Bakal Promoter Drugstore

Hello! Saya share pengalaman saya ya. Saya pergi klinik dermatologi 3 kali. Untuk 3 klinik tu around 1.2k habis. Masa tu dalam tahun 2013 – 2014. Tapi tak elok².

Then saya ikhtiar sendiri. Bila ikhtiar sendiri rasa cam saya boleh jadi promoter dekat watson/ guardian. Sebab tau hampir semua produk.

1. Guna cetaphil cleanser. Ye tak berbuih dan tak kan puas, tapiiiiii konsisten saya guna. 6 bulan muka saya okay.

Now guna Corsx salicylic cleanser tapi nak tukar sebab saya pregnant. Kena cari yang pregnancy friendly. Orang kata pregnant buat muka glowy. My glow isn’t here just yet. Tersangkut kat jem gamaknya.

2. Make up atau tidak, double cleansing. Masa tu, sikit sahaja brand yang keluarkan double cleansing produk. Jadi, saya guna produk Simple emulsifying oil. Ada lagi di jual. Cuma harga dah naik.

Sekarang saya guna dari @ pastelshop (ig) cymbo soft cleansing balm. Best! Setakat ni tak jumpa lagi drugstore yang boleh mengambil alih tempatnya.

3. Moisturiser!! — ni tricky sikit. Kena cuba dan tengok reaksi kulit.

Untuk kulit berminyak — cari jenis gel.

Untuk kering – cari yang ada fungsi hidrasi/hydration.

Untuk combination — fokus nak pulihkan yang mana 1 dulu. Or boleh guna face oil.

Face oil jangan risau kalau ianya akan membuatkan muka lebih berminyak. In most cases, it wont.

TAPI… Cari yang almost 0 non comodegenic facial oil. Saya rekomen dari pastelshop jugak. Local brand ada baaaaaanyak. Tapi, cari yang credible okay?

4. Suncreen — okay ni pun sama macam moisturiser. Kena try and error mana yang sesuai dengan kulit. Saya guna dan rekomen Hada Labo punya. Tekstur dia berair, cepat meresap dan of course berkesan.

Harga boleh tahan, tapi jimat boleh guna sehingga 2 bulan walaupun guna 2 finger rules.

Saya tak sesuai guna Nutox. Muka jadi berpeluh dan rimas melekit. Ada white cast jugak. No no no. Pernah guna yang dari Korea (lupa jenama) tapi.. tak setanding Hada Labo bagi saya. Cubalah!

5. Sabar. Sabar. Sabar. Dont pick on your acne! Saya penghidap jerawat tegar sejak 2010. Bukan jerawat yang ada mata tau? Tapi yang takda mata. Tau² saja timbul. Pastu besar cam bisul. Sakittttt.

Sekarang dah kira dekat 3 tahun jugak clear. Tapi parut berlekuk, kena buat laser.

Sedih tau. Ayah sendiri cakap muka kita cam bulan. Bukan pujian eh.. dia kata berlekuk cam bulan. Muka dia serupa shrek kita diam tau?

Huh. Tunggu kita kaya sikit baru buat laser. Doakan eh…

6. Untuk parut² hitam dan merah —

1st : jangan terus guna acid. Muka tengah sensitif. Jadi seelok ya guna calming moisturiser atau spot on cream.

Saya rekomen Always Be pure Forest Theraphy calming moisturiser. Ianya sejenis gel juga. Bekas warna hijau dan imported from korea. Toner dia pun best boleh hilangkan merah² muka. Saya guna dah habis dah..

Oh.. Btw, oxy5 , oxy 10 tu sangat kuat dan boleh sebabkan iritasi yang lebih pada kulit. Bila ada iritasi, kulit gatal, kita garu, dia luka, tambah lagi jangkitan and the cycle will never ends. Sabar okay?

Boleh guna T3 niamicin (kalau ada lagi) dan Tidact gel (antibiotik).

2nd: untuk rawat parut, kita boleh mula bila tiada atau kurang jerawat aktif. Boleh mula guna yang ada pencerah macam Melano kot kalau tak silap nama kat Guardian. Selalunya dia akan ada pada rak Hada Labo.

Belum try lagi. Yuja Niacin yang warna kuning pun okay. Tapi effect dia sementara. Kena guna secara consistent.

Kalau dah habis hilang jerawat aktif, boleh guna serum The Ordinary Alpha Arbutin ataupun vit c serum dia. Lupa dah nama dia.

3rd; scrub/exfoliate. Jangan guna st ives!!! St ives scrub dia kasar dan tak environment friendly. Ianya akan membuatkan muka lagi pedih dan kering!

Untuk scrub saya belum ada rekomendasi yang sesuai sebab belum berani pi jalan².

Melaka jem. Hawau sungguh! Sementara tu, try glycolic acid dari The Ordinary. Sebotol besar boleh guna setahun. Tapi patch test dulu dan exfoliate 2 kali seminggu.

4th; retinol. Okay retinol ni… Sesuai guna apabila umur 28 ke atas. Personally bagi saya. Sebab metabolism mula menurun dan sama juga pada keanjalan kulit muka. Lagi² yang suka buat mimik muka macam saya.

Untuk retinol, saya guna dari The ordinary dengan percentage paling rendah. Slow proses untuk nampak result, tapiiii… Rushing² nak pi mana? Trust the process.

Di guardian, ada olay kalau tak silap. Kotak merah rasanya.. pernah nampak aritu.

5th; invest in yourself. Alahhh. Jangan risau lah pasal #beraskitabeli tu. Yang penting #beraskitamasak. Okay? Jangan stress. Kenalpasti punca jerawat. Hormon? Produk tak sesuai? Stress? Pemakanan? Tak aktif?

Okay dah. Nanti kita kongsi² lagi. Nak pergi skincare hunting minggu gaji karang. Nanti kita share lagi ye. Stay safe semua!

– Sis C (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *