Salam. Admin tolong siarkan ya. Terima kasih.
Aku mimi,26 tahun dan sekarang dah berkerja. Cerita ni berkenaan dengan pengorbanan mama pada opah. Mama anak ke 5 dari 10 orang adik beradik. Lahir dalam keluarga yang cukup-cukup makan membuatkan mama gigih juga nak kumpul duit untuk opah dan adik2 mama. Atuk aku cuma bekerja sebagai cleaner sekolah dan opah aku berniaga sayur di pasar. Selepas tamat SPM, mama dapat keputusan yang sangat cemerlang. Hajat di hati mama memang nak sambung belajar dan capai cita-cita mama nak jadi doktor. Tapi disebabkan kekangan wang ringgit, cepat sahaja mama membatalkan hasrat tersebut. Mama tanpa fikir panjang, terus je cari kerja kat mana-mana. Alhamdullilah mama dapat kerja sebagai kerani di jabatan kerajaan. Walaupun mama tak dapat bantu banyak, tapi sekurang2nya kurang beban opah menanggung anak-anak yang lain.
Bulan pertama kerja, hampir separuh wang gaji mama beri pada opah untuk perbelanjaan dan jugak RM50 sebagai “wang saku” untuk opah dan atok. Kewajipan “wang saku” RM50 menjadi rutin mama setiap bulan pada opah dan atuk.
Selepas mama berkahwin dengan abah, tanggungjawab makin berat dan perbelanjaan juga makin tinggi. Tapi “wang saku” untuk opah dan atuk tak pernah mama lupa. Tak lama lepas aku lahir,atok aku meninggal.
Pernah aku ingat lagi momen sewaktu aku darjah 2. Aku nampak mama asingkan perbelanjaan bulanan. Duit pertama sekali yang mama asingkan ialah “wang saku” opah. Sekarang sebulan mama beri RM100 lepas mama dapat kenaikkan gaji. Selepas ditolak-tolak memang wang yang kami ada cuma ngam-ngam je. Mama ada pesan,malah hampir setiap hari mama “Mimi, kita kena cuba belajar balas jasa mak ayah. InsyaAllah berkat hidup kita”
Waktu aku sekolah menengah, opah dah mula uzur. Dah tak boleh tinggal di kampung seorang diri. Adik beradik mama adalah ajak opah tinggal di rumah mereka. Tapi dalam 10 orang anak, opah pilih untuk tinggal dengan mama. Maksudnya keluarga kami. Mamalah orang paling happy lepas opah tinggal dengan kami. Mama cakap ni lah lubuk pahala mama yang Allah bagi.
Mama masih berkerja, sebab kalau harapkan abah je mungkin tak cukup wang belanja seharian kami. Mama cuba bahagi masa antara opah, keluarga dan kerja. Setiap hari mama akan cuba balik untk masakkan makanan opah. Tekak orang tua suka nya makanan kampung je. Keladi,kepala ikan masak singgang. Setiap hari waktu rehat mama akan balik tengahari dan masakkan untuk opah kemudian gerak balik ke tempat kerja. Aku juga saksi kejadian ni. Sebab setiap kali balik sekolah, makanan favourite opah ada je lebih atas meja.
Fasa paling mencabar,bila opah dah mula lupa dan berperangai seperti bayi. Tapi masih mampu berjalan. Opah paling marah bila dipaksa pakai lampin pakai buang. Disebabkan kencing dah tak lawas, jadinya opah memang akan kencing kat mana2 je dia suka. Kadang2 dalam perjalanan daripada ruang tamu ke toilet pun opah dah tak boleh tahan. Makanya, air kencing berbaulah satu rumah. Hari2 rutin kami mengemop lantai. Kalau bukan mama,kami adik beradik ambil alih, paling tidak abah pulak yang mop lantai. Sehari hampir 10 kali kami mop lantai sebab ke engganan opah pakai pampers. Pernah jugak ter berak kat bilik,kat ruang tamu. Ikutkan aku pun kadang2 macam hilang sabar dan memang nak marah tapi mama banyak meredakan keadaan. Pernah sekali opah terberak kt lantai bilik aku. Tuhan je tahu perasaan tu. Mama lah yang selalu cuci bab najis2 ni. Lama2 aku pun dh terbiasa. “Setakat cuci berak opah, mimi dah boleh buat mama”. Bangga aku cakap dengan mama.
Aku baru tahu,walaupun opah ada tinggal dengan kami, “wang saku” opah tetap mama bagi setiap bulan. Untuk kegunaan ketika sakit katanya. Tak lama lepas tu opah terlantar dan memang tak ada choice opah kena pakai pampers jugak. Aku waktu ni dah masuk U. Tapi tiap kali balik cuti sem, katil opah lah yang aku kejar dulu. Peluk cium opah satu kepuasan.
Oh ya lupa nak cerita, aku dengan opah memang rapat sangat dari dulu lagi. Rahsia aku semua opah tahu. Rahsia opah waktu muda pun aku tahu. Sampai crush opah pun aku tahu cerita dia.haha. Sesekali balik kampung aku memang menyembang dengan opah sambil minum teh smpai satu pagi tau. Gelak sakan kami berdua share cerita masing2. Seronok sangat waktu opah sihat dulu2. Sampai ke cerita askar jepun dengan lagu national anthem jepun pun aku tahu. Detail tak opah aku bercerita.haha
Waktu opah terlantar mama juga yang jaga. Sampai opah meninggal dunia. “Wang saku” bulanan opah masih ada dalam simpanan mama tapi sikit pun mama tak usik. Mama ambil dan sedekahkan kesemuanya pada yang berhak. Yela, waktu sakit selama 3 tahun tu, mana ada opah guna duit sangat pun.
Apa yang jelas aku nampak. Rezeki Allah pada mama dan kami sekeluarga di atas semua bakti mama pada opah. Rezeki kami mencurah-curah dan sepanjang opah sihat pun aku dah nampak mama tak pernah risau pasal duit sebab perbelanjaan bulanan kami sentiasa cukup walaupun mama dan abah kerja biasa2 je. Daripada rumah sewa,ke rumah teres dan Alhamdullilah sekarang kami dah ada rumah atas tanah sendiri. Walaupun tak mewah tapi kami cukup segalanya. Daripada kereta secondhand mama mampu beli kereta baru. MasyaAllah janji Allah itu benar pada anak2 yang berbakti pada ibu bapa. Allah bukan beri kemudahan harta benda sahaja, tapi kami adik beradik pun Alhamdullilah berjaya capai cita-cita dan impian kami. Sekarang giliran kami lakukan perkara yang sama seperti apa mama lakukan pada opah. Dapat je gaji, cukup atau tak cukup dah jatuh nombor dua. Mama dan abah keutamaan kami nombor satu. Alhamdullilah cukup perbelajaan kami hari-hari.
Jadi korang yang dekat luar sana mungkin ada yang mengalami masalah kewangan atau sedang menjaga orang tua yang tengah uzur, bukan ganjaran wang ringgit yang kita minta. Jagalah mereka dengan ikhlas macam mama cakap “Bila opah sakit, Allah bagi opah sebagai lubuk pahala mama. Mengeluh dan penat tu lumrah manusia. Betulkan niat insyaAllah ada ganjarannya.”
Kepada opah, kita berkumpul di syurga nanti insyaAllah. Sebab waktu kami sembang berdua dulu, opah paling excited bercerita pasal kenikmatan syurga. Salah satunya, opah tak sabar nak muda balik. Hihihi. Al fatihah opah.
– Mimi
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit