Bakal Suami Pemboros

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih admin sebab sudi siarkan luahan aku.

Nama aku Cik Su. Berusia 26 tahun. Lepasan ijazah yang masih mencari kerja yang stabil dan sesuai dengan kelulusan aku.

Buat masa sekarang aku sedang bekerja sementara di sebuah syarikat yang aku terpaksa rahsiakan namanya.

Sebenarnya aku nak luahkan masalah berkaitan buah hati aku. Nak luahkan pada kawan-kawan, nanti terbuka pula aib dia. Jadi aku luahkan di sini.

Am (bukan nama sebenar) lebih berusia daripada aku. Tapi usianya masih belum mencecah 30-an.

Aku terima dia sebab berdasarkan pengalaman aku yang pernah bercinta dengan lelaki yang muda dan sebaya, aku rasakan mungkin lelaki yang berusia lebih matang.

Dia boleh terima semua kekurangan aku. Maksud aku, aku rasa aku tak cantik. Tapi dia boleh terima muka aku yang tak bermekap dan gaya pemakaian aku yang biasa-biasa.

Perkenalan kami baru berusia 1 tahun. Awal tahun ni Am menyatakan hasratnya untuk mengahwini aku. Dia ada berikan aku sekeping kad yang katanya akaun yang akan dia gunakan sebagai simpanan perkahwinan kami.

Sebab aku yang jenis tak suka ceroboh privasi orang, aku cuma pegang, tapi tak pernah buka akaun tersebut untuk semak baki dan sebagainya.

Sejak awal tahun ni, selain daripada kerja tetap, Am buat kerja sambilan untuk kumpul duit katanya. Aku pun gembira dengan keputusan dia sebab aku nampak usaha dia untuk halalkan aku.

Tapi baru-baru ni aku terdetik hati untuk semak baki pada akaun tu. Mulanya aku jadi tak ambil peduli, tapi Am selalu merungut katanya hantaran mahal la.

Dia suruh aku rendahkan duit hantaran padahal aku tak pernah tetapkan harga hantaran. Aku selalu bergurau duit hantaran 15k tapi itu pun sebab viral lawak yang macam tu.

Hakikatnya aku dah beritahu aku tak kisah dengan hantaran. Aku cuma nak tengok usaha. Aku selalu tegaskan kepada dia rajinkan diri menyimpan untuk masa depan.

Bila aku semak baki, aku terkejut duit beratus yang dia pernah berikan pada aku untuk aku masukkan ke akaun tersebut lesap. Yang ada cuma berapa puluh ringgit sahaja. Jadi aku tanya dia, mana duit tu hilang.

Katanya sebab musim Covid-19, bajet dia lari. Dia terpaksa guna duit yang di simpan.

Terus-terang aku cakap, kami berdua bekerja dalam industri asas yang gaji masih lagi jalan walaupun pada waktu perintah kawalan pergerakan.

Lepas tu aku tergerak hati untuk tengok statement akaun, ada dalam seminggu, hampir RM500 keluar daripada akaun tu. Aku tak tahu dia gunakan untuk apa. Bila aku tanya dia tak jawab. Dia kata ni benda remeh.

Kalau duit berkurang dalam berapa ratus sahaja aku faham. Tapi sampai tinggal berapa puluh ringgit memang aku dah tak boleh positif. Dia masukkan RM400, dia keluarkan RM300. Setiap bulan pasti ada duit yang dia keluarkan.

Satu sebab kenapa aku lagi curiga, dia juga salah seorang yang dapat bantuan RM800 daripada kerajaan dan wang KWSP RM500 dia keluarkan setiap bulan.

Berdasarkan statement akaun, aku dah nampak macam mana dia uruskan kewangan dia.

Untuk pengetahuan pembaca, buah hati aku cuma ada hutang motor dan dia tak berkereta. Dia pun tak ada simpanan lain selain kwsp. Sebab tu aku sedikit marah bila duit yang dia simpan, dia gunakan macam air yang mengalir.

Am cakap, sebab aku masih lagi fokus nak cari kerja lain dan tak mahu berkahwin lagi, sebab tu dia tak fokus nak menyimpan. Wajar ke aku terima alasan tu? Kalau esok nak pergi haji, hari ni baru sibuk nak cari duit ke?

Terus terang aku katakan, setiap kali keluar, aku selalu usahakan supaya tak guna langsung duit dia. Ada ketika dia bayar duit makan, ada ketika aku yang keluarkan duit juga. Duit transport aku yang tanggung sebab kereta aku.

Tambahan lagi aku fikir, dia dah siap bekerja sambilan untuk halalkan aku, alih-alih bila semak akaun, banyak tu je yang ada.

Mesti ada yang tertanya kenapa aku nak sibuk sangat pasal duit tu. Aku nak tengok usaha. Aku nak ada lelaki yang selalu berfikir ke depan.

Kalau kewangan dia sendiri tak boleh uruskan, macam mana dia nak jaga aku nanti.

Aku ada menyimpan ke tak? Mestilah aku menyimpan juga. Tapi aku bersyukur kami tak berkongsi akaun yang sama.

Am ada tanya aku, aku masih nak bersama dia ke tak. Dia tak cuba minta maaf pun bila dia dah tipu aku berkenaan duit dalam akaun tu.

Aku rasa malu masa tu. Kalau dulu dia yang beria pikat aku, hari ni dia boleh tanya aku soalan macam tu.

Gigih sembang soal kahwin, tapi usahanya tak ada. Aku pula dah 26, kalau aku putus sekarang, ada masa lagi ke nak jumpa orang lain? Kawan-kawan lain dah berkahwin. Aku pula masih macam ni.

Mungkin sekarang aku patut fokus untuk bahagiakan mak ayah aku je.

Berkenaan Am, sama ada aku patut redha dengan sikap dia yang macam tu atau berpisah, aku serahkan keputusan kepada pembaca. Silalah komen.

– Cik Su (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *