Bakal Mertua Tidak Suka Saya?

Saya berasal dari Borneo, bekerja dalam sektor swasta. Saya berasal dari keluarga yang sederhana tetapi sentiasa cukup pakai minum.

Saya sudah bercinta memasuki 3 tahun dan bercadang untuk ke fasa seterusnya bersama teman lelaki aka ‘boyfriend’ yang saya cintainya.

Apa yang saya hendak saya ceritakan di sini ialah bukan mengenai keluarga saya, tetapi keluarga teman lelaki saya aka ‘my future family’. ‘Boyfriend’ saya mempunyai 5 orang adik beradik, dan dia merupakan anak ke-3.

Ibu dan ayah dia merupakan kakitangan kerajaan dan ayah beliau sudah hampir 5 tahun berpencen. Hujung tahun lepas, ayahnya di panggil tuhan.

Saya dan ‘boyfriend’ bercadang untuk bertunang pada tahun hadapan dan berkahwin setahun selepas itu. Ya seperti umum tahu, orang Borneo jika berkahwin memerlukan perbelanjaan yang besar.

Dan family saya juga sudah memberi peringatan kalau ingin berkahwin kumpul la dahulu duit, kerana selepas kahwin akan lagi banyak belanja diperlukan untuk memulakan hidup.

Bermula awal tahun lepas, saya dan ‘boyfriend’ mula membuat simpanan setiap bulan untuk perbelanjaan kahwin dan bercadang untuk membeli rumah.

Tetapi sejak pandemic, gaji saya mengalami kemerosotan kerana saya bekerja di sektor yang terjejas kerana MCO.

Oleh itu, simpanan hanya dapat di lakukan oleh ‘boyfriend’ saja.

Apa yang saya perasaan semenjak teman ‘boyfriend’ mula mengumpul duit, keluarga dia seolah-olah tidak selesa dengan tindakan yang dia buat. Apa lagi semenjak ayah dia meninggal dunia, dia yang menjadi ketua keluarga.

Semenjak ayah mereka meninggal dunia, adik beradik dan ibunya selalu mengadu kepada teman lelaki duit belanja tidak mencukupi.

Sedangkan sebelum ayah mereka meninggal, ayahnya juga tidak bekerja dan hanya bergantung kepada duit pencen sahaja.

Adik beradik dia yang lain juga sudah bekerja, ibunya masih bekerja malah bekerja di sektor kerajaan dan mendapat elaun covid-19 kerana bekerja dalam frontliners, tetapi kenapa selalu mengadu kurang belanja?

Mereka juga tinggal di kampung, bukan tinggal di bandar seperti kami yang perlu menyewa ini.

Semenjak kebelakangan ini, saya selalu nampak status Whatsapp ibu dan adik-beradiknya seolah-olah menyindir saya ini beban kepada ‘boyfriend’ saya.

Ada suatu hari itu, saya nampak kakak dia screenshoot pengeluaran duit I-Sinar dengan caption, ‘terpaksa keluarkan duit EPF repair kereta nak harapkan siapa lagi kalau bukan diri sendiri’.

Selepas itu macam-macam lagi lah status yang mereka sindir seolah-olah mereka ini kehabisan belanja,

Ibu dia pula update status Whatsapp gambar Maggie, dengan caption ‘lambat lagi gaji, bila agaknya boleh makan sesedap. Nak tunggu anak belanja lambat lagi agaknya atau makan time kenduri kahwin sahaja’.

Kadang-kadang bila pay day, keluarga dia macam tahu ‘boyfriend’ saya dah gaji, kat situ lah hari-hari akan call dan Whatsapp minta beli itu ini. Even, topup internet pun nak ‘boyfriend’ saya belikan? Sedangkan mereka semua dah bekerja?

Itu, belum lagi kalau ibu dia call minta duit untuk baiki rumah dan kereta, setiap bulan alasan yang sama. Minta duit repair rumah, repair kereta. Sedangkan gaji sektor goverment kan lagi awal berbanding swasta.

Nasib baik lah sekarang MCO, tak boleh rentas daerah dan negeri. Kalau dulu sebelum ada MCO, hampir setiap minggu ibu dia akan call ‘boyfriend’ minta bawa bercuti,

Ya ‘boyfriend’ kerja biasa ja mana boleh selalu cuti, so bila dia ‘boyfriend’ tak dapat join. Ibu dia akan book mana-mana hotel ke homestay lepas tu minta ‘boyfriend’ bayarkan.

Tetapi bila saya stalk FB mereka, amboi ada juga nampak mereka makan sedap-sedap dengan kawan-kawan mereka kat restoran ataupun masak-masak kat rumah dengan kawan-kawan, ada juga gambar pergi salon.

Pergi treatment rambut, buat manicure pedicure, buat eyelashes buat kening dan macam-macam lagi lah.

Bila saya nampak post seperti itu, saya jadi speechless. Seolah-olah saya merasakan mereka tidak menyukai saya, atau mereka sejenis yang suka menyusahkan anak?

Kenapa saya berkata begini, ‘boyfriend’ saya selama ini sentiasa beri belanja dengan family dia, even sekarang walaupun dia buat saving kahwin, dia tetap kirim duit dengan family walaupun tidak banyak seperti dulu.

Saya kadang-kadang bertanya, your family semua bekerja, dady you pun dah passed away. Kalau dulu time dia sakit memang perlu lah belanja kan?

Adik beradik you pun dah habis sekolah malah dah bekerja semua, kenapa masih nak mengharap kat you seorang?

You pun ada life you sendiri? Your mom kerja gaji besar lagi kot dari kita sebab dah berapa puluh tahun mak you kerja, mesti ada kenaikan gaji? Tapi pergi saloon tiap bulan dapat? Ke family you tak suka I?

Sometime, saya rasa tawar hati. Belum kahwin mereka dah macam tak selesa dengan saya. Macam mana kalau kami sudah berkahwin nanti? Adakah mereka masih ingin membebankan teman lelaki saya?

Saya kadang-kadang kasihan dengan ‘boyfriend’ sebab dia sanggup ikat perut, kerja kuat kejar OT tapi duit gaji jarang sekali dia guna untuk kegunaan sendiri.

‘Boyfriend’ selalu berkata dengan saya, you punya family lain tak macam family I, family you kaya.

So I jawab, NO family I tak kaya. Tapi family I tak pernah susahkan family, apa lagi adik beradik.

Parents I tak pernah minta duit dengan anak-anak sebab family I tahu apa benda yang berfaedah dengan tidak, dan parent I ajar dari kecil jangan membazir, kalau nak bergaya guna duit sendiri tapi bila duit habis jangan susahkan orang.

Saya minta kepada semua pembaca, doakan semoga hubungan saya dengan ‘boyfriend’ di permudahkan, dan semoga my future family dapat berubah dan sedar.

Doakan juga semoga‘boyfriend’ saya sentiasa kuat untuk mencari rezeki menghalalkan saya. Terima Kasih semua.

– Cik Daisy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *