Terima kasih untuk admin yang tersayang lagi dicintai, Aku harap sangat admin dapat post part 2 ni. Kalau tak aku spam kt inbox korang.
Sebenarnya ni post yang ketiga aku tulis lepas Bakal Mertua Tak Restu yang awal dulu. Mungkin tapisan dari admin sendiri tapi takpe sebab aku berharap sangat yang post kali ni dapat disiarkan.
Macam mana yang aku pernah tulis minggu lepas, aku akan update tentang hal aku dengan si Ayu.
08.07.2017
Antara tarikh keramat dalam hidup aku dan aku ingat sampai bila-bila. Sebelum tu aku nak perjelaskan beberapa perkara supaya takde salah faham di kalangan pembaca-pembaca kat sini. Aku dan Ayu sememangnya tiada masalah langsung dalam hubungan ini, tapi apakan daya. Ayu seorang anak perempuan yang baik, yang dijaga dari kecil oleh mak ayah dan aku tau keputusan yang dia buat amat menyakitkan. Aku pasti apa yang aku rasa Ayu akan rasa lagi sakit. Pilih lelaki yang dicintai atau keluarga yang menjaga dari kecik. Terus terang aku cakap, aku tak mampu nak salahkan Ayu 100% dalam hal ni sebab kalau aku dalam situasi dia, aku tetap aku buat perkara yang sama.
Berkenaan komen-komen yang mengatakan mak ayah Ayu adalah individu yang pentingkan diri, anak perempuan macam mana pun tetap akan ikut suami. Aku tak pasti samada nak setuju atau tak. Ayu ada 9 orang adik beradik, dan 4 dari mereka dah kahwin. Adik beradik yang dah kawin semuanya mendapat pendidikan yang tinggi, dan yang menakjubkan kesemua mereka yang dah berkahwin tinggal berdekatan dengan rumah mak ayah aku. Mungkin berkat doa mak ayah dia, yang nak anak-anak sentiasa berada di depan mata, doakan anak-anak mereka supaya dapat jodoh yang dekat-dekat. Alhamdulillah termakbul semuanya. Jadi mana mungkin kalau adik-beradik lain mampu ikut hajat mak ayah, Ayu sorang je yang pilih untuk berkahwin lelaki yang luar dari Selangor.
Kemudian ada komen mengatakan bahawa Ayu memang dah berkenaan dengan pilihan maknya (rujuk episod pertama), dan cume pergunakan nama mak ayah dia untuk putuskan hubungan ini, aku boleh katakan bahawa perkara ni mustahil. Cukuplah sekadar aku bagitau yang aku dan Ayu sangat menyayangi dia dan tak mungkin Ayu akan berpaling tadah macam tu je. Samada korang nak percaya atau tak terpulang. Ayu tak mungkin sama sekali akan buat macam tu sebab aku tau cinta dia ikhlas seperti mana cinta aku juga. Aku berkenalan dengan Ayu pun sebab niat aku untuk menjadikan dia permaisuri dalam hidup ni, melengkapi segala kekurangan yang ada dan sebagai peneman aku dunia dan akhirat. Sori kalau ayat aku nampak jiwang+gedik+annoying macam ni. Untuk seorang laki yang kasar dan sentiasa cakap lepas, aku pun kadang-kadang tertawa bila baca confession pertama yang aku tulis. Anggap la Ayu sebagai Pro yang sentiasa mengimbangi setiap Con yang ada pada aku. ” Belum kawin boleh cakap la Man, manis sana sini bulan bintang sini mari. Nanti kau dah kawin berubah jugak”. Laa, kenape perlu ada mindset macam tu? Memang wajib lepas kawin perangai kene berubah terus ke. Aku menaip ni sambil tahan je nak maki dengan makhluk-makhluk berkepala hotak yang berfikir macam tu.
Baik maaf, aku sopan-sopan je menaip kali ni walaupon IRL aku tak macam ni sangat sebab page ni ramai mak-mak ayah-ayah yang join. Kot-kot ada yang berkenan dengan aku dan mampu terime aku seadanya. Kah!
Kite sambung lagi. Hal berkaitan aku terlalu memuji Ayu yang pandai serba serbi ( memasak, jaga orang tua, menjahit dan macam-macam lagi). Ada yang cakap betul ke Ayu yang buat, kot dia suruh mak dia buat semua mende yang dia tinggal ambil gambar je untuk tunjukkan. Ok akak-akak abang-abang sekalian aku tak tahu macam mane aku nak buktikan pada korang sume agar percaya, tapi tak untung pun aku menipu. Ada ke untung menipu macam tu? Ayu untung ke menipu aku semua tu? Ayu tak pernah pun tunjuk yang dia buat semua menda tu, takde masa aih amik gambar bagai semua,bukan macam bini kau. Masak meggi ketam pon sebok canang kat fb tuh. Cume aku tau dari setiap perbualan kiteorang. Hello, aku pernah pergi rumah dia kot, masak depan mata aku ( lepak kat dapur dengan ayah dia ). Bab menjahit pernah la sekali aku antar 2 pasang baju untung dia buatkan. Alhamudulillah mak aku berkenan betul dengan cara jahitan dia. Bab-bab lain kalau taknak percaya sudah, aku pun tak tahu nak cakap macam mana lagi.
Seterusnya point yang paling banyak aku nampak pengomen-pengomen semua highlight, pasal fizikal badan aku. Beauty and The Beast. Aku hensem kot, cume sebab gemok je. Aku gemok bertambah-tambah macam ni sebab duduk dengan mak. Tak percaya aku hensem? Lantak kau peduli apa aku, cerita aku suka hati aku la nak puji diri sendiri. Jadi tuan-tuan dan puan-puan, bukannya aku taknak kuruskan badan cume motivasi nak buat tu tak sampai lagi. Kau bayangkan Ayu sanggup terima aku dengan seikhlas hati dengan saiz yang macam ni ( sekarang 46, awal kenal dulu 42 je ). Ayu muncul di saat-saat aku betul-betul nak kurus, sebab aku rase susah betul nak mengorat perempuan sebab saiz badan besar macam ni, Jadi sebelum aku ke gym aku saje- saje borak dengan kawan tempat kerja lama tu, ade tak kawan-kawan yang single dan nak kenenkan dengan aku. Long story short, bercinta la aku dengan Ayu. Aku pun sedar, walaupon Ayu terime aku seadanya, aku tetap kene pikir pasal dia, aku mesti jugak kene kurus. Yelah nak kawin nanti nak simple-simple je pakaian. Aku nak pakai jubah, tapi kalau dah gemok macam ni, Kalau dah duduk tak bangun dah aku. Adik beradik Ayu dan ipar-ipar Ayu bukannya semua cantik macam Ayu, bukan takde langsung, ade jugak tapi kahwin jugak diorang, Justeru itu memang aku menyangkal dengan sekerasnya bahawa mak ayah Ayu tolak aku sebab paras fizikal.
Jadi aku rase cukuplah point-point yang aku dah tulis, sebab banyak sangat komen. Aku ni melayu kot, ingat rajin sangat baca-baca ni. Sebab tu siapa-siapa yang baca cerite aku ni dah siap sudi berikan komen, nasihat, kata-kata semangat. Terima kasih sangat- sangat, aku memang salute korang. Kalau ada yang dah bace sampai ke perenggan ni, mesti pikir confession part 1 tu rekaan semata-mata sebab ayat aku yang sekarang ni nampak tenang, acah-acah nak buat kelakar. Bukan rekaan ye tuan-tuan puan-puan. Cume hati ni dah boleh terime hakikat, hati ni dah perlahan-redha atas ape yang berlaku antara aku dan Ayu. Terime kasih jugak pada korang yang komen pada part 1 dulu. Korang la antara sumber kekuatan aku, untuk buat aku mampu lagi kisah sambungan dari yang lepas. Hati abang tak kuat awak, jangan la komen jodoh-jodoh ni. Walaupon abang baru putus cinta, tak bermaksud abang tak berminat nak lari lain. Cume awal lagi. bagi la abang buang kenangan ni jauh-jauh. Pape roger je nanti. InsyaAllah mak abang terus ke rumah mak awak bersama sebentuk cincin sebagai tanda.
08.07.2017
Selepas aku menulis confession yang pertama, aku terus cakap dengan Ayu yang aku betul-betul nak jumpe dengan mak ayah dia, Bagi peluang pada aku untuk perjelaskan keadaan. Tak adil bagi aku kalau segalanya tamat tanpa aku bersuara, tanpa aku berjuang hingga ke akhirnya. Aku cube kol mak ayah Ayu, tapi satu pon kol aku tak dilayan. Jadi sebab tu aku bersungguh untuk berjumpa, bersemuka 4 mata dan berbincang pasal ni. Demi Allah aku takde niat nak pisahkan Ayu dengan keluarga dia, Aku langsung takde niat yang macam tu. Sebab tu bile Ayu cakap nak cari kerja kt Melake ikut akak dia bile lepas dia abis studi nnt, aku tak bagi. Aku suruh jugak dia cari kerja yang dekat-dekat dengan rumah. Aku taknak Ayu jauh sangat dengan mak ayah dia, cukuplah dia dah jauh waktu studi kat Penang dulu. Ada yang cakap ‘mak bapak Ayu tu jage diri kecik, xkan lepas abis belajar terus nak ajak kawin, bagi la berjasa balas budi mak ayah tu dulu.’ Akak, aku da tulis kat confession yang pertama, aku cume nak bertunang dulu dengan Ayu lepas abis studi. aku nak ikat setahun dengan Ayu, aku nak bagi dia peluang bekerja dulu, berbakti dulu pada mak ayah. Jadi tolong la jangan cakap yang aku nak rampas kasih sayang mak ayah dia.
Esoknye aku tanya Ayu, dia dah bagitau belum pasal aku nak berjumpe dengan orang tua dia pada sabtu lepas. Ayu diam lame, dia mintak maaf sekali lagi, dia dah cakap elok-elok dengan mak dia tapi mak dia masih sama. Mak dia tak izinkan aku datangkan aku ke rumah, sebab kalau aku datang pon takkan ubah apa-apa, mak dia masih dengan keputusan yang sama. NAK JODOHKAN AYU DENGAN ORANG YANG DEKAT-DEKAT.
Hati aku sakit, sedih, kosong, rase nak muntah lepas Ayu bagi jawapan macam tu, kepale otak aku dah tak boleh berfikir, Kemudian aku cakap kat Ayu. macam mane dengan ayah? ayah dah tau aku nak datang atau setakat dia bagitau mak dia je dulu. Ayu cakap belom bagitau ayah,sebab dia takut. Aku puas slow talk dengan Ayu untuk dia bagitau jugak pada ayah dia. Aku berharap dapat cakap dengan ayah dia sebab mungkin cara orang lelaki berfikir lain sikit. Ya, ayah Ayu lah harapan terakhir aku, harapan untuk aku teruskan hidup dengan Ayu. Malam tu sekali lagi hati, jantung aku bagai ditusuk bertalu-talu dengan anak panah kecewa.Ayah Ayu pon berpendirian yang sama seperti maknya. Dia langsung tak bagi aku datang ke rumah, dia taknak langsung tengok muke aku. Malam tu aku tewas, aku tewas setewasnya. Macam Brazil kene bantai dengan German 8-1 time world cup dulu. Aku memang terus tak nampak sinar harapan. Aku nak mencarut tapi tak terluah, aku nak menangis tapi takde ape yang mengalir. Ape yang aku mampu buat? Aku taip hahaha panjang2 kat msg pada Ayu, sampai henset aku hang. Lame pulak tu hang,padan muke aku, bile dah restart balik phone banyak miskol dari Ayu, dia marah tanye kenape tutup phone, dia cakap jangan buat mende bukan. Aku syak dia pikir aku nak bunuh diri. Kalau la dia tahu cerite sebenar. Bende ni betul aku tak tipu, kau tau tak sakit hati dia macam mane phone tibe2 hang time saat2 macam tu. Ayu pun puas mintak maaf malam tu. Dia banyak salahkan diri, dia cakap sebab dia yang tak berani melawan, kiteorang jadi macam ni. Aku tak tahu ape respon yang nak bagi. Tapi sebab sebagai manusia yang masih belom menerima hakikat, aku tak habis2 salahkan mak ayah dia malam tu. Macam-macam hujah aku cakap, sampai la Ayu tak tahu nak cakap ape lagi. Then kiteorang pon stop msg untuk malam tu.
Khamis malam, lepas balik baca yassin malam tu. aku mesej aku. Aku cakap yang aku nak jumpe dia buat kali terakhir. Ya, pada 08.07.2017, pada tarikh yang patut aku pergi hadap dengan orang tua dia. Tapi apakan daya, orang tua dia dah taknak tengok muke aku ni. Lame Ayu pikir, dan Ayu malu nak jumpe aku. Sebab dia selalu salahkan diri, puas aku pujuk Ayu. Aku nak sangat jumpe Ayu kali terakhir. Aku berkenalan dengan Ayu dengan cara baik, dan biarlah aku berpisah dengan dia dengan cara baik. Supaya takde dendam antara kami. Ayu bersetuju dan malam tu abiskan sisa-sisa malam dengan membaca semua mesej dari awal kami kenal. Aku simpan dari mesej dari awal kiteorang sampai sekarang, nyaris hang lagi phone sebab banyak sangat kene scroll.
08.07.2017
Pagi sabtu tu lepas subuh aku tak tidur macam yang biase aku buat pada hari cuti sebelum ni. Aku da siap packing barang ape yang patut sebab aku nak bermalam kt sana. Bukan rumah Ayu, gile kau orang jumpe muke pon taknak takkan nak tido rumah diorang pulak. Aku kalau ke Selangor tu aku ade port hotel yang selalu aku bermalam, bercadang juga nak lepak dengan kawan-kawan tempat kerja lama malam tu. Aku sampai di Selangor dalam pukul 2, dan dah berjanji nak jumpe Ayu tempat biase kami berjumpe kalau aku datang ke sana. Sejam aku tunggu Ayu, tak pernah dia lambat macam tu. Dalam pale otak aku fikir Ayu betul-betul taknak jumpe aku. Kire-kire dekat 10 batang rokok abis. Aku nampak kelibat Ayu dan dia lambaikan tangan kat aku. Hati aku berbunga kembali walaupon rase sedih tu tetap ada. Aku terus masuk kereta dan tunggu Ayu. 1st time Ayu datang sorang-sorang jumpa aku. Sebelum ni mesti ade kakak dia yang sekarang dah keje kat Melaka atau adik dia yang teman. Aku tau aku pentingkan diri waktu tu sebab tak mintak izin dengan mak ayah dia macam yang selalu aku buat kalau ajak Ayu berjumpa.
Sebaik Ayu masuk dalam kereta, aku mati kata-kata. Aku cume senyum dan tegur Ayu macam biase. Tak sampai 10 saat, Ayu menangis tak berhenti. Aku pun tak tahu nak buat ape, mane pernah budak ni menangis depan aku. Ni kalau orang luar nampak dah ingat aku buat bukan-bukan. Berkali jugak aku pujuk, Ayu tetap sama dan aku masih sama mati kutu. Aku pun keluar kerete untuk bakar lagi sebatang rokok. Dalam masa yang sama, aku intai-intai dah tengok dia berenti ke belom. Aku nampak slow-slow Ayu lap air mata, kire ok dah kot. Aku masuk kete balik tanpa cakap apa-apa dan bawa dia ke taman area2 rumah dia jugak. Aku bagi Ayu jalan dulu untuk pilih tempat duduk. Aku slow-slow follow dari belakang, dari belakang pun cantik pompuan ni. Allahu, semua ni pandangan syaitan, yang cube menggoda aku di saat iman aku tengah rapuh.
So Ayu pilih tempat orang banyak lalu lalang, geram jugak aku waktu tu, camne nak borak kalau orang madah lalu je kat situ. Tapi laki kan, aku kan cool, hati aku pon dah mule terime hakikat yang pertemuan terakhir kami. Soalan-soalan yang aku tanye time tu, walaupon sebelum ni dia dah cakap dalam phone dan mesej.
1. Bila mak ayah dia start cakap pasal hal ni. (suruh putuskan hubungan)
2. Betul ke dalam hati dia dah ade orang lain selain aku. ( pasal mak dia ada nak kenenkan aritu)
3. Sebab aku gemok ke mak ayah dia betul taknak kat aku.
Ternyata, memang alasan yang paling kukuh untuk mak ayah dia suruh putuskan hubungan ini sebab aku orang luar, jauh dari pandangan mata diorang misal kata kami berkahwin nanti. Kemudian aku pun ajak dia berborak pasal mende lain. Bla bla bla, ade jugak aku berlawak bawak unsur-unsur pasal kiteorang kene putus ni. Makin berborak dengan dia makin hati aku lebih tenang dan relek. Makin hati ni lebih redha dengan perpisahan ini. Terime kasih Ayu, untuk tempoh beberapa tahun ni, bagi peluang abg untuk rasa bahagia, bagi peluang kat abg untuk mencintai Ayu, buatkan abg rase dihargai, Ayu marah abg bile dengar abg batuk, sebab Ayu tau abg banyak isap rokok. Ayu tegur abg sebab selalu tido lewat sebab Ayu tau abg hantu game. Dan banyak lagi segala kenangan-kenangan kite. Mungkin orang kata manis tu cinta sampai tak nampak segala kelemahan. Tapi Ayu, abg memang tak pernah nampak kelemahan Ayu selain menjadi anak yang baik dan tak pandai langsung melawan mak ayah.
Ayu terime kesemua, segala kelemahan diri abg dan Ayu tak pernah sekali pun ungkit pasal hal ni, Walaupon time kite ada salah faham. So gais, mungkin penulisan aku kali ini kurang rase feel berbanding episod yang pertama, Mungkin ade lawak try hard yang tak menjadi. Mungkin rase nak muntah sebab acah-acah sweet macam perenggan kat atas ni. Jangan nak komen ‘bahagiakan mak bapak dulu la baru bercinta ape semua ni, berkat mak ayah berkat la hidup ni’. Takkan aku nak cerite semua menda, kang dah jadi tajuk lain. Baik aku menulis novel. Oh btw aku ade perasan 1 komen yang kemain panjang berjela last-last suruh passing no Ayu kat dia sebab dia duduk Kajang. Baaanyak lawa muka kau , cari orang lain la duhh, sabar je aku baca komen kau tu. Hahahahah ( gelak pakse)
Ok la, secara kesimpulannya, hubungan aku dan Ayu dah berakhir. Ingat ‘redha mak bapak tu redha dunia akhirat, kalau suke cinta pon takde redha tak berkat hidup ni’ ( aku yang acah-acah nak bagi nasihat). Anyway aku sekarang dah lebih tenang (berapa kali nak mention ntah) . Aku dan Ayu buat keputusan untuk berkawan dan tentunya aku takkan mesej dia lepas ni kalau takde bende penting, Memang takde la kot, Lain la Ayu, kot-kot nak bagitau aku dah ade rombongan meminang sampai ke. Duhh , down balik jugak aku macam ni.Itu saja gais. Sorry untuk yang lame tunggu dan yang mengharap plot twist ni. Aku pon berharap yang sama tapi malangnya ape kan daya.
Untuk awak-awak, abg da single, dah ready kawin tahun depan. Tapi hantaran abg nak bagi 8k je sebab lepas kawin banyak mende kite boleh buat. Ape-ape roger la, nanti abg berkenan abg add kalau ade yang komen #brocuba.
Assalamualaikum.
– Azman Iskandar
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit