Hai. Harap approve la kisah ni. Saya cuma nak respon pada kisah Shima, rumah mertua yang kotor kat link ni,
https://iiumc.com/dilema-
Saya ada baca banyak komen bagi pandangan dan nasihat bernas. Saya cuma nak share pengalaman yang sama. Mungkin yang rasa lebih memahami. Tak berani nak komen takut ada yang kenal saya.
Puan Syima, saya pernah melalui fasa tekanan dan tak selesa itu. Drama air mata tak yah cita lah.
Perkahwinan saya masuk ketahun keenam dan Alhamdulillah saya melalui kehidupan ini dengan “baik-baik” saja.
Saya tak pernah masuk kerumah keluarga suami sebelum kahwin. Cuma suami selalu cerita kehidupannya yang kekampungan dengan kambing dan ayam itik.
Saya tak kisah sebab saya pun orang kampung.
Mak mertua saya menerima saya dengan baik. Cuma saya tak selesa disana.
Kami juga hidup sendiri selepas kahwin. Cuma jarak rumah dalam 35 minit macam tu. Seminggu dua tiga kali juga menjengah kesana.
Seperti Puan Syima saya juga mengalami jalan yang sama, rumah yang kotor dengan najis ayam dan kucing yang kering, pinggang mangkuk, periuk, nasik basi buah buruk etc.
Saya bukan pembersih dan pengemas, cukup sekadar tidak pengotor.
Cuma bezanya, dari awal masuk kerumah orang saya telah bersedia.
Berkali-kali kakak saya pesan, sebaik mana pun sebagus mana pun kita, masuk keluarga orang mesti ikut rentak mereka. Jangan harap apa-apa, bagi apa adanya.
Dan ye, saya tak pernah kemaskan pun. Saya hanya tengok dan istighfar. Itu cara mereka.
Lagipun mak mertua saya sangat baik. Anaknya juga anak yang baik. Bila raya, suami sayalah yang kemaskan rumah itu.
Dulu saya pernah tanya suami, tapi saya nampak rautnya tidak senang. Saya tak nak dia tersepit. Cuma saya tahu, dia tahu saya tak selesa.
Saya pernah dengar mak cerita ada menantunya kemas dapur dan buang banyak barang yang disayang. Saya faham dia tak senang dengan cara itu.
Saya tak kisah dilabel malas, sebab saya memang begitu dirumah mertua. Betul betul sekadarnya. Datang la kerumah kami, saya layan masak sebaik mungkin.
Bila balik kampung saya cenderung bawa makanan yang saya masak. Saya kurang makan makanan disana, saya membayangkan yang bukan-bukan.
Tapi mereka menyambut baik tindakan saya. Jika saya datang tanpa makanan, mak akan keluarkan buah buah yang ada.
Saya faham mak terima saya, saya juga perlu terima keadaan mereka. Walaupum kadang saya tak tahu nak duduk dimana.
Saya rasa semua tempat tak bersih sebab ada abang yang suka pakai selipar dapur sampai ke ruang tamu. Kat dapur kotornya ayam keluar masuk okey.
Cuma beza saya dengan confessor, saya belum ada anak.
Terfikir fikir juga saya kat mana nak letak anak saya nanti. Takkan nak meriba jer hu. Sebab saya nak masuk rumah pun jinjit kadang.
Saya fikir mereka pernah nampak kelakuan saya, tapi tak sekali mereka tegur atau perli.
Jadi saya fikir saya juga kena terima seadanya. Lebih berlapang dada walaupun sampai sekarang saya kurang selesa di sana.
Suami saya cukup baik. Dan dia anak yang baik. Jadi kebaiakan-kebaikan ini bagi kekuatan pada saya untuk tutup mata tutup mulut, untuk kekurangan ini.
Saya yakin dan percaya, takda kehidupan yang sempurna. Kita hanya manusia yang hidup untuk diuji.
Sekian.
– Menantu hantu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit