Assalamualaikum semua, lately aku tengok banyak pulak trend dekat tiktok, instagram dan twitter berkaitan “cara-cara nak bagi suami setia/ lekat dekat rumah/ tak pandang perempuan lain”.
1. Pertama sekali, tips yang dipaparkan haruslah kena makeup/ tatarias, kemudian baju kena menarik, menjaga badan, wangi, lemah lembut, pandai memasak.
Aku tak taulah yang bagi tips ni dah kahwin ke belum, yang aku nak tekankan kenapa sekian lama dari dulu yang kena menjamin keutuhan rumah tangga tu terletak dekat bahu wanita?
2. Isteri tu la yg jaga rumah, jaga anak, masak, mengemas, pegi keje, monitor anak study, malam nak layan suami, jaga hubungan dengan mertua lagi lepas itu dah satu hal pulak nak pastikan cemana laki tak lari.
Yang suami? Isteri bergaya wangi la cemana pun, dekat rumah ade ko tengok dia pakai jeans? Pakai colar shirt? Buat rambut? Spray perfume? Ado? Tak hadooo. Elok saja dari pagi sampai pagi esok pakai boxer takpun kain pelekat.
3. Lagi satu, mana-mana suami yang merokok ataupun hisap vapa tu TOLONGLAH amik berat kebersihan mulut tu. Tak guna bini lawa tip top tapi bau mulut korang busuk.
Kadang-kadang nak bersama tu tahan saja loya mulut suami busuk, kang cakap lebih-lebih ingat isteri tak suka pulak tapi realitinya tak ada sapa suka orang mulut busuk.
Dah tahu kuat merokok dengan hisap vapa spend la sikit 3-6 bulan sekali pergi dentist. Spend sikit beli ubat gigi, berus gigi, floss dengan mouthwash tu.
4. Tak salah isteri ni duduk rumah bergaya tapi jangan jadikan itu sebab dan jaminan kesetiaan seorang suami.
Semua isteri dalam dunia ni memang ikhlas nak cantik, bersih dan kemas bila dekat rumah bahkan dalam islam pun mengesyorkan hal ini. Tak sedaplah kalau makin lama makin naik pulak trend laki kau lari sebab bla bla bla, laki kau kena rembat sbb isteri tak bergaya padahalโฆ
5. Lelaki ni kalau dia nak menggatal ke nak miang ke isteri lawa top notch pun dia tak hairan. Pokok pangkal berbalik kepada hati.
Hati kita ni Allah yang pegang seiring dengan usaha kita sebagai suami isteri. Tapi kalau suami yang membenarkan ruang-ruang luar masuk dalam rumahtangga, then stoplah salahkan sang isteri itu ini.
Orang muda kena tahu bahawasanya kecantikan ni takkan kekal dalam rumahtangga tanpa usaha kedua pihak, doa yang berterusan, solat yang konsisten serta kesefahaman yang sentiasa diperbaiki.
6. Sudah-sudahlah membebankan dan mengajar para isteri perkara yang tak realistik.
Ni belum masuk tak memasal ada isteri yang down sebab tak dapat bergaya dekat rumah pakai dress, pakai gown sexy, tak dapat spray body mist bbw, tak dapat makeup sebab barang makeup tak complete.
Aduhaiii. Kesian. Tak memasal saja ada orang tak boleh cantik dan bergaya dengan apa yang ada sahaja.
7. Ketahuilah wahai para isteri, kita ni boleh cantik, kemas dan bergaya dengan apa yang kita ada. Semua bergantung kepada kemampuan kita. Kalau kita mampu beli macam diatas dipersilakan tak ada masalah, kalau tak mampu tak apa, usahakan apa yang ada.
Mungkin kita tak ada gown sexy tapi rambut kita sisir rapi, bau badan tak tengik, bibir mampu ukir senyuman. Adakalanya dengan bedak pun memadai jika itu sahaja yang ada janji kita berusaha dan rajin untuk nampak cantik dan kemas ketika dirumah.
8. Patutnya selain trend suruh isteri bergaya, kenalah tekankan sekali konsep komunikasi. Pertamanya macam mana nak kawal tone percakapan bila tengah marah tapi masih bersabar? Haa ingat senang ke?
Kalau terlepas tone ni silap-silap masam muka 44 hari. Keduanya macam mana kita suami isteri ni nak kekalkan kesabaran mengadap perangai yang tak berkenan dekat mata?
See, ini proses tau bukan berlangsung sehari dua saja tapi selama mana kita masih rasa tanggungjawab dlm rumahtangga ni. Patutnya benda-benda macam ini la orang buat trend, biar yang nak kahwin tu fikir panjang sikit.
9. Komunikasi ni point paling penting selain kewangan. Adakalanya kita isteri bila penat dan pissed off kita terkeluar juga tone-tone yang bila suami dengar boleh menyinga, tapi janganlah amik ringan, kita slowly perbaiki sampai dah tak terkeluar dah tone macam tu.
Yang lelaki pulak, bila dekat rumah tu rajinkan mulut bertanya anything yang isteri perlukan walaupun diorang tak tanya.
Common sense la sikit bila tengok isteri tu tengah berkuntau dekat dapur pegilah tanya nak tolong mandikan anak ke buat susu anak ke mop rumah ke. Dah kalau isteri cakap tak ada apa tak apalah.
10. Okaylah itu je, kalau rasa nak tambah boleh tambah dekat komen. Stay safe semua.
– Aina Farha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->ย https://iiumc.com/submit