Assalamualaikum semua. Tujuan aku menulis confession ni hanya la untuk membalas semula satu confession bertajuk “Jadi lesbian bukan pilihan aku” (https://iiumc.com/menjadi-lesbian-bukan-pilihan-aku/).
Sebelum tu, aku nak ucapkan terima kasih jika confession aku ni dipublishkan. Kalau tak, tak mengapa lah. Aku tetap bersyukur kerana dapat meluahkannya juga di sini.
Sebenarnya aku juga pernah terjebak dengan gejala lesbian ni. Bagi aku ni kisah silam yang terbesar dalam hidup aku, yang aku sendiri tak boleh nak lupakan. Aku rasa menyesal sampai sekarang pun ade juga. Tapi alhamdulilah Allah beri peluang untuk aku berubah. Terima kasih ya Allah.
Untuk pengetahuan umum, umur aku sekarang ni baru 20 tahun. Aku rasa aku terjebak dengan lesbian semasa usia aku sekitar 12 tahun dan sampai usiaku menjangkau 19 tahun (aku tak berapa pasti masa ni). Sebab pada mulanya aku hanya ada perasaan sahaja terhadap wanita. Dan citarasa aku hanyalah pada wanita yang lebih berusia dari aku yang aku seperti seorang guru wanita atau pun kakak2.
Pada mulanya perasaan ni timbul bila aku mula tertarik dengan guru2 wanita di sekolah rendah. And perasaan tu terbawa2 sehinggalah aku mengenali dunia sosial.
Bagi aku lebih senang untuk aku tunjukkan perasaan aku, rasa sayang aku pada orang yang lebih tua daripada aku berbanding orang seusia ku. Serius aku katakan, aku mulai rasa disayangi sangat bila ada kakak2 yang aku kenali dari media sosial mengambil berat tentangku. Aku seolah2 dahagakan kasih sayang seorang kakak.
Aku jadi begini disebabkan aku kurang kasih sayang dari mak aku. Aku sentiasa rasakan yang Mak aku lebih sayangkan kakak and adik aku. Sebab aku merupakan anak ke 2 dari 3 org adik beradik. Jadi tak heranlah jika mak aku lebih utamakan kakak aku dalam segala hal dan manjakan adik aku sebabnya anak bongsu. Aku? Mak hanya mewahkan aku dengan duit and harta benda sahaja.
Entahlah ade banyak bende yang aku terasa hati dari kecil sampai lah ke besar terutamanya dalam soal ketidakadilan kasih sayang yang diberikan mak aku dekat aku. Aku ingat lagi, aku pernah jatuh sakit. Masa tu aku kecil lagi,and aku tak nak makan ubat. Mak aku baling ubat tu dekat aku, bukan sekali tetapi dua kali. And tahun yang berbeza.
Amat berbeza dengan adik beradik aku yang lain apabila sakit, mak aku layan mereka seolah2 seperti raja. Huhu. Aku bukan nak burukkan mak aku. Tapi banyak perkara yang mak aku buat, membuatkan aku rasa seolah aku tidak penting baginya. Memang dari kecil aku lebih rapat dengan kawan2 aku berbanding keluarga ku sndiri.
Baiklah berbalik kepada cerita utama aku tadi, aku mula terjebak dengan lesbian ni bila aku mula terlibat dengan dunia facebook 2012. Pada masa itu pengguna fb ni rata2 golongan yang lebih berusia dari aku. Aku banyak mengenali kakak2 di media sosial. And masa tu kebanyakkan darinya sangat baik dengan aku.A nd ada antaranya yang aku kenali adalah seorang ustazah.
Aku amatlah menyayangi ustazah ni. Masa mula aku kenal dia,aku ajak dia berjumpa dengan aku and masa tu lah perasaan sayang aku kuat sangat padanya sehinggakn masa dia nak berkahwin aku rasa seolah2 kehilangan orang yang paling aku sayang dalam dunia ni. Allah, sangat malu aku pada ketika itu.
Aku tiba2 berubah jadi manusia yang pemarah disebabkan aku tidak suka dia berkahwin. Selepas tu aku cuba untuk move on, tetapi dalam masa yang sama aku mengenali kakak yang lain. Kakak yang ni pula aku kenal dari aplikasi wechat.
Ya dengan dia la aku terjebak melakukan bende yang tidak sepatutnya aku lakukan. Aku sangat malu. Tetapi dalam masa yang sama aku perlukan dia. Aku rasa sangat di sayangi sngat apabila dengan dia. Aku suka bila dia peluk aku. Aku tak pernah lagi rasa dipeluk oleh mana2 manusia dari aku kecil lagi.
Bagi aku bila aku dipeluk sewaktu usia ku sebegitu aku dapat rasakan betapa nikmatnya rasa kasih sayang and sentuhan manusia huhu. Aku tahu aku silap, aku tahu aku berdosa sehinggakan aku pernah melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ya Allah jujur aku menyesal.
Lepas tu aku cuba untuk berubah, agak memakan masa juga lah sebab fikiran dan hati aku masih mengharapkan kasih sayang dari wanita. Jujur aku cakap memang agak perit untuk aku tinggalkan bende yang aku lakukan. Tapi Allah maha penyayang.
Allah hancurkan hati aku terhadap orang2 yang aku sayang. Dan masa tu aku dapat rasakan yang aku perlu berubah. Aku menangis sungguh2 bila fikir perbuatan aku tu. Aku sedar Allah dah tarik nikmat aku beribadah malam sebab dosa yang aku lakukan. Memang aku menangis teruk fikirkan apa yang aku buat.
Aku masih dalam proses nak berubah. Aku harap masih ada sinar harapan untuk aku. Doakan aku.
– F (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit