Balasan Tuhan Itu Ada

Assalamualaikum warga iium confession. Serba sedikit aku perkenalkan diri aku. Aku merupakan seorang adik daripada 10 orang adik beradik. Aku merupakan seorang lepasan universiti tempatan dan sekarang sedang bekerja part time sementara menunggu kerja yg stabil.

Di sini aku ingin kongsikan kisah tentang seorang kakak sulung aku. Aku gelarkannya Along. Jarak umur aku dgn along adalah 12 tahun. Along merupakan seorang kakak yang sangat pintar orangnya kerana jika nak dibandingkan dengan adik beradik aku yg lain, dia lah yg paling tinggi sambung pengajiannya iaitu Master dalam bidang perakaunan.

Walaubagaimanapun, jujur dikatakan bahawa sebenarnya perangai along ini tidak disenangi oleh adik beradikku yg lain begitu juga dgn ibu bapa ku. Yang aku boleh list kan :

1. Mulut longkang

Tak pernah sekali along menjaga tutur kata dia sebagai anak dan kakak sulung kepada ibu abah dan adik2 nya yang lain. Pantang ditegur ibu, asyik menjawab saje kerjanya. Yg betul hanyalah dia. Dengan adik2 pula, kerja nya asyik nak cari gaduh. Bila penat pulang dari kerja, pantang buat salah adik aku yg bongsu, ditonyoh-tonyoh kepala adik aku nak dilepaskan geramnya.

2. Berkira

Bukan sahaja bab duit. Semua benda nak berkiranya. Kerja-kerja rumah seperti menyapu, basuh pinggan, mesti ada yang nak diungkit. Tak pernah ikhlas dalam membantu ibu. Kalau ayam bertelur riuh sekampung, along menggoreng telur riuh 1 rumah. Pernah sekali juga, adik aku ingin meminjam kereta nya untuk ke kedai fotostat. Disuruhnya ganti balik minyak kereta. Kereta tu pun abah punya and dah habis bayar pun. Tapi, demi kepentingan anak, ditukarkan nama kereta tu milik along. Macam tak sedar diri pulak along aku yer.

3. Hubungan dengan ibu abah

Bab mulut, memang tak dinafikan lagi. Walaupun dah jadi ibu kepada 4 orang anak, along masih lagi dengan sikapnya yang suka melepaskan geram kepada adik2 nya yang lain. Aku masih ingat dia bergaduh dengan kak ngah, ibu cuba untuk menghentikan perbalahan tersebut. Tetapi ditengkingnya ibu supaya tidak masuk campur sehingga ibu bertindak menampar along. Disebabkan hal itu, along tidak bercakap dengan ibu. Lama juga. Pernah juga abah tidak mengaku along sebagai anak dan malas nak ambil peduli lagi pasal along. Tapi, hati ibu bapa mana yang sanggup tengok anak sendiri dalam kesusahan.

Walaupun aku baru awal berusia 20-an, tapi aku dan ibu dah macam bff. Aku lah tempat ibu meluahkan perasaan. Aku juga senang hati dapat mengurangkan sedikit beban ibu sepanjang berada di rumah. Sering saja ibu menceritakan dia sangat berkecil hati dengan along. Ibu juga selalu pesan supaya jangan contohi along. Bagi pendapat aku, along boleh dikatakan tidak kenang budi. Keempat2 orang anak nya semuanya ibu yang jaga. Ibu tak pernah minta duit daripada along memandangkan dia pun tak pernah bagi.

Kami adik beradik yang lain pernah je slow talk dengan dia supaya ubah sikap dan jangan menyusahkan ibu. Tapi ibarat mencurah air ke daun keladi je. Yang aku paling pantang, pernah sekali anaknya tersalah makan sehingga cirit birit. Diherdiknya ibu, dimarah dan menyalahkan ibu dan menuduh ibu memberi makanan yang tidak elok kepada cucu sendiri. Ibu hanya mendiamkan diri dan terus masuk ke dalam bilik.

4. Hubungan dengan suami

Along dikhawinkan dengan pilihan ibu dan abah. Disebabkan dia juga baru putus cinta dengan kekasih lamanya, along juga malas ambil peduli dan terima saja dengan pilihan ibu abah. Punya dia malas ambil peduli, sampai dari sekecil2 benda untuk kenduri sampailah sebesar2 benda, langsung tak diambil peduli. Duit? 1 sen pun tak berusaha nak kumpul. Alasannya, ye lah, sebab ibu abah yg nak dia kahwin.

Alhamdulillah, aku mendapat seorang abang ipar yang baik. Disebabkan perangai along yang agak panas baran, along boleh dikatakan agak queen control. Abang ipar aku hanya turutkan saja. Dari pandangan kami sekeluarga, abang ipar aku sudah seperti seorang bibik kepada along. Dialah yang menguruskan segalanya. Makan, pakai, bahkan uniform along bekerja pun abang ipar yang iron. Walaupun sememangnya itu adalah tanggungjawab seorang suami, mana pula tanggungjawab along sebagai seorang isteri?

Korang jangan pelik pulak tanya macam mana aku tahu. Sebabnya mereka sekeluarga duduk serumah dengan kami. Belum ada rezeki untuk menyewa/membeli rumah mungkin? Semasa along outstation 3 hari 2 malam, abang ipar aku pernah meluahkan kepada ibu yang dia berkecil hati dengan perangai along. Yang didengar sebelum berkhawin semuanya indah2 dan baik2 saja..ibu hanya mendiamkan diri kerana malu. Abah pula menegaskan bahawa abang ipar aku yg terlalu mengikut kata isteri dan tidak bertindak tegas sebagai ketua keluarga dan seorang suami.

Yang aku ingin sampaikan sebenarnya, aku semakin nampak hidup along semakin sukar. Along baru ditamatkan kerjanya sebab majikan tidak ingin menyambung kontrak. Walaupun Along cekap dalam membuat kerja, dia masih tidak mampu untuk menonjolkan diri dan bakat yang ada. Dan minggu lepas, along telah diceraikan dengan talak satu oleh abang iparku. Abang ipar pula ingin menuntut hak penjagaan anak2 buahku. Along nampak seperti tidak terurus. Anak-anak buah aku pula, pantang dibuat silap sikit, habis dipukulnya. Ada juga aku melarikan anak buah aku masuk kunci ke dalam bilik sampai along reda kemarahannya.

Bila dimarah oleh ibu sikap barannya yang semakin menjadi-jadi, dimarahnya balik ibu. Ibu hanya mendiamkan diri dan terus masuk ke dalam bilik. Aku berusaha untuk menyejukkan hati ibu supaya tidak ambil hati dengan perangai along. Along memang dah biasa macam tu. Tapi, yang paling aku terkesan dengan kata-kata ibu lepas tu, “Along along, padanlah kalau hidup along payah. Ibu tak redha”. Sentap beb. Aku diam je.

Maaflah kalau penulisan aku agak bosan dan panjang. Aku berharap cerita aku dapat dijadikan pengajaran kepada pembaca2 di luar sana terutama sekali yang bergelar anak. Siapalah kita semua tanpa keberkatan ibu bapa kita. Dan betul lah apa yang selalu ibu selalu cakap, “sekarang ni dah dunia akhir zaman. Apa-apa pun, Tuhan mesti balas cash”.

– Adik

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *