Balasan Karma

Assalamualaikum semua. Aku just nak share cerita sambil meluahkan apa yang aku sedang rasai.

Mudah cerita aku telah jatuh hati dengan someone dan dia pun suka juga dekat aku. Kami jumpa & kenal dekat dating apps. Ini perempuan first yang buat aku betul2 jatuh hati dan nekad untuk hubungan serious sampai kahwin.

Iya memang sebelum tu aku dah berkawan dengan perempuan lain sebelum kenal dengan si dia(Has-bukan nama sebenar). Jujurnya hubungan aku yang sebelum2 ni langsung tak terdetik untuk aku nekad sampai kahwin.

Hanya untuk suka2 menjadi teman hilangkan kesepian dan keseorangan walaupun pasangan aku sebelum tu ada juga yang serious untuk ke jinjang pelamin. Tapi hati aku tak sampai ke tahap itu dan sekadar nak suka2 hilangkan bosan keseorangan.

Ya aku tahu benda tu adalah satu kesalahan yang tak patut aku buat dan aku betul2 insaf dengan semua hubungan aku yang sebelum ini.

Mungkin kisah yang aku kongsikan ini adalah satu balasan atau karma kerana bermain dengan perasaan orang lain.

Apabila aku kenal dengan Has di satu platform socmed, memang aku terus tanam hasrat dan tekad bahawa si Has ni memang pilihan aku yang sebenar untuk pasangan sehidup semati aku.

Perasaan tu timbul walaupun aku tak sempat nak kenal dengan mendalam lagi personaliti dia.

Has pun seakan tak percaya bila aku sendiri bagitau yang aku suka dan tertarik dengan dia masa awal2 perkenalan.

Has terima dengan ikhlas dan kami memang berbincang tentang plan masa depan kami; pasal income, pasal kahwin, pasal keluarga & macam2 lagi.

Tapi silapnya bila aku berkenalan dan jatuh hati sepenuhnya kepada Has, sewaktu itu aku masih lagi ada hubungan dengan perempuan lain yang aku tak bersungguh-sungguh dengan perempuan itu sejak awal lagi.

Ya aku tahu kesilapan aku itu. Aku tahu langkah durjana aku itu merosakkan isi hati seorang perempuan lain sedangkan aku tak bersungguh.

Dipendekkan cerita, sebulan perkenalan aku dengan Has. Kami dah banyak bertukar hadiah dan mengenali karakter masing2.

Dalam masa yang sama aku juga tengah berusaha untuk putuskan hubungan dengan perempuan lain itu. Aku cuba untuk putuskan cara baik walaupun aku sedar salah aku.

Tapi perempuan tu tak mahu lepaskan walaupun dia tahu aku sudah berubah hati dan ada orang lain.

Takdir cerita yang disusun, akhirnya belum sempat aku putuskan sehabisnya dengan perempuan lain itu, perbuatan aku sudah kantoi dengan Has bila mana perempuan itu terus menghantar chat peribadi kepada Has melalui IG dan meminta penjelasan yang sebenarnya.

Dipendekkan cerita lagi, kami bertiga cuba selesaikan segala kerumitan ni dengan baik supaya takda yang berdendam antara satu sama lain.

Akhirnya, berpisah juga aku dengan perempuan itu dan juga dengan Has yang telah mengetahui kedajalan aku yang sanggup kecewakan hati perempuan lain dengan mempermainkan perasaan.

Moralnya kepada laki2 di luar sana(perempuan sekalipun, tak kisah). Andainya korang sekarang sedang lakukan benda yang sama iaitu menjalinkan hubungan dengan pasangan korang hanya semata untuk hilangkan perasaan lonely, berubahlah sebelum terlambat.

Sama ada korang ubah untuk jadikan hubungan itu serious sampai berkahwin (ada plan bila nak kahwin dan bincang pasal belanja dan bajet juga. Bukan semata sebut nak kahwin tapi takda plan langsung).

Atau korang berterus terang dengan pasangan korang yang mana korang hanya suka2 dan nak hentikan hubungan ni untuk berubah ke arah lebih baik dan insaf.

Sebelum korang terlambat lebih baik korang bertindak segera. Karma hanya memerhati dan menunggu masa.

Kesudahannya, walaupun sudah berbulan-bulan perkara ni berlalu, aku masih tak mampu move on dari Has.

Walaupun semua socmed dan nombor aku sudah diblock oleh Has, tapi aku sampaikan sanggup membuat akaun socmed baru untuk terus ikuti perkembangan Has.

Ya.. dia sedang bahagia dengan orang lain sekarang. Dan kebahagiaan dia yang aku lihat tu adalah derita yang aku tanggung sekarang. Aku cuma harapkan dia sentiasa bahagia.

Begitulah aku percaya, yang baik (Has) takkan sesekali dapat bersama dengan yang jahat(aku). Nak yang baik? Jom jadi baik. Masa masih ada untuk berubah.

– Remy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *