Tadi aku baca cerita Kakakku Queen Konon. Terus berdesup naik ke otak aku. Raya ke 2 haritu memang aku dah capai limit aku. nak senyum pun tak boleh sebab bengang dengan spesies yang aku rasa saje buat tak nampak dan tak faham ni.
Aku nak bagi tips la sikit supaya kita sama-sama sedar apa nak buat bila balik kampung. bukan time raya je time bukan raya pun kena praktikkan.Ni berdasarkan situasi aku lah dan aku rasa ramai yang mengalami benda yang sama.
1. Ingatlah dalam otak tu balik kampung bukan masa nak berehat tak payah fikir makan minum bagai semua terhidang. ni bukan buffet hotel bagai.Ingat senang-senang je ke satu lauk tu nak ada atas meja. Lagi2 time raya ni dan family ramai memang masak kuantiti dan jenis yang banyak lah kan. Tak rasa kesian ke bayang mak tu masak sorang? ayah pergi pasar sesorang? Bangun awal lah sister2 brother2 tolong apa yang patut. Lepas subuh terus bangunlah.Lepastu bila dah makan tolonglah basuh pinggan semua tu, lap apa yang patut. Yang sepah tu sapu.kalau anak2 tak habis makan, boleh fikir kot berdasarkan sisa2 tu confirm2 lah depa tak nak makan lagi, so buang je lah tak payah semua benda nak sumbat bawah tudung saji. Cawan-cawan pinggan mangkuk anak-anak dan laki minum kat hall ke tolong lah bawak ke dapur basuh susun kat rak semula. Disiplin lah sikit. Ajar depa adab lepas makan semua. Karang aku marah anak hampa nanti cakap aku takde anak taktau apa.
2. Ya walaupun aku tak kahwin lagi aku faham sangat budak-budak kalau buat sepah tu bagus untuk perkembangan sel2 otak diorang. Tapi yang mak bapak nya pun sama naik dah kenapa?Tolonglah kemas lepas anak tu main. Kawal sikit ke tak boleh ke? Lagi2 time raya ni tetamu dok datang. Yang sepahnya ramai yang kemasnya sorang je siapa tak menyirap oii. aku ni dah taktau dah berapa kali aku mengelap, menyapu, vacum bagai sehari. Masalahnya memang lah tolong jaga kebersihan dapat pahala tapi aku dok risau dapat dosa je ni buat sambil marah2. haha. Memang susah lah nak ikhlas kalau dok repeat mengemas je.Yang lagi aku menyirap mak bapak nampak tapi buat2 tak nampak. Aku ni dah marah2 pun aku kemas lah jugak sebab aku fikir kalau aku tak buat nanti mesti ayah or mak aku yang kemas. Aku tak suka camtu. Biar aku penat takpe.
3. Dah minum air kat peti ais ke, guna ais ke pandai2 lah refill bila nak habis. Geram sungguh aku bangsa pentingkan diri ni. Lagi2 musim panas ni hati aku pun panas sama. Common sense weh. kekadang tu air dalam botol tinggal seteguk je tu perabis je la lepastu isi yang baru. ada 2-3 botol dalam peti ais kalau semua tinggal seteguk agak2 lah weh.Kau ingat dengan meninggalkan seteguk dua tu mampu menjadikan kau manusia yang mengingati orang belakang ke? tidak ye brother2 sister2 sekalian. Ais pun dah habis tolonglah buat balik. Bukan suruh tuang simen apa yang susah sangat tak tau lah.
4. Kain baju kotor tu tolonglah selesaikan masalah ini bersama-sama.Lagi-lagi time ramai camni dan anak-anak pulak jenis tukar baju 4-5 kali sehari. Ni main longgok je senang hidup. Aku ni pulak ada penyakit tak boleh tengok baju kotor banyak mulalah stress aku datang. Ingat tak penat ke basuh sidai angkat lipat semua tu. Aku kekadang stress fikir depa2 ni ingat aku ni maid ke mentang2 aku takde keje. Selagi aku tak angkat kain baju kat jemuran selagi tu takda siapa nak tolong. Kekadang tu nampak je aku lipat baju bertimbun2 tapi buat bodoh je memasing. Ikut hati ni aku nak lipat baju aku dan mak ayah aku je tapi kalau dibiarkan lagi aku stress rumah bilik bersepah.Dah lah pastu kena kemas letak kat bilik memasing bagai sebab kalau tak letak sampai ke sudah lah baju2 tu tak bergerak.
4. Tolonglah jangan asyik duduk dalam bilik je anak2 kau biarkan sendiri. Kalau anak2 dah besar takpe. Ni dah menyusahkan orang lain tau tak? dah lah penat masak kemas sidai kain baju bagai, lepastu kena layan pulak anak2 kau nak makan mandi berak kencing semua. Tu belum masuk anak kau buat tumpah air, nasi bagai. Kalau anak2 tu kecik lagi nak keluar sila bawa sama. Lagi2 time orang sibuk dekat rumah. Balik kampung nak rehat nak dating je tak boleh jugak. Tapi orang macam aku ni kalau marah mula lah orang kata dengan darah daging pun nak berkira. Sudahnya aku diam dan layan je.
5. Tolonglah ingat hampa tu balik rumah mak ayah bukan hotel. Bengang pulak kita ni tengok bilik takde orang aircond lampu kipas semua on. Kat rumah sendiri pandai pulak buat kempen penjimatan tenaga awat kat rumah mak ayah tak boleh? mak ayah bayar bil pakai daun ke?
6. Bila nak balik tolong kemas balik bilik2 semua tu.toto lipat. Sampah buang. Sapu lantai.Cadar kemas. Aku tak suruh basuh pun cukuplah kemas nanti tau lah aku nak basuh semua. Hampa balik aku tak pernah tak tukar cadar baru wangi siap sediakan tilam bantal semua, sembur ridsect bagai punyalah nak bagi hampa selesa. Masuk bilik tinggal tidur je. Bilik air pun siap aku sental bagai nak sambut kedatangan hampa.Dah balik tolonglah kemas bilik tu bukan tinggal porak peranda. Manalah tak aku rasa aku ni bibik. Aku ni dah la dok fikir aku ni loser jobless, mintak kerja tak dapat2 hampa buat aku macam ni pulak. Aku kekadang cakap kat diri aku padanlah muka aku memang layak pun hampa buat aku camni sebab taknak bagi sakit hati sendiri punya pasal.
Aku ni sampai migrain fikir kenapa lah susah sangat nak berfikir benda2 mudah macam ni. Takde rasa kesian ke kat mak ayah. Nak layan penat hampa je penat mak ayah hampa nak tolak mana?Memanglah suka ramai-ramai balik meriah tapi aku ni manusia biasa je kot. ada had aku. Syukurlah Allah bagi aku duduk dengan parents aku lagi sebab aku tak dapat bayang penatnya mak ayah aku kalau aku takde. Aku tau kat mata hampa aku ni useless dan memang aku sendiri rasa aku ni tak berguna pun. Tapi dulu time aku kerja pun bila aku balik kampung aku selalu niat before gerak yang aku balik nak jumpa mak ayah aku je bukan nk susahkan depa. Sebelum aku gerak balik semula mesti aku dah settlekan rumah semua. Kita ni balik kampung selagi ada mak bapak status kita tetap anak. Jangan nak hambakan mak ayah kita. Benda basic. Boleh fikir kot. Sekian.
– Bukan Maid Hampa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit