Hai semua, aku menulis disini sekadar luahan. Aku anggap penulisan ni as diary aku sebab aku penat.. Penat dengan emosi. Dah pukul 2 pagi aku still tak dapat lena, macam macam emosi dalam diri aku sekarang ni.

Dah 7 tahun aku sabar dengan mak aku. Aku tak tau sabar aku ni mampu selama mana. 7 tahun dah aku bercerai, sampai ke hari ini mak aku jadi toksid, malahan makin severe.

7 tahun dulu aku nak batalkan perkahwinan sebab aku rasa tak sedap hati, tunang aku masa tu pun macam tak ada effort, hatta pilih baju kahwin pun dia tak datang. Aku suarakan niat nak batalkan perkahwinan. Mak aku cakap, “ala kahwin jela lagipun kad jemputan dah edar”.

Dan ya perkahwinan tak bertahan, aku dapat tahu rupanya sejak bertunang bekas suami aku berscandal dengan isteri orang and perempuan tu officemate aku. And memang aku down, sedih.. Tapi mak aku instead nak tenangkan aku, dia cakap, “mama malu dengan jiran2 ada anak bercerai”.

Oh ya perkahwinan tu, aku dikurniakan seorang anak. Anak aku mild autism. Mak aku selalu cakap, “cuba kau fikir dosa apa kau buat sampai Allah bagi anak macam ni kat kau”. Tanpa dia sendiri sedar, dia pun ada anak oku iaitu abang aku.

Tak cukup dengan tu, kadang bila tengah tengok tv, mak aku akn.tiba- tiba cakap, “agaknya bekas laki kau mesti dah bahagia dengan isteri solehah kan?”

Kalau nampak kereta sama macam ex aku, mak aku akan cakap, ” tu ex kau dengan girlfriend baru, mesti cantikkan?” Walhal dia tahu punca penceraian aku.

Dah 7 tahun aku bercerai, still mak aku menyebut benda yang sama. Nampak tak toksiknya mak aku. Bila aku ada masalah tak kira besar atau kecik, mak aku akan sebut, “kau ni tak habis habis bawa bala masuk dalam rumah ni”.

Aku dapat tau ex aku salah guna ic aku, of kosla aku marah, tapi respon mak aku, “kau ni suka sangat nak bergaduh dengan orang, dia tengah susah biarlah dia guna, bukan kau susah kat mana mana pun”.

Korang pernah ke jumpa mak yang akan okay anak sendiri dipergunakan orang luar. Tahla.. Terlalu banyak aku nak luah.. Terlalu banyak sikap and kata kata mak aku yang aku simpan dalam hati.

Tak cukup dengan tu, mak aku akan buruk2 kn aku dekat makcik aku, and makcik aku datang rumah dan marahkan aku. Respond mak aku? Tersenyum kepuasan. Kakak aku je tempat aku mengadu.

Dulu aku bergaduh dengan kakak aku hampir 2 tahun tak bertegur. Semua sebab mulut mak aku, cukup suka melagakan anak-anak.

Tambahan kalau masa tu mak aku tengah bergaduh dengan aku atau kakak aku. Mak aku akan make sure adik beradik lain termakan hasutan and pulaukan anak yang dia gaduh.

Aku penat and bosan. Aku mula perasan lama kelamaan aku hilang hormat dekat mak aku. Bila dia mula nak menyakitkan hati aku, dulu aku diam sekarang aku maki mak aku, mulut aku dah tak ada filter.

And perkara tu membuatkan mak aku semakin tak puas hati dengan aku. Kadang kadang dia lepaskan dekat anak istimewa aku. Aku dah lama syak, and tadi aku intai bila aku dengar anak aku nangis. Aku nampak mak aku ramas kuat kuat pipi anak aku.

Sabar aku hilang. Aku jerit sekuat hati and tarik anak aku.. Depan mak aku aku sebut, “perangai macam celaka”. Sabar aku dah habis limit.. Kalau ikut hati mungkin aku dah tumbuk mak aku. Jahatkan aku, tahla..

Ikut hati aku nak keluar dari rumah ni. Tapi fikirkan ayah aku yang dah tua tak bagi aku keluar, aku stay je sini. Aku tak faham kenapa mak aku macam ni. Anak orang lain dia junjung tinggi, anak sendiri dia pandang hina.

Aku introvert, mostly hidup aku office and rumah, kawan aku? Lima jari pun lagi banyak.

Ya Allah, aku tak tau kenapa aku rasa cukup teruji dengan sikap mak aku. Aku tak rasa aku akan ada dalam keluarga ni selamanya. Sampai masa ayah aku dah tak ada, aku akan hilang bersama anak aku. Pasal mak aku masa tu, semoga dia gembira bala yang satu ni dah tak ada.

– Lupi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Saya rasa awk x perlu ‘jerit’ kpd mk awk, sbb itu akn menambah lg ke’toksid’an dirinya terhadap awk, cba ckp secara elok, tp buat dia berfikir balik.. cthnya, bla dia mngata apa slh awk sehingga dpt ank oku, cba tnya blk, “apa ye kesilapan mk, sampai dpt ank oku plak (abg awk)..” or bla dia kta xpe org ln slh guna ic awk, cba tnya dia, “apa mk rse klau org salah guna ic mk utk …, rse marah x..”, or mcm bla nmpak kreta x awk n dia kta gitu, ckp la “cba mk byangkn ayah dah ceraikn mk, n kawen lain n bwak pompuan dlm kreta dia, mk suka..?”, n psal ‘bala’ yg dia kta awk bwak tu, kata lah pd dia, “mngkin mmg ada ‘bala’ dlm rumah ni, tp mngkin jg bkn dari saya.., xpela nt sya kluar je dari cni..”, or whatever yg bole buat dia ‘terkedu’ skejap, dia mngkin akn ‘marah’, tp di masa2 yg lain mngkin dia akn ‘terfikir’ semula.. wallahu a’lam

  2. Dik… Toksiknya mak kau

    Seburuk mana Pon mak kau, dia Masih ‘mak’, Masih perlu dihormati

    Kalau dia tengah marah…. Jangan letak anak dekat dengan dia,

    Kalau mak tu buat perangai Masih ungkit pasal ex ko
    Ko jawab….. Ntah la tak ambik Tau.

    Klau dia bela ex ko guna nama ko- benda dah jadi, ko diam masuk bilik ja…toksag bising depan dia masalah ko lagi, Kang dia spin cerita kat orang lain

    ,’

  3. Keluar rumah duduk dekat2 je sis, dari duduk sekali tapi selalu bergaduh tak elok jugak, fikir diri sendiri ok, keluar and cari kebahagian kita. Kalau kita stay dengan benda negative lama2 kita yang akan sakit. Cakap elok2 dengan ayah pastu keluar baik2 berdikari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *