Salam hai. Lately banyak pula kisah laki kena sondol kan, termasuklah laki aku. Yang laki kahwin senyap2 terutamanya kat siam tu, korang jangan sedih2 lama sangat, kumpul strategi dan kenakan balik penyondol tu.
Selama ni dia bagi kita sakit hati kan, so sekarang turn kita plak bagi dia sakit hati lagi2 kalau kita ada banyak kelebihan.
So laki aku ni kahwin dengan betina tu kat siam, lepas nikah terus dia balik on the spot ke rumah dan bagitahu aku. Aku taktau la diorang sempat bermalam pertama ke tak.
Lepas dia confess, memang aku mengamuk habis2, entah syaitan apa rasuk aku sampai aku pukul laki aku, dia terpaksa tahan je. Lantaklah kau dah buat hal kan, sekarang kau hadap.
Aku memang masa tu rasa jijik sangat dengan dia, tak bagi dia sentuh aku dgn anak2 langsung. Nampak dia pasrah redho je. Padan muka.
So suami aku stay sampai 3 hari kat rumah tak keluar2, macam2 dia buat nak pujuk aku, aku buat keras je malas layan.
Hari ke 4 dia nak pergi rumah betina tu, aku buat2 salam dia lepas tu pegang dia buat “Cop merah” besar kat leher dia.
Mula2 dia ingat aku nak buat hubungan dengan dia so dia macam rela je, bila dah perasan ada cop merah terus dia terkelu. Nampak macam dia nak marah tapi tak terkeluar dari mulut dia. Hahaha.
So lepas dia pergi rumah betina tu, tu pun dapat sehari je sebab anak aku majlis konvo so dia kena balik semula rumah aku. Padan muka betina tu, siapa suruh kahwin dengan laki orang.
Lepas dia balik tu, dia tanya aku kenapa buat lovebite hari tu, dia cerita betina tu nangis teruk lepas nampak lovebite kat leher laki aku.
Kahkah kemenangan pertama untuk aku. Puas hati aku, padan muka siapa suruh kau menyondol laki orang? Lepas tu sendiri tersakiti, cemburu.
Aku tanya balik, kenapa pulak dia nangis? Ni kan hak aku, suami aku. Suka hati aku lah nak buat apa pun.
Sebelum ni aku boleh je buat, apesal pulak lepas dah kahwin lain aku tak boleh buat semata2 nak jaga hati dia? Kalau dia tak puas hati, buat la lovebite jugak. So laki aku pun terdiam gitu jelah memang tak boleh buat apa.
Oh ye masa kat rumah betina tu, dia nak tolong basuhkan baju laki aku, laki aku tak bagi, dia kata dia sanggup basuh kat dobi daripada tengok aku basuh balik baju2 tu nanti siap dengan pembasmi kuman. Terdiam betina tu tengok betapa jijiknya aku dengan dia. Kahkah..
Lepas tu suami aku stay 2 malam kat rumah aku, lepas tu dia nak balik sana. Aku suruh dia balik rumah lepas 2 hari sebab anniversary kitorang dan aku mintak dia stay 3 malam dengan aku (6hb, 7hb, 8hb) lepas tu baru boleh balik sana.
Sebenarnya anniversary kitorang 6hb 7hb tu je tapi aku suruh 8hb dengan aku jugak sebab 8hb tu betina tu punya birthday. So padan muka dia tak dapat sambut dgn laki aku kahkah. Pandai aku kan? Kemenangan kedua untuk aku.
So adalah beberapa episod lagi nanti aku ceritakan. Setakat ni memang setiap kali sebelum laki aku pergi rumah betina tu, aku akan buat cop merata2 biar betina tu sakit hati.
Aku tau sebab laki aku selalu cuba nak tolak, dia kata janganlah kesian dia nanti sedih. Ah pedulik pulak aku, kau dah sakitkan hati aku dulu kan. Sekarang kau pulak hadap.
So sekian. Yang mana2 dah menyondol laki orang lepas tu sakit hati, padan muka kau, siapa suruh kahwin dengan laki orang?
– 1st Wife (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit