Assalamualaikum terima kasih admin jika post confession saya. Seperti tajuk diatas reply kepada Dayang Senandung, (https://iiumc.com/jodoh-sukar-kerana-hodoh/).
Here saya ada beberapa nasihat untuk awak. Jujur saya berasa sebak ketika membaca confession saudari.
Saudari yang disayangi Allah sebenarnya saya juga pernah mengalami nasib yang sama seperti yang dialami oleh saudari. Ingin berkawan tetapi tidak ada lelaki yang sudi. Kalau ada pun setakat hal kerja sahaja haha.. Begitulah.
Tapi saudari saya sentiasa berfikiran positif. Saya selalu kata pada diri saya “takpelah jika dia tak mahu berkawan dengan aku. Ada sebab disebaliknya yang aku tak tahu”, itu yang selalu saya bisik pada diri.
Pada my parents saya terangkan bahawa saya memang tiada siapa- siapa single je. Jika mak saya tanya saya jawab je saya ada matlamat hidup sendiri. Life must go on haha.
Saudari yang dimuliakan Allah saudari perlu tahu memang lelaki pada fitrahnya amat suka kepada kecantikan kerana lelaki adalah makhluk yang bersifat visual.
Maka tidak hairan jika mereka memandang rupa dahulu. Ini biasa. Saya percaya masih ada lelaki yang menerima apa adanya tetapi tahukah saudari kecantikan itu subjektif sifatnya.
Saudari saya sarankan saudari banyakkan membaca buku- buku motivasi dan juga buku bersifat piskologi agar dapat memahami cara bagaimana lelaki dan wanita ini berfikir saya boleh sarankan buku sekufu tulisan Aiman Azlan dan Dr Harlina Siraj terbitan Iman Publication.
Buku ini mengajar kita mengenai dunia perkahwinan dan cara- cara berkomunikasi dengan baik.
Saudari. Ketahuilah dunia perkahwinan itu tidak mudah kerana kita akan terjebak dengan perasaan kita sendiri belajar urus emosi terlebih dulu.
Saudari cuba fikir jika cantik dijadikan ukuran kenapa kita lihat artis- artis lawa- lawa tu pun diceraikan sepatutnya tak lah kan kalau fikir logik sebab semua perfect?
Tapi satu hal yang saudari kena ingat kesempurnaan itu juga milik Allah kita ni tak lepas dari kekurangan. Begitulah juga lelaki yang saudari temui.
Saudari yang dimuliakan Allah saya percaya saudari seorang yang bijak. Cuma tertewas oleh perasaan sahaja begitulah. Maaf saudari saya rasakan saudari tak perlu downgrade yourself untuk semata- mata menarik perhatian lelaki.
Tindakan saudari menegur tiap- tiap lelaki kerana setiap lelaki mempunyai tafsiran berbeda bergantung kepada cara bagaimana saudari get approach lelaki. Mereka tak suka ayat panjang berjela cukup make it short simple dan mudah difahami.
Saudari yang dimuliakan Allah sebagai seorang perempuan fokus terlebih dahulu pada membahagiakan diri saudari terlebih dulu. Urusan jodoh serahkan pada Allah.
Macam saya kan saudari saya fokus kepada self development diri saya. Saya attend webinar. Workshop (ni cara saya la) untuk upgrade ilmu dan skill yang saya ada untuk majukan diri saya.
Saudari yang dimuliakan Allah memang sedih bila lelaki yang berpotensi untuk kita berkawan tu reject kita. Bezanya saya hanya di bluetick je tak pernah direject cara kasar macam saudari.
Tapi pendekatan saya saya cuma tegur hanya sekali atau dua kali je tak kira la lelaki ke perempuan jika dia tak layan saya anggap dia tak sudi berkawan atau maknanya saya bukan his taste la tu.
Saudari kita boleh tengok dan nilai cara bagaimana dia melayan kita.
Saya pun pernah juga kena, dimana lelaki tersebut hanya bercakap dengan kawan saya je. Saya tanya soalan pun buat dunno je. Yelah kurang cantik kan.
Tapi apa yang saya buat saya blah dari tempat kejadian, tinggal je lelaki tu dengan kawan saya saya pegi mengopi kedai hipster sorang- sorang lagi best. Haha kejam kan saya.
Tapi itu lebih baik dari sakit hati bila kawan whatapss tanya cakap je saya ade emergency haha.. Kena bijak sis untuk elakkan diri sendiri disakiti kan. Huhu..
Sis buat masa sekarang saya cuma berdoa je moga dimudahkan segala urusan dapat berbakti kepada ibu bapa dan dikurniakan jodoh yang menerima saya seadanya.
Tapi officially saya tak fikirkan secara serious sangat mengenai jodoh chill je prinsip saya jika ada jodoh alhamdulilah jika tiada insya Allah ade kat syurga nanti.
Ingat sis nak jaga anak bukan senang sekarang mental dan fizikal kena kuat dengan keadaan ekonomi tak menentu. Yang dah kahwin pun boleh bercerai curang yang bertunang pun boleh putus tiada yang kekal sebab Allah itu pemilik hati.
Saudari yang dimuliakan Allah. Kita perempuan ni memang berhak memilih tapi kita ni menunggu dipilih sementara lelaki mereka diberi hak memilih.
Tapi sis walaupun kita tak dipilih tapi kita pun berhak bahagia berhak mencintai dan menghargai diri kita sendiri siapa lagi boleh bahagiakan kita melainkan diri sendiri.
Abaikan je ape orang nak kata kita patut fikir pulak ape Allah kata sebab hidup ni terlalu singkat untuk derita. Ajal menyapa dulu sebelum jodoh menyapa bagaimana?
Ingat kebahagiaan tak datang hanya dengan berpasangan je banyak cara lain untuk cipta bahagia kan.. Sama- sama kita positifkan diri ya.
Salam sayang.. Hugs.. Be strong okay…
– Kassandra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit