami tu indah klw suami pandai pimpin dan adil. tapi mostly xreti pimpin dan adil.
    klw tt syg sgt dan nekad sanggup harugi cabaran poligami teruskan la.. yg alami dan harugi nyer tt. bkn org tukang komen.

  10. Susah2 awak berkenalan la dgn isteri dia. Mudah2an isteri dia terbuka hati nak calonkan awak sebagai madu dia.

    Soal hati ni boleh diubah & berubah. Saya bercakap ikut pengalaman,bkn ikut sedap jari yg menaip ye. Pernah duduk dlm situasi ni yg mana saya tak tahu dia dh beristeri & kami pun tak pernah dating. Cuma pernah nampak muka & kenal. Dia cari contact no saya dari dia belum berkahwin tapi waktu tu saya tak layan(atas sbb saya tak kenal dia). Selepas tempoh yg agak lama tak berhubung, masa saya mula terima dia rupanya dia baru bernikah tapi masih cuba nak rapat dgn saya. Saya tinggalkan je terus bila tahu dia dah beristeri walaupun macam2 alasan dia bagi utk terus bersama dgn saya. Saya takde hutang apa dgn dia kenapa saya nak teruskan. Saya pun perempuan,saya faham perasaan isteri dia kalau duduk dalam situasi yg sama.

    Istikharahlah. Semoga dapat petunjuk yg baik.

  11. Sis, boleh kalo nak proceed, cuma nak nasihat… bila dh poligami, tiada keistimewaan isteri 1 atau 2. Selepas akad nikah je, 2 bni kena dilayan adil. Sya no.2, giliran selang seminggu. Turn di sana, saya rehat2 sajee… nk mkn, nk msak tak kisah. Sya archivekan no hp suami. KECUALI HIDUP ATAU MATI. Turn saya, no. 1 buat prkra yg sma. Itu prjanjian kami… holiday di sana, holiday jga di sini. Bagi sya, poligami ni sesuai unt prmpuan yg dah berusia 40 ke atas. Sbb lebih matang… tak adanya nak beelumba2 siapa paling bagus. Walau bagaimana pun, sya tetap tak kisah kalau suami lebihkan sikittttttt je yg sana. Sbb dia dah hidup bersama dri susah bwa ke senang. Jadi, kalau sis bukan seorang yg kuat jiwa dan perasaan, tak mampu maafkan org, sya rsa macam baik lupakan… org2 yg komen, sya rsa rata2 bwah 45 tahun. Apa salahnya terima dgn hati terbuka. Siapa yang nak beekongsi suami. Siapa yg bercita2 nk kawin suami org… Nak buat sesuatu yg besar dan tak ramai yg setuju, hati kena kental… tak perlu buat confession rasanya… 😅😅😅
    Selamat berbahagia sis.
    Abaikan typo, sebab sejak 14 tahun kawin, laki bagi makan ckup, jari gemukkkk.. 😆😆

  12. Jgn dik please la jgn kalo ko xnak nyesal se umor hidup. Sedap skjp je dik, wbhgia skjp je lagi2 ko dah buat rmh tgga berantakan. Iklas akak pesan. Cri yg bujang yg btul2 syg kan ko.dugaan lps kawen ni lagi maha dahsyat. Kalau ko dh jd no2 x mustahil akan ada no 3, 4. Laki ni mane pernah puas dg sorg. Xkesah la syg bnyk mana,semua tu kt mulut je. Mikir baik2 istikarah mtk dgn Allah. Ko cri prgai buruk kekasih kau tu,tny bini dia.ko rase blh hadap x,xkn la xde prgai buruk kan.

    Sekian dr akak yg berpengalaman

  13. Assalamualaikum sis.

    Nasihat saya tak payah la tulis confession lain kali. Tulis confession pun bukan nak dengar nasihat nurtizen. Siap salahkan nurtizen lagi. Kata boleh terima kritikan nasihat. 🥴 Simpan je dekat diri sendiri ya. Even me as a woman, I tak nak diduakan. Semoga dipermudahkan urusan dan hidup bermadu.

  14. Salam, may Allah grant us amongst the best of men to be our spouses.

    Yes, poligami digalakkan dan Sunnah. Cuma cinta tak menjaminkan kebahagiaan selamanya. Perasaan hati Allah yang pegang so seeloknya kita pilih suami yang righteous supaya kalau dia tak ada lagi cinta pada kita, dia tidak akan berlaku kasar terhadap kita.

    I am worried for you sister. Firstly, lelaki tersebut berhubungan dengan sis without the knowledge of wife pertama. Kalau poligami ni melibatkan banyak hak dan perasaan orang. Kalau benda kecik macam ni pun payah nak beritahu, adakah dia mampu berlaku adil terhadap isteri2 dia nanti?

    Secondly, kita orang Islam hanya beriman apabila kita mahukan orang Islam yang lain sama apa yang kita mahukan pada diri kita. Cuba letak diri sis dalam kaki isteri pertama, will you be happy if your husband senyap2 jumpa girl lain belakang dia – eventhough with intention of bermadu? Dont harm other sis, tak buahkan hasil nanti.

    Thirdly, memang sis nak mulakan hubungan pernikahan dan kekeluargaan dengan deception/penipuan dengan bakal madu sis? Sis lupa yang keluarga kecik si A dan si B adalah satu keluarga jugak – bukan takat mak bapak je. Anak2 dia macam mana and anak2 you macam mana? Please fikir yang nikah is not about you but is about the preservation of family.

    Fourthly and the most importantly, where is your Wali in all of this conversation? Only a man can see another’s man intention. And sekarang ni apa yang sis cakap tak boleh percaya sebab sis dikaburi dengan cinta. So redflag pun boleh jadi forest dekat fasa ni.

    May Allah aid you and guide you to the correct path and man.

    Thank you.

  15. lahh kena ceramah pulak last2 haha. saya ada mak tiri. last2 ayah saya ceraikan mak tiri saya dan berbalik kepada mak saya. mak tiri saya baik, tapi lagi baik mak saya sampai ayah saya tak boleh kehilangan dia. now mak tiri saya dah kahwin lain, dan lebih bahagia kahwin dengan BUKAN LAKI ORANG. Bertaubat lah sis. Buat solat istikharah. minta sungguh2 Allah bagi jalan. Kalau betul dgn menjadi isteri kedua tu jalannya, mesti Allah permudahkan. Kalau awak rasa susah, move on lah sis. Cari laki bujang.

  16. Laki tu dah elok cakap nak bagitau bini dia awal2, dah kenapa sis pulak tak bagi, dengan alasan nak tengok macam mana dia layan bini dia pulak tu, tak faham betul. Berdasarkan apa yang saya perhatikan dari keluarga, kawan dan orang2 sekeliling saya, yang no 2 ni sebelum kahwin memang beria cakap nak tumpang kasih sikit la, tak balik selalu pun takpe la, dah kawen lain pulak jadinya, awal2 sabar, pastu buat mcm2 supaya dia yg dilebihkan, merungut ada duit sendiri tapi nak jugak rasa suami spend duit kat dia, rasa tak adil la suami layan yang sana lebih, and so on and so on and so on. Tak kata kat sis, just share observation. And mcm org lain cakap, topic ni topic yang akan trigger ramai isteri dan anak2 yg jadi mangsa dek kerana suami dan ayah yang berpoligami tapi tak tunaikan hak zahir dan batin sebaiknya. Jadi kalau tak dapat satu pun komen yang murni atau kena maki apa sis nak hairan, dah jolok sarang tebuan kan, mmg habuan la. Kenapa nak terasa sampai ceramah balik org. Tak kata yg maki tu betul, tapi sendiri yg letak diri dlm keadaan ni dan mengundang makian. Kalau hati dah tetap nak jugak laki orang tu, tak payah confess sini minta pendapat nak lembutkan hati isteri dia untuk terima sis jadi no 2. Terus gi jumpa bini dia, do or die. Kalau tak diterima, move on. The end.

  17. Sy ade makcik yg bini no 2… Dulu dia mcm gni la bicaranya bila adik bradik menentang dia nak jd bini no 2… Skrg dah 15thn dah… Ape dia dpt? Laki dtg kejap2 utk celop2 je… Duit nafkah dpt tp xcukup makcik sy kene keje tambah… Tiap2 bulan confirm muka dia dtg umah nak pinjam duit… Harta jgn ckp, laki dia mati confirm dia xdpt ape2 sbb semua dah dinamakan atas nama bini no 1… Fikir la ms2 time bercinta semua indah, bila dah kawen bru tau langit tinggi ke rendah… Sy harap awk xjd mcm makcik sy yg hanya jd tempat celop2 je…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *