Bakal Menjadi Isteri Ke-2

Assalamualaikum semua. First sekali kalau yang dah baca tajuk tu mesti pakat kutuk saya dah.

Keluarkan kata² yang baik dan semoga yang baik² jugak berbalik kepada anda semua. Dan untuk sebarang komen negative saya faham, dan maafkan awal².

Pertama sekali coretan ni saya tulis untuk mintak pendapatan readers dekat sini sebab mostly ramai yang dah kawin tentang, apa cara terbaik untuk saya pujuk bakal madu saya supaya dapat terima saya sebagai yang ke 2?

Saya kenal dengan lelaki A at first tanpa tahu status sebenar dia, kami start rapat bersembang dalam masa seminggu dan kami cepat “klik”

Selepas seminggu then saya baru tergerak hati nak tanya pasal status dia then dia jujur dia suami orang.

Si A memang bagitau tentang niat dia mencari yang ke 2 bersebab, which is sebab yang diberitahu bagi saya valid dan saya faham.

Coretan ni bukan lah nak justify perbuatan saya yang dah jatuh cinta dekat suami orang. Saya terima if anyone nak mengutuk sebab saya tahu takde perempuan yang akan sokong pasal isu ni.

If ada yang tanya kenapa tak pilih yang bujang? Sebab hati saya pilih dia. Jawapan ni memang cliche tapi takdir.

Saya pun tak pernah terdetik dari awal untuk jatuh cinta dengan suami orang tapi siapa kita untuk lawan takdir. Again, saya tahu saya salah.

Berbalik kepada point asal coretan ini, saya sekarang dalam proses untuk cari masa yang sesuai untuk bertemu muka dan jujur dengan isteri si A. Insha’Allah dalam masa yang terdekat.

Cuma, saya tertanya² kalau lah permintaan saya ditolak oleh isteri beliau, apa yang patut saya buat untuk pujuk dan lembutkan hati isteri si A.

Kalau ada readers yang berlapang dada dan boleh memberikan pandangan tentang perkara ni, bolehlah drop komen untuk mudahkan urusan saya.

Untuk yang tertanya2 tentang kemampuan si A, insha’Allah saya tahu dia mampu. Dan saya pun bekerja untuk diri saya sendiri.

Beliau bukan kaki pukul, sejenis yang boleh diajak berbincang, tahu agama, dan belum pernah lagi saya dengar perkara tak baik keluar tentang isteri beliau kepada saya.

Setakat ni itu sahaja dari saya, semoga ada yang boleh saya kutip dan apply dari komen² kalian nanti.

Terima kasih.

– Insan Lemah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

21 Comments

  1. saya taknak comment part macam mana nak lembutkan hati isteri 1st untuk terima awak. & saya jugak tak berminat nak comment tentang awak yg dah jatuh cinta dgn suami org. tapi ada satu point awak yg saya rasa nak counter sikit.

    1. awak kata dia “lelaki yg baik, mampu adil dsb.”, kalau betul dia lelaki yg baik and kalau betul lah memang wife dia problem (saya assume maybe pasangan ni belum ada rezeki anak), saya yakin dan percaya suami yg baik kalau betul dia memang dah pasang niat nak cari 2nd wife atas factor lain yg involve first wife, dia mesti dah mintak izin awal2. dah suarakan concern dan pendapat dia. bukannya bila dah menggeletis dan layanannya pon disambut baru tiberrr kata ”oh saya memang ada niat nak cari number 2”.

    2. apa awak perlu buat kalau 1st wife tak dilembutkan hati? move on sis. Allah knows what you know not. Kalau dah memang jodoh akan kahwin jugak kan? kalau dah bukan, teruskan je la hidup macam biasa.

    Sekian, tutup salam.

  2. Salam,
    Kalau dia dah ready nak kawin no 2 biar dia yang uruskan bini dia. Tak perlu pun awak jumpa bini dia. Tak salah pun jatuh cinta sebab perasaan tu dari Allah, Btw tak perlu pun izin isteri kalau lelaki nak kawin lebih dari satu. Bagi tahu as courtesy saja. Saya tak galakkan tapi saya juga tidak menidakkan ketentuan Allah. Apapun semua kat dunia ni hanyalah pinjaman.

  3. Cliche la klau ramai yg komen ‘negatif’ tu kan.. sya bknla nk ‘menyokong’ awak, lgi pon awk kta, at first mmg x tahu dia dh kawen kan.. tp sbb awk kta nk tnya pendapat, mcmne klau awk nk teruskn juga hubungan tu kan, so kita ikut tajuk la, bkn ikut emosi ye..? Firstly wife dia tau ke yg husband dia nk kawin satu lg.. sbg sorang yg ‘gentleman’ hubby dia la yg kna mula tnya or cerita, xkan la awk yg mula2 nk bukak ‘bicara’, mmg la x sesuai.. so, klau la wife dia setuju, plus dgn ‘reason’ yg kuat spt yg awk nyatakn itu, jln awk n hubby dia mngkin akn jdi lebih ‘mudah’.. so, klau dah ada ‘consent’ dr wife dia, awk kna la ‘bersyukur’ kod Tuhan n berterimakasih dgn wife dia, at the same time, kena lsh bnyak ‘beralah’ ckit, of coz husband dua mngkin nk amk hati n pujuk dia jugak, kan..? But, if the wife ‘menentang’ habis2an dgn kputusan itu, then it’s rough road for both of u n your bf.. it’s either u back off with d idea or wait longer until the wife setuju, but if u all still teruskn, so kmi ucapkan “selamat maju jaya” lah, untong sabut timbul, untong batu, tenggelam.. wallahua’lam.., jgn kecam sya plak, itu sekadar pendapat shj, yek.. hihi..

  4. Saya doakan yg baik2…semoga ditakdirkan madu ke3 secepat yg mungkin. Bakal suami awak kan lelaki yg baik, mampu & adil jadi haruslah dikongsi dgn seramai isteri yg boleh

  5. NO jgn jd 2nd wife, kalau nk kawen laki org better jd 3rd or 4th wife. ko suh laki tu kawen org lain dulu setahun bior semua masalah pegi kat pompuan tu baru ko kawen jd 3rd or da cerai 2nd ko jd 2nd plak.

    kalau ikut step tu ko tak kena hina dan maki, semua makian tu pegi kat laki ko sebb org tuduh laki ko gatal. No 2 ni baik camna pon tetap setan dimata semua org. Sampai kiamat kena hina maki hamun. Jd yg 3 or 4 semua hinaan dan cacian da kurang sebb org sibuk padan muka no2.

    Ni hasil kajian aku.

  6. Seperti yg Zz dan Akak, saya setuju sangat2. Jika isunya adalah mandul, kalau betul and tested yang isteri 1st dia yang problem. Should be no problem for him untuk mintak izin kawin lain.

    Kalau ada masalah lain pon sepatutnya dia yang uruskan bagitahu isteri 1st dia dan mintak izin. Kalau benda simple macam tu pon dia tak mampu buat, dia penakut dan tak mampu pon nak berlaku adil.

    Adil ni bukannya bab nafkah zahir je. Batin pon kena ambil peranan. Nafkah batin ni bukannya bersama je, perasaan dan mental pon batin juga.

    Kalau dia tak nak bagitahu 1st wife dia, dia just nak bersoronok je dengan awak. Benda haram is sweet.

  7. Tak yah tanya pendapat la dik, terus je jumpa wife dia tu. Kau takkan dengar nasihat orang pon. Betul? Sebab, aku yakin, kalau kau orang yg mendengar nasihat, dari awal kau takkan teruskan hubungan ni. Posting ni sejam je mengundang 300++ komen yg mostly kecam kau. Kau pon dah maafkan orang yg kecam kau kan. Jadi teruskan jela apa kau nak buat. Kau yg pilih bahagia dan derita hidup kau sendiri. Tak da kaitan dengan pendapat nurtizen kat sini.

  8. Undur diri plis. Tahu tak betapa sakitnya jiwa bila ada yg lain selain kita. Tolong la jgn la kacau rumahtangga mereka. Goyang mcm mana pun rumah tangga tu jgn laa sesekali menjadikan diri tu salah seorg yg menyakiti hati yg lain. Walaupun pada awalnya tidak tahu akan status laki tersebut. Cari lag yg lain. Bukan muda hidup bermadu. Akan ada hati yg tersakiti.

  9. Sy juga pernah suka suami org dan masih suka suami org tersebut wpun sy dah kawin dgn llki lain. Hubungan sy dgn suami org itu selama 12tahun sblm sy kawin dgn llki lain. Sy nak sgt kawin dgn suami org tu, tp sy xsggup nak hancurkan hati isteri dan anak2 dia.

    Sy xmnyesal xkawen dgn dia walaupun sy rasa sy mampu hadapi apa jua cabaran, dugaan dan tomahan. Biarlah sy dan dia simpan rasa syg ni diam2 jauh dlm hati kami. Asalkan tiada y terluka. Asalkan kami xkecewakan byk hati lain. Xsggup rasanya walau sekadar nak bersua apatah lg meminta izin dr isterinya. Sy rela korbankan keinginan dan prasaan asalkan tiada hati y lebih berhak terluka kerana kesilapan kami berdua jatuh cinta. 12tahun itu sudah terlalu lama, cukup2lah menipu.

    Xsalah jadi isteri ke2, xsalah bermadu. Tp nnt jgn jd tamak dan xsedar diri. Berlapang dada lah dalam menerima segala kekurangan y mungkin lebih lengkap sekiranya berkahwin dgn lelaki bujang.

    Andai betul2 tekad dan sudah bulat hati dalam keputusan utk menjadi y kedua, berdoa lah byk2. Berusahalah, tp berusahalah dgn bermaruah. Jgn pilih jalan singkat.

    Semoga bahagia walau apa pun pilihan y awak selepas ini. Allah tau apa y terbaik utk hambanya.

    Buat baik, allah bagi yang baik juga

    • Ewww masih suka suami org? Habistu kahwin dgn suami skrg buat apa? Sambil bayangkan bekas kekasih ke?

  10. Kena sanggup berkorban. Masa, tenaga dan wang ringgit. Tidak ada masalah sangat kalau awak mampu berdikari. Dalam erti kata lain kalau suami memberi sumbangan kecil sahaja dalam kehidupan awal dan anak awak sekiranya ada awak meneruskan kehidupan. Contoh awak mampu ada kenderaan sendiri ,rumah sendiri penjagaan anak sendiri makan pakai anak sendiri. Satu lagi yang penting awak tak boleh minta sama banyak dengan yang pertama ada. Sebab awak tahu lelaki sudah ada isteri. Sekiranya dia tidak mengambil apa apa yang awak ada untuk kepentingan isteri pertama atau kesenangan suami. Itu dah memadai. Satu lagi masalah isteri pertama itu hal suami bukan hal awak . Sekian

  11. Istikharah.. Betul ke ini semua taqdir Allah atau nafsu semata2.. Jaga ikhtilat. Klu lelaki A tu seorang yg baik, dia akan mnta isteri dia approach awk bukan nye Sama2 Saling meluahkn rasa.. Normal seorang lelaki meminati seorang perempuan dan begitu jgk dgn perempuan.. Tp utk perhubungan antara lki n pm puan, islam dah letak kn guideline, jaga hubungan(ikhtilat), klu suka cari orang tgh, then seterusnya.. Klu awk dgn lelaki A tu sdg berkwn seperti ini, si isteri akn rasa dikhianati dan awk rasa dia akn redha ke dgn perkara yg akn berlaku? Awk Kwn dgn suami org dgn wujudnya perasaan lain tu dah kira x menjaga ikhtilat.. Poligami x salah tapi bagaimana ia mula yg mnntukan kehidupan selepas itu.. Klu mula dgn baik, insha Allah baik..

  12. My uncle ada 2 bini and dua² duduk serumah. Kehidupan dorg aman harmoni sampai anak² dah besar..i tak tau apa rahsia dia and tak pernah tanya..haha. In my family, of course ada yg tak suka dgn 2nd wife tapi for me mesti ada sebab uncle kawen dgn dia..his 1st wife pun tak merentan, kenapa kita org luar pulak yg nak melebih yg penting adil & cukup serba serbi juga keredhaan masing² menerima takdir. I tak sokong poligami tp selalu pesan pd diri apapun yg ada kat dunia ni hanya pinjaman dr Allah, bukan hak milik kekal kita. For confessor, fikir masak² sblm buat keputusan..mungkin akan ada byk cons dpd pros & if you stick wt your decision to get that married guy, persiapkan mental & fizikal you sekuatnya..good luck!

  13. Tolong pikir balik sis. Kalau sis rasa sis mampu selesaikan masalah isteri first tu dgn kawin dgn laki dia, sis salah. Contoh isu dia nak kawin kedua sbb takda zuriat lg, betapa yakinnya sis yg sis akan beri dia zuriat? Kalau dibuatnya laki yg tak subur, dan sis taktau, nnt dia akan kawin ketiga pulak la?;dan sis yakin boleh bg dia zuriat? Kalau isu sperti kurang layanan, konfirm tu cerita sbelah pihak je. Laki yang baik dia tak cri isteri kedua dgn cara mggatal mgorat sana sini mgaku bujang pancing gadis2 mggeletis. Dia akan guna wife dia untuk wife sndiri carikn adik madu dia.

  14. suruh lelaki tu settle dengan wife dia, wife setuju proceed, tak setuju move on, jangan sebab kita musnah masjid orang sis. bye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *