Bakat Yang Terlepas

Salam sejahtera para pembaca semua, aku nak berkongsi satu kisah yang agak lama juga sebenarnya. Keluarga aku cuma ada 3 orang, ibu, akak dan aku. Akak aku ni dia memang pandai dari sekolah rendah membawa ke sekolah menengah. Jadi result spm akak aku memang cemerlang.

Akak aku dia dah ada cita-cita dia sendiri. Jadi memang dari sekolah rendah dia dah ada plan sendiri nak sambung belajar mana dan bahagian mana serta 10 tahun akan datang apa yang dia akan buat.

Jadi akak aku dengan berbekalkan sijil yang cemerlang dia pun mohon sambung belajar luar negara minta bantuan dan lain-lain. Waktu ni kursus yang akak aku ni minta dia agak “rare” tak ramai mohon jadi pihak kerajaan macam teragak-agak nak luluskan permohonan akak aku.

Jadi akak aku dia masih tenang jumpa pihak tertentu, dia ceritakan plan dia dan kenapa dia ambil kursus tersebut dan kena belajar dekat luar negara. Dalam masa yang sama dia cakap benda ni cukup penting untuk Malaysia pada, 10 tahun akan datang. Tapi kena tolak.

Waktu ni akak aku memang kecewa, aku kecik lagi baru umur 9 tahun jadi tak tahu apa sangat. Yang aku ingat balik rumah tu akak menangis luah dekat ibu.

Jadi ibu aku pun ambil keputusan, kereta di jual. Banyak benda ibu bergadai, akak sampai tak jadi nak sambung luar negara. Kos dia memang banyak, tapi ibu yakinkan akak dan dia percaya akak boleh percaya. Aku pun percaya. Jadi akak aku pun belajar dekat luar negara.

Lepas beberapa tahun, kak long aku pun balik. Dia balik Malaysia dengan bermacam ilmu. Jadi akak aku ni dia ambil keputusan nak jumpa dengan pihak tertentu. Nak buat satu team research untuk dia teruskan dekat Malaysia.

Sebelum ni dekat negara luar yang kak long aku belajar pihak universiti tu memang dah buat tawaran untuk dia buat research dekat sana.

Tapi akak aku tolak, dia cakap kalau boleh nak duduk dekat dengan keluarga sebab iyalah dah lama dekat luar negara. Dan lagi satu nak sumbangkan sesuatu untuk Tanah Air. Jadi dalam sebulan tu akak aku ulang alik, jumpa orang sana sini.

Akhirnya, kena tolak. Pihak kerajaan sendiri tolak, katanya risiko agak tinggi dan kos mahal. Aku pernah baca dan tengok file akak aku, dia punya data memang banyak tapi memang details. Tapi kena reject.

Lagi sekali akak aku kecewa. Jadi lepas hampir setahun akak aku duduk dekat Malaysia. Ibu aku pun nasihat akak pergi balik luar negara sana dan buat research dekat sana.

Jadi akak aku pun pergi balik sana, kurang dari 2 tahun research dia keluarkan hasil. Akak aku akhirnya buat keputusan batalkan kewarganegaraan Malaysia dan terus menetap dan beli rumah dekat sana. Ibu pun sokong.

Selalu 3 bulan sekali aku waktu cuti dengan ibu akan ke sana. Ramai juga sedara mara aku yang kutuk akak aku. Katanya pengkhianat negara. Siap cakap habiskan duit cukai sambung belajar luar negara. Padahal ibu aku bergadai harta benda.

Waktu akak aku nak cancel warganegara, ada pihak dari Malaysia datang jumpa berbincang ajak balik Malaysia dan sambung research dekat Tanah air. Siap ceramah patriotik. Selain itu, diorang katanya dah ready nak salurkan bantuan untuk kajian akak aku.

Bila akak aku tanya berapa, sekali jumlah diorang tu sangatlah kecil. Sedangkan tempat yang akak aku tengah buat research ni kasi hampir 15 kali ganda besar dia.

Sebenarnya tujuan aku tulis ni bukan apa, cuma ramai kawan yang aku kenal serta kawan akak aku lepas sambung belajar luar negara diorang lebih selesa duduk sana. Rata-ratanya jawab sana lebih prihatin kebajikan pekerja.

Dekat sana di bayar ikut gaji professional. Bila balik Malaysia mohon dapat gaji yang terlampau basic. Dan banyak lagi kelebihan lain. Akak aku pun sama, setiap kali dia dapat hasil setiap kali itulah pihak diorang akan bagi reward yang agak lumayan.

Tapi bila dekat Tanah Air sendiri, setakat kena pandang sebelah mata. Benda ni dah lama terjadi, tapi sekarang kerajaan Malaysia sendiri guna sistem yang hasil dari akak aku dengan team diorang dekat sana punya kajian.

Kos dia memang mahal, bayangkan kalau kerajaan Malaysia approve dulu dah berapa banyak kos boleh jimat.

Sebenarnya, bukan akak aku sorang sahaja. Banyak kepakaran dari tanah air kita yang pergi negara luar sampai negara kita kurang orang-orang mahir tersebut. Jadi terpaksa berbelanja banyak untuk satu benda yang boleh di elakkan kalau Negara kita ni hargai bakat tersebut. Rugi.

– Azlan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *