Hai. Kesian la hai, saya dengan lelaki spesis awak yang tawar hati dengan perempuan atas perkara yang awak senaraikan. Di sini saya bukan nak counterback point awak. Tapi saya nak beritahu apa peranan awak disebalik demand yang anda senaraikan.
1. Nak isteri lawa/cantik/kurus?
SERIUS TAKDE HAL. Saya nak tanya berapa ya nafkah yang awak nak bagi pada isteri? Kalau setakat RM 200-300, tak payah nak sembang kencang ya. Nak beli baju seksi, muka mulus sebab pergi facial, lepas beranak boleh kurus sebab dapat pakej berpantang macam Siti, tu semua perlukan DUIT ya. DUIT. Malas nak terang panjang, sekarang cek berapa nafkah nak bagi isteri.
2) nak perempuan sopan dan lemah lembut
Seriusla ko tak tau kenapa perempuan jadi garang? Sebab dia penat cari duit tolong kau, balik rumah tengok bersepah, anak dah tumpahkan susu mainan semua, tapi kau boleh rilek baring tidur atas sofa. Ada paham? Kalau kau tolong isteri urus anak masa dia sibuk memasak, takdenya dia nak marah-marah. Tolonglah sedar hakikat ni. Nasib baiklah saya dikelilingi contoh pasangan soleh wa musleh. Isteri masak, suami mandikan anak.. Isteri kemas rumah, suami jemur kain. Aku taknak prasangka, aku harap ko macam diorang jugaklah. Sebab bini kau sopan kan.
3) Suka isteri pandai dan rajin memasak.
SERIUS SANGAT BOLEH. Tapi kau dah buat belum part kau? Lauk kalau setakat ulang tempe tauhu tu takyah sembang la ya. Aku bagi contoh ayah aku, dia every week akan beli daging, ayam, ikan merah, ikan macam-macam lagi, dan apa-apa yang rasa keluarga teringin seperti gearbox dan sebagainya. Daging dan ayam tu pula ayah aku basuh dan potong siap-siap untuk senang masak. Kau hado? Peralatan memasak pulak jangan kau harap kuali satu tu je. Pastikan ada pressure cooker, oven, microwwave, blender untuk jus lain, lada lain, kering lain. Ada paham? Ini kalau isteri teringin udang butter pun beli udang pakai duit sendiri, kau takpayah la berangan nak isteri rajin masak. Kau masak je la sendiri. Takyah susahkan anak orang nak melayan selera mentekedarah kau tu.
4) Isteri serba boleh.
Haha ni memang aku nak tergelak. Seriusla weh ko nak isteri bertukang nak buat apa? Buat keranda kau? Kalau mintak isteri pandai drive, suka buat kerja amal, boleh jana pendapatan sendiri (untuk boleh infaq pada masyarakat ya, bukan infaq pada kau!) tu memang sokong sangat-sangat.
Nanti perempuan pandai semua, kau jugak rasa inferior. Pastu cerai jugak. Hadoi. Elokla dia suka mintak tolong kau, kan bekerjasama tu…
Ops, baru saya perasan kata ganti nama pun dah bertukar jadi kau tiba-tiba. Kepada BAIM, saya rasa anda tak sedia lagi nak jadi suami dan ketua keluarga. Baca sirah banyak-banyak, doa yang baik-baik. Kalau anda telah berkahwin, renunglah isteri anda dan berubahlah. Ikut contoh yang saya bagi ni pun dah cukup baik. Bukan suruh hafal quran 30juzuk, sediakan emas berlian pun. Saya kesian sangat kat isteri/bakal isteri anda. Berubahlah ya spesis lelaki begini. Jadilah lelaki budiman dan qawwam bagi para isteri. Jangan nak melingkor mintak itu ini tak sudah-sudah. Wassalam.
– Nur
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit