Balasan Zina

Assalamualaikum semua. Aku Anis dan berumur 30an. Dah kawen dan dah ada anak.

Baru baru ni aku ada baca yang kes tangkap basah. Saja nak cerita pengalaman hidup. Aku masa zaman belajar dulu boleh dikatakan agak liar sikit. Tak pakai tudung. Solat pon jarang jarang. Kalau solat pon habis salam kiri kanan terus bukak telekung.

Masa zaman sekolah menengah, aku budak baik jugak la. Tapi lepas masuk uni, maybe culture shock kot. Duduk asrama ramai ramai jumpa kawan macam macam pastu suka hati boleh keluar malam takde orang tegur apa semua. Rumate pon jarang ada. Gitu lah. Sepanjang di uni, ada la dalam 6, 7 orang pakwe. Semua pernah terlanjur dengan aku, hmmm.

Lepas habis belajar, keje kejap, kenapa entah maybe Allah sayang saya kot. Saya dapat workmate yang alim alim je semua. Jenis geng usrah. Pakai labuh labuh sopan santun lemah gemalai.

Automatik saya pon berubah slow slow ke arah lebih baik. Solat taubat semua. Pastu maybe Allah memang sayang. Ex ex boyfriend semua hilang entah ke mana setakat ni tak pernah jumpa di fb ke ig ke atau dalam aeon ke pasar malam ke taman ke klcc ke..

So keje dalam 3 tahun, jumpa suami. Terus kawen. Suami baik sangat sangat. Suami maybe tak tahu kot saya pernah terlanjur. Dia tak pernah tanya tak pernah cakap apa apa dan saya pon tak pernah tanya kisah silam dia macam mana tapi dia memang baik.

Jadi saya bersangka baik. Mungkin dia tak pernah terlanjur sebab bila saya tanya kawan kawan rapat dia, mak ayah kakak dia dan adik beradik dia semua bagitau dia tak ada makwe. Saya orang pertama yang dia rapat dan terus bawa balik rumah untuk kenalkan pada family.

Korang mesti tau kan. Ada dalam al quran sebut. Ada hadis jugak. Orang yang berzina ni. Dosa besar. Allah tarik rezeki dia. Dia akan sentiasa duduk dalam keadaan sesak takde duit walaupun rezeki dia melimpah ruah. Macam tu la aku sekarang. Aku kerja gaji bersih RM4500. Tak ada tolak apa apa. TAPI.. tengah bulan je habis.

Aku buat apa? Beli baju online beli barang mekap beli kasut beli itu ini. TAPI.. baju tak padan mekap tak boleh pakai sebab alergik kasut tak sedap pakai salah size. Macam macam. Tapi aku macam tak serik. Every month mesti macam tu. Bila saving banyak sikit, mesti ada hal punya. Tayar kereta pancit kereta kena langgar tv rosak itu ini.

Tapi suami aku. Gaji lebih kurang aku. Tapi dia boleh bayar kereta di kampung bayar kereta kami sekarang bayar rumah bayar astro bayar api letrik, bayar air, topap kan aku beli barang dapur. And the list goes on. Hujung bulan still lagi ada duit dia. Aku tak faham!!!

Bila turn aku bayar astro, daripada 150 tiba tiba akan ada la caj bayar lambat caj pemasangan semula (lol) caj extra channel semua benda. Bila time aku nak belanja makan, mesti mahal nak mampos. Tapi kalau dia yang belanja makan sedap sedap eh murah pulak. Aku tak faham.

Aku dapat kwsp berpuluh ribu. Tak sampai 2 bulan habis. Walaupun aku dah save siap siap di asb tapi semacam ada benda merasuk suruh keluarkan. Beli macam macam.

Tapi benda macam macam tu macam takde makna pon contohnya macam tu lah. Beli kasut beli makan sedap sedap beli tiket berchotu, hmm. Last sekali aku bagi suami pegang. Suami dapat kwsp, elok je macam macam dia boleh buat dengan duit tu yang kami nampak dengan biji mata.

Aku selalu cakap dekat suami. Kenapa ya rezeki saya ni macam tak berkat. Adaaa je benda nak dihabiskan. Duit aku aku habiskan sendiri tapi duit dia menyumbang macam macam untuk kami 1 keluarga. Dia dah ada rumah dan tanah. Aku takde apa apa. Nak beli rumah sebijik pon punya la susah proses tapi dia senang je aku tak faham.

Aku rasa ni la balasan sebab aku pernah berzina. Bukan sekali tapi berkali kali. Memang betul Allah sempitkan rezeki aku walaupun rezeki sentiasa ada tapi sentiasa habis. Bukan aku tak cuba berjimat atau cuba tips berjimat tapi kau tahu, ia berlaku secara tak sedar. Simpan simpan eh tiba tiba mana pergi yang simpan tu? Ooo rupanya itu ini itu ini.

Nak cakap pon tak pandai until u experienced it by yourself. Walaupun aku dah taubat nasuha banyak kali menangis nangis. Mungkin Allah dah ampunkan aku tapi balasannya tetap berjalan. Aku redha ya Allah. Jika balasan di dunia ini mengurangkan siksaan Mu di akhirat. Aku redha.

Terima kasih ya Allah kerana rezekikan aku dengan suami yang baik, anak yang sihat alhamdulillah cerdik. Readers yang membaca, elakkan zina. Hidup takkan tenang dan rezeki takkan cukup.

Aku bersyukur sangat dah ni ex aku tak pernah ada yang buat gila bocor kan rahsia atau mengandung atau apa apa yang sewaktu dengannya. Memang Allah sayang aku. Aku ja yang buta hati dan mata. Semoga korang tak bodoh macam aku.

– Anis (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *