Salam semua. Lailer Jeliter kembali.
Hari tu aku ada confess fasal pengalaman aku yang ‘terpaksa’ balik kampung. Boleh baca di sini, (https://iiumc.com/balik-kampung-2/).
Aku rasa aku share tu secebis je dari kenangan aku.
Sekali confession tu publish, mak aihhh.. Sikit hari lagi boleh jadi novel. Maaf ye. Aku tak sedar aku taip panjang.
Tapi aku happy juga baca komen. Ramai yang happy dengan confession merapu aku tu.
Masa dah publish tu aku risau juga. Kut orang maki aku. Apa benda orang nak raya tapi kena baca confession panjang berjela.
Wadehek bak kata orang Felda aku.
Aku tertarik dengan satu komen ni. Dia tanya tips bisnes untuk orang introvert. Ni aku minta maaf siap-siap. Aku rasa confession ni pun bakal jadi panjang juga. Dan berkisar fasal bisnes la. Hehehe.
Ada beberapa persoalan pada komen. Aku jawab sini lah. Aku risau pulak nak komen kat situ. Karang kantoi pula siapa aku. Nanti orang siasat siapa bawang besar dekat Felda aku.
Kembali kepada tips bisnes untuk orang introvert.
Terang lagi bersuluh menggunakan spot light, mulut murai macam aku ni bukan orang introvert. Tapi Allah jodohkan aku dengan orang introvert.
Jadi sedikit sebanyak aku memahami karekter orang introvert ni.
Aku perasan satu perkara yang paling ketara. Orang introvert ni susah nak approach orang terutama stranger. Dia rasa satu pressure pada diri dia.
Aku ni bukanlah pakar IT, pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan. Pakar bisnes apatah lagi.
Cuma pada pandangan aku, benda yang sangat hype pada masa sekarang ni sangat sesuai untuk orang introvert manfaatkan. Jadi affliate Tiktok.
Ni aku tak buat benda tu. Adik ipar aku buat. Dia konsep macm promote barang orang lain dan dapatkan komisen.
Macam dropship. Tiktok adik ipar aku tu macam sendu je. Haha. Aku tak kutuk ye. Dia yang mengaku gitu.
Follower ada dua angka, view video dia pun tak la beribu sehari. Tapi order hari-hari ada masuk tau.
Dia kata satu dua order sehari masuk pun jadilah buat duit tepi. Dia pun buat suka-suka sebab ada kerja hakiki.
Jadi aku rasa untuk affiliate Tiktok tu sangat sesuai untuk orang introvert.
Tak payah directly approach orang.
Tak perlu modal besar untuk mula bisnes.
Tak perlu pegang stok.
Tak perlu uruskan proses pos barang.
Jangan tanya aku macam mana nak jadi affiliate. Remaja purba macam aku tak berapa reti Tiktok tu.
Tapi adik ipar aku cakap banyak je kelas-kelas online free yang guide step by step. Boleh cuba cari.
Ada yang tanya aku bisnes apa? Aku bisnes niche salah satu benda yang muslimah pakai. Tudung.
Aku jual kat Shopee Lazada. Aku manfaatkan jugak online platform lain macam FB, IG dan Whatsapp. Bermula dengan satu brand sebagai dropship, sekarang aku agen untuk lima brand.
Sebab tu aku cakap kalau time stok sampai, rumah mak aku macam gudang. Kucing gendut aku pun stress tengok penuh sangat. Tak cukup ruang dia nak buat kuak lentang.
Raya kan memang orang cari persalinan baru. Tu sebab aku cakap sale aku kalau musim raya berganda. Alhamdulillah. Dan orang perempuan ni, dia mana pernah cukup tudung. Hehehe…
Aku bermula dengan dropship. Lepas tu aku up jadi agen dan mula pegang stok sikit. Lepas tu aku sepuluh kali gandakan stok aku sebab item tu dapat sambutan yang memberangsangkan.
Mana aku dapat modal untuk gandakan stok tu? Jual buah pinggang ke? Eh, bukan…
Aku buat loan dengan lelaki yang paling kucintai. Ye… Suami aku.
Ada yang cakap, senanglah buat loan dengan husband. Nak bayar, bayar. Tak nak bayar tak pe. Buat-buat je terhantuk pintu lepas tu hilang ingatan.
Jangan yaaaa… Sebab aku percaya benda yang baik akan jadi berkat. Menepati janji dan membayar hutang tu kan perkara yang baik.
Walaupun aku tau suami aku takkan simbah kereta aku dengan cat kalau aku tak bayar, aku tetap commit bayar tiap bulan.
Aku pun doa supaya Allah lancarkan bisnes aku sebab aku nak lunaskan hutang aku pada suami aku. Aku percaya juga kalau kita ada niat nak berusaha bayar hutang, Allah akan mudahkan.
Kita kena percaya dalam hidup ni semua benda ada step by step. Kita lahir pun tidaklah terus berlari. Ada step dia. Kalau terus berlari mau pengsan mak kita dalam pantang nak mengejar.
Sama macam bisnes. Kita mula dari kecil. Mula dari bawah. Ikut tahap kemampuan kita. Perlahan-lahan akan nampak hasil.
Tak boleh expect hari ni aku mula bisnes, tahun depan aku dah masuk dalam senarai Forbes. Kemain tau… Kau ingat kau Neelofa?
Tak boleh bercita-cita ke? Eh, mestilah boleh. Tapi kita kenal diri kita sendiri. Kita tahu sampai mana kemampuan kita.
Kita letak target sesuai dengan kita. Jadi kita tak stress dan happy je dengan apa yang kita buat.
Tak salah nak jadikan mana-mana figura yang berjaya sebagai idola. Jadikan dia sebagai inspirasi, bukan sebagai kayu ukur.
Contoh. Khairul Aming dapat jual berjuta botol sambal. Kita jangan target nak jual berjuta juga. Tapi kita tengok macam mana Khairul Aming hadap jatuh bangun bisnes dia.
Dan kemudian, ramai surirumah nak buat bisnes tepi kan? Benda yang paling penting juga, dapatkan redha suami.
Cakap kat suami. Saya ni nak buat bisnes. Mungkin nanti kerja rumah akan ada lompong sana sini. Tolong redhakan sebab saya pun nak merasa pegang duit sendiri.
Saya nak juga feeling macam orang have-have masuk kedai ambil je nak apa-apa tanpa tengok harga. Cuma bukan di Pavilion. Eco Shop je.
Erm.. yang perenggan Eco Shop atas ni ayat aku kat husband aku. Dia gelakkan je. Padahal aku serius. Haih..
Dan lagi… Doa dan syukur ni dua benda yang sangatlah magis ya. Aku bagi contoh.
Kita doa kat Allah nak minta ada sale untuk hari tu. Tapi seorang customer pun kita tak dapat. Bersyukur. Sebab boleh jadi Allah nak bagi kita fokus kat anak kejap. Fokus pada urusan rumah tangga kejap. Nanti sibuk tak terkejar.
Kita doa kat Allah nak dapat customer yang beli banyak terus dari kita. Allah bagi. Tapi last minute customer tu batalkan order. Bersyukur, sebab boleh jadi ada hikmah.
Mana tahu customer tu punya order kat tempat dia ada masalah kurier. Matilanak kita nak refund dia sebab jumlah tu banyak.
Mana tahu customer tu fussy buyer. Barang yang dia terima tak capai piawai dia walaupun dia bukan SIRIM. Dia viralkan kita.
Mana tahu customer tu terbuka hati nak beli dekat seller lain. Dan seller tu adalah seorang ibu tunggal yang dalam keadaan terdesak dan memerlukan pendapatan kewangan.
Percaya. Allah tak pernah buat silap. Tugas kita ni minta je kat Allah untuk sentiasa aturkan yang terbaik. Kita akan jadi lebih tenang menghadapi situasi.
Bila dapat customer yang baik, doakan dia. Minta Allah gandakan lagi rezeki dia sebab kalau rezeki dia lebih, mudah-mudahan dia beli lagi.
Usaha ikat customer. Dengan ikatan bisnes ye. Kalau ikatan yang sah tu boleh juga kalau sama-sama bujang. Apa salahnya… Kenduri nanti jemput Lailer.
Cara ikat customer, kata kuncinya satu je. Servis. Pos cepat, bagi free gift. Free gift tu benda simple je. Cuma kena berkaitan dengan apa yang kau jual dan jangan sampai kau tak balik modal pulak.
Contoh, kau jual tudung bagilah free mini brooch. Kau jual sambal, bagilah free gift sudu comel. Kalau time musim nak raya senang. Kau bagi free gift sehelai sampul raya. Tu pun customer dah seronok.
Kalau dah namanya manusia, sesiapa pun akan rasa seronok apabila dihargai. Hargai customer kita.
Anggaplah free gift tu sebagai sedekah. Allah dah janji siapa yang bersedekah tak akan miskin kan?
“Tak jumpa customer yang bermasalah boleh lah sembang…” kata joy killer. Hahaha.
Aku ada je jumpa customer yang bermasalah. Perangai aneh-aneh macam tengah mengetum pun ada.
Customer yang beli barang harga marhaen tapi dia expect kualiti dia macam level orang istana pakai.
Customer yang bagi rate 1* sebab katanya manusia ni tak sempurna. Mana boleh bagi 5*. Sempurna itu milik Allah. Ye tu fakta. Tapi sabar ajelah sebab rating dia tu menyumbang penalti. Haihhh..
Customer yang return and refund tapi barang yang aku terima tu benda lain. Silap aku lambat buka parcel. Dah sampai barang return aku accept je lah sebagai tanda aku nak move on. Rupanya dalam tu kertas lipat-lipat.
Customer yang order pukul 6 petang dan expect aku pos pukul 6.30 kat kurier. Aku tak de pintu Doraemon tau. Kurier tu pun bukan sebelah rumah aku.
Ada je customer yang ‘kuban-kuban,’. Cuma kelebihan untuk meniaga online ni kita ada button block. Yang bermasalah sangat tu memang aku block ajelah.
Malas aku nak pening. Karang kena migrain. Hidup perlu diteruskan…
Bila kita buat bisnes ni kan, kita kena berpegang pada prinsip rezeki tu daripada Allah. Bukan daripada manusia.
Allah yang aturkan hari ni kita dapat buyer. Allah yang aturkan pembeli tu tergerak hati nak beli dari kita. Tugas kita, usaha, doa dan tawakal.
Sebenarnya dalam hidup ni kita tak pernah pun hebat. Yang sebenarnya aturan Allah tu yang hebat.
Tak boleh kita nak mendabik dada kata bisnes aku kencang. Aku hebat bab marketing. Aku hebat itu. Aku hebat ini. Jangan… Sebab semua ni pinjaman.
Allah ni Maha Baik. Maha Pemurah. Beruntungnya kita ada Allah. Allah suka bagi kita rewards untuk benda-benda kecil yang kita buat.
Bayangkan ya. Kita senyum pun dapat pahala sedekah. Kita redha dan sabar pun Allah akan ganti dengan yang lagi baik.
Kita sedekah pun Allah akan lipat gandakan rezeki. Kita doa kebaikan untuk orang pun Allah dan malaikat akan mendoakan yang lebih baik untuk kita.
Sebab tu, bila kita berniaga ni kita kena rajin sedekah. Niat kita sedekah ni, untuk kongsi hasil rezeki kita dengan yang lebih memerlukan.
Zaman sekarang nak sedekah tak susah dah. Kebanyakan masjid kariah dah ada Facebook. Cuba tengok mesti ada diorang share no akaun untuk infaq ke apa.
Save je nombor tu. Bila-bila kita boleh sedekah. Yang best lagi kalau buat sedekah online ni, tak ada siapa tahu. Tak ada siapa nampak. Lagi senang kita nak pelihara hati dari sifat riak.
Setan ni memang sejak azali licik. Satu benda yang sangat bahaya bila dalam diri kita ni ada rasa ‘terpaling’.
Akulah terpaling baik. Akulah terpaling beribadah. Risau. Sebab dosa pahala kita ni tak ada billboard macam saham tuh. Takut kita syok sendiri rasa pahala kita banyak, tapi sebenarnya habis kering.
Kalau anak-anak yang jaga mak ayah ni, lagilah senang nak sedekah. Apa kita beli makan, itu yang mak ayah kita makan jugak. Apa yang kita pakai, itu juga yang mak ayah kita pakai.
Buat je apa yang kita mampu. Allah tak nilai berapa ringgit sedekah kita. Tapi Allah tahu berapa yang kita mampu.
Ada komen kata seronok baca confession yang lepas sebab banyak positive vibes.
Terima kasih ya. Sebab macam aku cakap, kita kena jauhi orang yang bagi impak negatif pada kita ni. Dalam hidup ni, kita perlukan motivasi dan sokongan.
Aku faham kasut setiap orang tak sama. Aku bersyukur sebab suami aku, Puan Mak dan kedua ibu ayah mentua aku sangat menyokong keputusan aku.
Aku sayang mereka dunia akhirat. Sebab sokongan mereka, aku jadi positif gini. Mereka ni tak nak ambil duit kalau aku hulur atas alasan aku tak kerja.
Tapi aku bagi juga secara halus. Belikan barang, hadiah atau duit raya. Sedekah yang terbaik adalah untuk keluarga sendiri kan?
Lagipun doa mentua ni macam doa mak ayah kita juga. Mustajab. Aku selalu minta mereka doa bisnes aku ni elok dan lancar.
Tak ada benda negatif ke dalam hidup aku?
Ada je.
Aku tulis confession pertama tu sebagai kenangan sebenarnya. Aku happy sangat duduk situ. Tapi mungkin rezeki aku duduk situ tak lama.
Kenapa?
Entahlah… Aku pun tak reti nak explain. Kalau aku explain pun mungkin kena buat confession lain sebab kisahnya nanti jadi panjang pulak.
Macam aku cakap dalam confession lepas. Jauhi benda negatif. Dah negatif sangat, aku give up je lah. Pindah.
Confession kedua ni cukuplah kalau aku share bab bisnes je.
Kepada sesiapa yang baru nak bermula bisnes, semoga Allah permudahkan urusan.
Kepada sesiapa yang dah bermula bisnes, semoga bisnes lebih maju.
Kepada yang tengah mengalami kesulitan dalam bisnes, semoga Allah selesaikan segala kekusutan.
Konsep rezeki ni pun sebenarnya luas sangat, bukan duit semata.
Sihat itu rezeki. Bahagia itu rezeki. Dapat beribadah dengan khusyuk tu rezeki.
Apa pun rezeki yang kita dapat, semoga kita jadi hamba yang bersyukur. Dan semoga kita semua dimurahkan rezeki.
– Lailer Jeliter (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit