Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya tulisan aku disiarkan. Ini tulisan kedua aku di sini. Alhamdulillah.. tamat sudah 10 hari cuti di kampung halamanku. Untuk sesetengah orang, seronoknya bila dapat balik kampung. Aku pun sama. Cuma semenjak dah terlalu penat dengan anak-anak ni jadi dah tak happy..
Confession ini aku tulis sekadar nak meluah…
Setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga, awalnya dirasakan kampung halaman tu sejuta nikmat bila dapat balik berlama-lama. Nak diringkaskan cerita, aku adalah seorang surirumah dan suami adalah seorang guru. Aku dah berumur 34 tahun, suami 35 tahun dan kami sudah mempunyai 5 orang cahaya mata. Selaku surirumah, untuk aku, kebahagiaan anak-anak dan suami lebih utama. Cuma aku sendiri tak tahu bila bermula, aku rasa kurang seronok nak balik kampung lama-lama macam dulu.
Diringkaskan cerita sekali lagi, suami aku ada 11 beradik dan dia anak kedua. Rumah yang dibeli mentuaku adalah rumah semiD. Untuk tempoh masa sekarang ni, 4 orang adik beradiknya sudah mendirikan rumah tangga. Mentuaku sekarang sudah punya 14 cucu. Adiknya yang baru sahaja melahirkan anak berusia 2 bulan sekarang ni menetap di rumah mentua aku iaitu rumah maknya sendiri.
Jadi, kadar bilik dah berkurang. Dari 4 bilik, satu bilik mentua, satu bilik adiknya, satu bilik untuk kucing dan satu bilik untuk anak-anak dara. Kami? Tiap kali balik kampung, aku ni menumpang di celah tirai sahaja di ruang tamu. Di sini masalah aurat lah sikit. Anak-anak pulak tidur di ruang tamu aje lah. Tak pa lah sebab semua masih kecik. Tapi kalo dah semua adik beradik dia berkumpul, aku tak tahu lah lagi dah mana aku nak letak hatta kaki aku pun.haha..
Suami aku ni, jenis kalo balik kampung ni suka balik lama-lama. Kalo dulu cuti sekolah 6 minggu, 4 minggu balik duduk di kampung. Tahun ni lah paling sekejap, 10 hari. Sebab aku dah mengamuk jugak sebelum balik ni. Aku tak tahan kalau tidur pun bertudung, berlengan panjang.. penat sangat rasanya. Sebab kami tak de bilik. Adik-adik ipar lelaki pun ramai lagi di rumah mentua ni.
Rumah keluarga aku pulak dah lama tak de sape balik sebab kedua2 orang tua aku dah tak de. Kalo aku balik pulak, balik rumah kakak je la.. Tu pun dapat la 3 hari jer duduk sana. Padahal sana aku lebih selesa sebab abang ipar aku ni jarang ada dekat rumah. Jadi tak de lah nak kesah sangat pasal aurat. Tapi tu la, susah nak kawtim dengan suami ni. Memang dia nak balik rumah mak dia aje manjang. Senak kepala betul.haha
Berbalik cerita bercuti rumah mentua ni. Bapa mentua aku ni pulak merokok dalam rumah. Siang hari memang dah biasa kalo dia merokok diruang tamu. Aku dan anak-anak masih boleh merlarikan diri ke ruang lain, dapur, laman rumah.. Dah semakin berumur ni, galak pulak tak tidur malam. Pukul 2 3 pagi bangun merokok depan televisyen di ruang tamu. Kami yang tidur ni nak lari ke mana? Telan ajer lah asap tu. Sakit hati jugak sebenarnya, hehe..
Tiap kali asap tu kami sedut, aku doakan jangan lah datang penyakit untuk kami. Tapi mustahil lah.. anak- anak aku jenis mudah batuk dan semput. Sorang kena berjangkit la. Nak lengkapkan cycle tu sebulan jugak bergilir batuk selsema dan semput disebabkan rokok. Nak marah? Entah lah.. aku dah kebas sebenarnya dengan semua ni. Benda ni kalo jadi dekat anak-anak aku memang suami aku endah tak endah. Melainkan bila dia kena jugak, hihi.. baru dia ada bunyi sikit-sikit dekat ayah dia. Tapi sebab ayah kan, ayau dia. Dia tak boleh nak cakap salah. Kena iyakan je. Aku pun kat sini tak faham jugak, kalo macam ni derhaka tak anak bersuara menegur. Jadi 11 tahun ni aku telan aje lah.
Cuma sejak anak aku dah ramai ni, aku mudah nak tensyen sebab aku penat bila diorg sakit. Sebulan aku kena berjaga malam. Tak lena aku kalo anak-anak bergilir sakit. Rumah mentua aku ni pulak, karpet satu rumah. Tak pernah pulak cuci. Haishh.. habuk jangan cerita lah. Dekat dapur pun karpet jugak. Serius aku geli jugak sebab kadang-kadang bila air tumpah ker, mencecet rasa kaki. Dan diorg suka sangat membeli perabot. Dengan adik beradik yang ramai, perabot banyak, Allah semakin rimas rasa.
Bapa mentua aku pulak jenis semua nak simpan. Aku amik contoh surat khabar jer lah. 5 jenis sehari dia beli. Dan dia tak izinkan pun akhbar tu dibuang atau dijual balik. Berlambak bawah tangga. Kain baju adik-adik aku yg tak terpakai tu tak payah cerita lah. Aku rimas sangat tengok. Tapi apa daya.. aku telan je jugak. Pernah aku mengemas masa mentua aku pergi menunaikan haji. Adik beradik diorg marah. Sebab katanya abah diorg marah kalo alihkan barang rumah nanti tak jumpa cari barang. Surat khbar pun abah tak bagi buang. Ermmhh.. apa lagi aku boleh buat?
Tadi ada aku sebut tentang bilik kucing. Mesti korang pelik bila dinamakan bilik kucing, hihi.. yee.. adik ipar aku bela kucing. Dan kucing ru adalah kucing parsi. Dia cukup sayangkan kucing tu. Aku rasa dah beribu kot duit dia dihabiskan kat situ. Bila ditegur tak boleh. Memang dia jenis panas baran. Suka buat-buat muka. Mak mentua aku tegur pun dia tak boleh nak terima, takkan lah aku orang luar nak tegur. Aku pun datang menumpang sesekali. Bagi aku, dia agak selfish.
Lately, aku jadi tertekan sebab tiap kali balik kampung aku jadi migrain. Aku tak boleh panas menutup kepala lama-lama. Aku jadi sakit kepala dan muntah-muntah. Susah nak bagitahu suami aku sebab selama ni aku menurut ajer apa yang dia nak. Aku juga jadi susah nak bernafas bila abah dia merokok dalam rumah. Aku rasa nak memberontak sebab aku dah mula rasa kelam.
Sesekali aku cuba untuk telan dan terus telan. Cuma bebaru ni sebab aku dah muntah teruk aku, aku suarakan jugak, aku boleh bertahan seminggu jer untuk balik kampung. Tapi lajak jugak jadi 10 hari. Dan kali ni macam biasa, anak aku ada yang betuk teruk. Aku?? Dah selamat telan panadol sebab sakit kepala yang amat dah. Batuk- batuk dan dah mula selsema.
Aku benci sebenarnya keadaan ni. Aku penat tiap kali balik kampung berakhir dengan sakit. Kadang-kadang aku mencarut dalam hati ni sorang-sorang. Aku sedih. Kadang-ladang aku rasa down. Aku betul-betul harapkan Allah ubah perangai bapak mentua aku ni. Sehari bukan sekali dua dihisap rokok dalam rumah. Lebih kurang sekotak!
Tapi tu la.. bila cerita bab kahwen, cerita bab rumah tangga, kita kena terima seluruh hidup pasangan kita. Lagi-lagi aku tak de ayah, tak de ibu. Aku menumpang kasih orang. Aku menumpang kasih suami dan keluarga dia. Dan bila kita jadi isteri, kita kena cerdik untuk handle banyak keadaan. Kena cool tiap masa. Perkara utama dalan berumahtangga ialah tolak ansur. Kalo dirasakan suami aku tak dapat beralah dalam sesuatu situasi, akulah yang kena mengalah. Sebab cita-cita aku, selaih redha Allah, aku mengharapkan redha suami aku jugak.
Aku selalu rindu kampung halamanku. Aku selalu rindu keluarga aku dan keluarga ipar aku ni sebab aku rasa aku tak de masalah dengan diorang. Cuma aku ada masalah dengan persekitaran kurang sihat macam ni. Aku rimas. Aku selalu pesankan pada hati aku, keadaan ni mungkin hanya tusukan syaitan je nak punahkan kasih sayang aku dan keluarga aku. Sengaja datangkan rimas, datangkan rasa geram. Tapi aku kalah bila aku dah mula sakit kepala dan anak-anak aku mula sakit. Masa ni aku mula rasa nak menangis dan salahkan keadaan. Ya Allah.. kelam pulak rasa.
Aku dah tak boleh bincang dengan suami aku tentang hal ni lagi. Sebab aku dah pernah bergaduh tentang isu balik kampung ni. Dia akan gunakan alasan balik kampung untuk berbakti pada orang tua. Sedangkan aku dan anak-anak lah kena banyak berkorban. Memang la aku tahu, tak besar pun pengorbanan aku ni sekadar jaga aurat, korban kesihatan sesekali.
Untuk duduk di homestay sepanjang 10 hari ke seminggu ke, ni memang tak la. Luar kemampuan. Aku dah buat kira-kira, sehari sudah RM350. Lagi pulak aku hanya surirumah, mana nak cari duit nak cover homestay. Aku ada pilihan untuk telan sahaja semua tu.
Aku nak suami aku balik berbakti pada orang tua. Sebab aku tahu syurga dia adalah pada mak ayah dia. Dan aku mahukan juga doa-doa dari kedua-dua mentua aku. Walaupun ada secalit rasa geram dihati aku, mereka perlu aku taat macam aku taat pada kedua-dua orang tua aku. Cuma aku ni lah masalah.. aku rimas lama- lama balik. Kenapa lah dengan aku ni?
Doakan dipermudahkan urusan aku tiap kali balik kampung, hehe.. sekarang ni baru bulan 12, cuti bulan 3 nanti aku dah terbayang perkara sama dah wey aku nak kena tempuh, haha.. Mengarut betul pikiran aku ni. Sekian, assalamualaikum.
– Kakra
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit